KUALA LUMPUR, 10 Ogos (Bernama) — Stok minyak sawit mentah (MSM) Malaysia bagi Julai 2022 meningkat 2.79 peratus kepada 905,946 tan daripada 881,315 tan dicatatkan pada bulan sebelumnya, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Inventori minyak sawit diproses naik 13.39 peratus bulan ke bulan kepada 866,848 tan daripada 764,516 tan, katanya.
“Secara keseluruhannya, stok minyak sawit meningkat 7.71 peratus kepada 1.77 juta tan daripada 1.65 juta tan sebelum ini,” menurut MPOB dalam laporan prestasi industrinya bagi Julai 2022.
Bagi pengeluaran, katanya pengeluaran MSM naik sebanyak 1.84 peratus kepada 1.57 juta tan pada Julai berbanding 1.55 juta tan pada Jun.
Katanya pengeluaran isirung sawit meningkat 1.39 peratus kepada 383,669 tan daripada 378,413 tan pada bulan sebelumnya manakala pengeluaran minyak isirung sawit mentah naik 2.78 peratus kepada 180,612 tan berbanding 175,731 tan pada Jun.
Sementara itu, MPOB berkata eksport minyak sawit meningkat sebanyak 10.72 peratus bulan ke bulan kepada 1.32 juta tan pada Julai daripada 1.19 juta tan pada Jun manakala eksport minyak isirung sawit merosot sebanyak 18.93 peratus bulan ke bulan kepada 74,689 tan daripada 92,130 tan pada bulan sebelumnya.
“Eksport oleokimia naik 4.47 peratus pada Julai kepada 221,343 tan daripada 211,881 tan pada Jun manakala eksport biodiesel merosot 39.21 peratus bulan ke bulan kepada 14,401 tan daripada 23,689 tan sebelum ini,” katanya.
Menurut agensi itu, import MSM Malaysia pada Julai 2022 turun 88.10 peratus kepada 356 tan berbanding 2,989 tan yang diimport pada Jun dan jumlah import minyak sawit meningkat 120.65 peratus kepada 130,615 tan daripada 59,195 tan pada bulan sebelumnya.
Zaman sekarang, sebut sahaja pasal AI, semua orang akan pandang kepada NVIDIA. Memang tak dinafikan, NVIDIA sekarang adalah ‘King’ dengan keuntungan mencecah $99.2 bilion berbanding Samsung yang sekadar $30.5 bilion.
Namun, penganalisis ekonomi mula nampak satu peralihan kuasa yang besar. Menjelang tahun 2027, Samsung diramal bakal memintas NVIDIA dengan unjuran keuntungan yang luar biasa:
Samsung: $331 Bilion (~RM1.4 Trilion)
NVIDIA: $329 Bilion (~RM1.39 Trilion)
Dunia sekarang tengah ‘demam’ AI. Memang betul NVIDIA yang buat cip AI (GPU), tapi ramai yang terlepas pandang satu fakta penting: Cip AI NVIDIA tak boleh berfungsi tanpa memori yang dihasilkan oleh Samsung.
Ibarat NVIDIA buat enjin Ferrari yang paling laju, tapi Samsung pula yang pegang stok minyak petrol gred tinggi. Bila permintaan AI mencanak, bekalan memori pula tak cukup, maka harga memori dijangka naik mencacak. Di situlah Samsung akan ‘makan besar’.
Selain itu, Samsung mempunyai kelebihan. Mereka bukan setakat jual cip, mereka buat telefon, skrin OLED, hingga ke perkakas rumah. Bila semua benda mula letak AI, Samsung untung di setiap penjuru. Malah, kontrak terbaharu membekalkan skrin untuk iPhone Foldable selama 3 tahun juga bakal memberi margin ‘kayangan’ kepada mereka.
Prestasi Luar Biasa Q1 2026: Rekod Sejarah Terpecah!
