Pemaju Waspada Kenaikan Kos Susulan Prestasi Semasa Ringgit –  Sime Darby Property

KUALA LUMPUR, 23 Feb (Bernama) — Pemaju hartanah berwaspada terhadap kemungkinan kenaikan kos bahan binaan susulan penyusutan ringgit dan memastikan sebarang peningkatan adalah terkawal. 

Pengarah Urusan Kumpulan Sime Darby Property Bhd Datuk Azmir Merican berkata setiap satu peratus susut nilai ringgit berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) akan menyebabkan peningkatan 0.15 hingga 0.25 peratus untuk satu “kejituan”, yang merujuk kepada istilah seni bina.

“Kami sedang memantau situasi (tukaran asing) ini. Suka atau tidak, pemaju hartanah secara keseluruhannya meningkatkan sedikit kos dan menaikkan harga kepada pembeli juga,” katanya pada taklimat media maya berikutan pengumuman keputusan kewangan kumpulan 2023.

Azmir berkata berikutan bahan mentah dalam sektor pembinaan diimport, kesan kadar pertukaran akan dirasai, sekali gus memberi kesan kepada margin pada masa hadapan.

“Saya berharap ekonomi kekal stabil dan dengan laporan positif bahawa ringgit dijangka mengukuh menjelang akhir tahun ini, saya tidak fikir kita akan menghadapi masalah kenaikan harga.

“Selain sebarang situasi yang tidak diduga, saya fikir (senario) ringgit yang lebih kukuh akan memberi manfaat kepada kami dalam sektor hartanah,” kata Azmir.

Sebelum ini, Pengarah Urusan SPI Asset Management Stephen Innes berkata kelemahan semasa ringgit adalah sementara kerana pasaran global, terutamanya rakan dagangan terbesar Malaysia, China, sedang mengimbangi semula arah aliran inflasi mereka.

Beliau turut menganggap penyusutan ringgit sebagai tindak balas yang berlebihan. 

Dari segi konteks yang lebih luas, banyak negara Asia sedang bergelut dalam keadaan kewangan yang ketat, terutamanya yang bergantung kepada pembiayaan dalam denominasi dolar AS, katanya.

— BERNAMA

Previous ArticleNext Article

Türkiye Umum Prestasi Sektor Pelancongan 2025: Terima Kehadiran 64 Juta Pengunjung, Negara Jana AS$65 bilion Hasil Pendapatan Pelancongan, Catat Rekod Tertinggi 

KUALA LUMPUR, 6 FEBRUARI 2026 – Menteri Kebudayaan dan Pelancongan Türkiye, Mehmet Nuri Ersoy, mengumumkan prestasi sektor pelancongannya bagi tahun 2025 pada sidang akhbar yang diadakan di İstanbul. Beliau menyatakan bahawa bilangan pengunjung ke Türkiye sepanjang tahun 2025 adalah seramai 64 juta manakala hasil pendapatan pelancongan pada tahun lalu adalah sebanyak AS$65,231 bilion. 

Menteri Ersoy menekankan bahawa sektor pelancongan Turki kini sudah menjadi kuasa bukan sahaja pada skala serantau tetapi juga di peringkat global, menurut data daripada Pertubuhan Pelancongan Dunia Bangsa-bangsa Bersatu. Beliau mengingatkan pada tahun 2017, Türkiye berada pada kedudukan kelapan dalam kalangan negara yang menerima kunjungan paling ramai pelancong di dunia, namun menjelang 2024 ia meningkat pada kedudukan keempat. Ersoy turut menyatakan, dari segi hasil pendapatan pelancongan, Türkiye berada pada kedudukan ke-15 pada tahun 2017 tetapi meningkat ke tangga ketujuh pada 2024, dan beliau mengumumkan sasaran sebanyak AS$68 bilion bagi tahun 2026.

Menteri Ersoy berkata, Türkiye kini memiliki tahap kepekaan yang kuat dan pengalaman serius dalam menguruskan krisis. Malah beliau menyatakan bahawa sektor pelancongan Türkiye telah melangkah lebih jauh, bukan sekadar pelancongan berorientasikan laut, pasir dan matahari. Terdapat kepelbagaian yang semakin berkembang dalam bermacam bidang seperti pelancongan budaya dan kepercayaan, pelancongan alam semula jadi dan eko, pelancongan arkeologi, kesihatan dan tenaga haba, pelancongan gastronomi, kongres dan festival, pelancongan pelayaran serta pelancongan musim sejuk.

Menteri Ersoy berkata, visi ‘Warisan untuk Masa Hadapan’ dan projek Muzium Malam adalah antara beberapa pencapaian di dunia yang mampu disempurnakan oleh sebilangan kecil negara, dan Türkiye menjadi salah satu contoh negara yang paling berjaya dalam bidang ini. Model “miniseries’ yang digunakan dalam strategi promosi turut mencapai kejayaan di peringkat global, dan menurut beliau, satu episod berkenaan iaitu “An Istanbul Story’ mencapai 32 juta tontonan, malah kandungan yang paling kurang disaksikan pula mencatat 10 juta tontonan. 

Ringkasan prestasi pelancongan Türkiye 2025:

 Pertumbuhan 2024-2025Pertumbuhan 2017-2025Pertumbuhan 2024-2025
Bilangan pengunjung:63.941.000+2.7%+68%
Pendapatan pelancongan:65,231 billion USD+6.8%+109%
Perbelanjaan satu malam:100,0 USD+3.6%+36%

3 pasaran terbesar Türkiye:

1.      Persekutuan Russia: 6.90 Juta

2.      Jerman: 6.75 Juta

3.      UK: 4.27 Juta