Bukan sekadar ramalan kosong, Samsung baru sahaja membuktikan kehebatan mereka dalam laporan suku pertama (Q1) 2026. Walaupun dunia risau dengan ketidakstabilan di Asia Barat, permintaan cip AI nampaknya jauh lebih kuat.
Berdasarkan laporan awal (preliminary earnings):
Untung Operasi Q1: 57.2 trilion won (~$37.9 bilion USD).
Lonjakan: Naik 755% berbanding tempoh yang sama tahun 2025!
Fakta Menarik: Keuntungan Q1 2026 ini sahaja sudah mengatasi keseluruhan keuntungan tahunan mereka bagi tahun lepas.
Pendorong utama sudah tentu ‘Semiconductor Super-Boom’. Harga DRAM dan NAND melonjak hampir 90% berbanding suku sebelum ini. Bahagian semikonduktor sahaja dianggarkan menyumbang lebih 50 trilion won kepada keuntungan syarikat.
Supaya senang faham, bayangkan komputer atau telefon pintar kita ni macam sebuah pejabat:
DRAM (Dynamic Random Access Memory): Ibarat MEJA. Lagi besar meja, lagi banyak kerja/app kita boleh buka serentak tanpa hang. Bila kita tutup komputer, “meja” ni akan kosong balik. Dalam dunia AI, “meja” ni kena besar gila sebab AI buat pengiraan yang sangat banyak dalam satu masa.
NAND (Flash Memory): Ibarat STOR. Ini tempat simpan segala gambar, video, dan dokumen kita secara kekal walaupun komputer ditutup. Semua pusat data (Data Center) dunia perlukan “stor” yang sangat besar dan laju untuk simpan data AI.
Dengan nilai pasaran yang kini melepasi $1 trilion, Samsung kini sedang memecut laju untuk memintas syarikat-syarikat yang berada jauh di atasnya dalam ranking aset dunia.
Walaupun Samsung diramal akan menjadi syarikat paling untung, mereka tetap perlu berwaspada dengan SK Hynix dan Micron yang turut berebut kontrak membekalkan memori kepada NVIDIA. Micron adalah wakil tunggal dari Amerika Syarikat dalam liga gergasi memori. Disebabkan isu politik Amerika Syarikat-China, banyak syarikat seperti Microsoft dan Google lebih selesa membeli dari Micron atas faktor keselamatan.
Apa Kesannya Kepada Pelabur Di Malaysia?
Kita sebagai pelabur, ini adalah isyarat jelas bahawa sektor teknologi belum lagi mahu ‘berehat’. Kerajaan Malaysia sekarang bersungguh-sungguh menarik pelaburan Pusat Data (Data Center) dari Microsoft, Google dan Amazon masuk ke Johor dan Selangor.
Pusat-pusat data ini memerlukan beribu-ribu rak pelayan (servers). Dalam server itu ada cip NVIDIA, dan dalam cip itu ada memori Samsung.
Rantaian bekalan ini akan memberi kesan limpahan (spillover effect) kepada syarikat-syarikat OSAT tempatan seperti:
Inari Amertron: Pakar dalam pemasangan dan pengujian cip komunikasi.
Malaysian Pacific Industries (MPI): Banyak terlibat dalam pembungkusan cip untuk automotif dan pusat data.
Selain itu, pelaburan besar Samsung SDI di Seremban juga membuktikan Malaysia adalah rakan strategik utama dalam ekosistem global mereka.
Kesimpulan
Adakah Samsung akan benar-benar menumbangkan NVIDIA dari takhta syarikat paling untung di dunia menjelang 2027? Berdasarkan prestasi ‘ganas’ mereka di awal 2026 ini, jawapannya nampak sangat positif.
Apapun, dalam dunia pelaburan, ini semua adalah ramalan dan unjuran data. Realitinya nanti macam mana, entahlah… harap-harap kita sebagai pelabur pun tumpang untung juga!