Cara Jual Rumah Kos Rendah (Terkini 2022)

Apa itu rumah kos rendah? Secara praktikal, rumah kos rendah atau rumah mampu biaya merupakan unit kediaman dengan keluasan di antara 700 kaki persegi atau kurang dan lazimnya adalah rumah flat.

Harga jualan setakat artikel ini ditulis adalah RM42,000 ke bawah dan ada syarat-syarat yang ketat untuk memiliki rumah tersebut.

Wujud juga kaveat dalam penjualan rumah kos rendah ini dengan syarat pendudukan minimum 5 tahun dan lebih pada pemilik rumah.

Kenapa Ada Rumah Kos Rendah?

Semenjak tahun 1960-an lagi, kerajaan menerusi Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) secara agresif telah membina rumah kos rendah di kawasan populasi tinggi seperti Georgetown, Pulau Pinang dan Kuala Lumpur untuk memenuhi permintaan semasa pemilikan hartanah di Malaysia.

Baca : Sejarah Polisi Rumah Mampu Milik Di Malaysia

Rumah kos rendah bukan sahaja dibina di Malaysia, bahkan turut dibina di negara-negara membangun dan negara sedang membangun untuk menampung keperluan pemilikan hartanah di kalangan rakyat mereka yang berpendapatan rendah.

Rumah kediaman yang selesa dan mampu milik adalah kemewahan terbesar yang kerajaan boleh sediakan selepas peluang pekerjaan dengan kadar gaji yang bermaruah.

Perlu anda tahu, rumah kos rendah adalah inisiatif kerajaan dan urusan pembinaan lazimnya diserahkan pada pemaju hartanah awam dan swasta yang dilantik secara sah.

Dengan metode ini, lebih banyak rumah kos rendah dapat dibina Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri meliputi segenap golongan berpendapatan rendah tanpa mengira latar belakang, agama, kaum dan fahaman politik.

Baca : Projek Perumahan Awam Terbaik Di Dunia (Edisi 2022)

Perlu diingat yang flat kos rendah yang dibina di seluruh negeri, bertujuan untuk membasmi dan menempatkan setinggan di unit kediaman dan kejiranan yang lebih selesa dan sistematik di bawah Program Setinggan Sifar.

Bercakap tentang rumah kos rendah, yang paling popular sudah tentunya flat PKNS di Seksyen 7, Shah Alam dan Bangi yang dibina pada era awal 1980-an dengan harga jualan RM25,000 – RM35,000 untuk keluasan sekitar 667 kaki persegi.

Sumber: The KL Chronicle

Terkini, yang paling ikonik di Selangor dan menjadi tumpuan rakyat Selangor dan pemastautin tetap yang bekerja di Selangor adalah Rumah SelangorKu.

Berapa Harga Rumah Kos Rendah?

Harga rumah kos rendah di setiap negeri adalah berbeza mengikut lokasi dan bergantung kepada jenis rumah. Ada rumah kos rendah yang ditawarkan adalah flat dan ada juga teres.

Seperti di Selangor di bawah projek Rumah SelangorKu, unit kediaman yang ditawarkan adalah flat dengan keluasan 700 kaki persegi pada harga bermula RM42,000.

Di Johor pula, Projek Rumah Mampu Biaya menawarkan unit teres dua tingkat dengan keluasan 756 kaki persegi dan turut dijual pada harga RM42,000.

Baca : Pro & Cons Beli Rumah Mampu Milik Di Malaysia

Manakala di Pulau Pinang, sama seperti di Selangor. Rumah kos rendah ditawarkan adalah flat dengan keluasan bermula 700 kaki persegi dan dijual  dengan tanda harga RM42,000.

Syarat Jual Rumah Kos Rendah di Selangor.

Jika anda ingin jual rumah kos rendah di Selangor, syaratnya adalah :-

  1. Pemilikan hartanah mencukupi atau melebihi 5 tahun
  2. Wajib membayar fi sebanyak RM100 untuk permohonan baru, rayuan pertama & seterusnya
  3. Tertakluk kepada kelulusan PBT yakni Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)

Cara Jual Rumah Kos Rendah (Terkini 2022)

  1. Langkah pertama adalah, cari ejen hartanah berdaftar yang sah dan ada pengalaman untuk urusan jual beli hartanah kos rendah kerana prosesnya berbeza dengan jual beli hartanah subsales biasa.
  2. Iklankan unit kediaman anda samada secara offline atau online dengan menjelaskan secara terperinci jenis rumah ini (kos rendah) dan berikan info penting seperti syarat-syarat untuk menjadi pemilik kediaman kos rendah ini.
  3. Jika pembeli berminat, mereka perlu bayar booking fee sebanyak 3.18% daripada harga rumah dan tandatangan dokumen Offer to Purchase.
  4. Kemudian, pembeli akan memohon untuk dapatkan pinjaman bank dan proses ini lazimnya agak sukar kerana tidak banyak bank yang menawarkan pinjaman untuk hartanah di bawah RM150,000 – RM200,000.
  5. Jika permohonan pinjaman hartanah pembeli berjaya, mereka akan tandatangan Sales & Purchase Agreement.
  6. Anda dan pembeli perlu buat permohonan pindah milik rumah kos rendah pada PBT. Kalau di Selangor adalah LPHS, kalau di Pulau Pinang adalah LPNPP dan kalau di Johor adalah LPHJ.
  7. PBT akan berikan jawapan balik akan permohonan pindah milik rumah kos rendah anda dalam masa 30 hari – 60 hari dari tarikh permohonan dibuat.

Kesimpulannya, cara jual rumah kos rendah tidaklah sesukar yang disangkakan, asalkan pembeli menepati syarat-syarat yang ditetapkan PBT. Syarat terbesar adalah pendapatan pembeli rumah itu sendiri.

Jangan sesekali cuba untuk menipu pendapatan anda kerana anda boleh disenarai hitam oleh PBT.

Baca : Jangan Tipu Kelayakan Pinjaman Hartanah Anda. Ini Sebabnya

Hal ini kerana, PBT ada kuasa untuk tidak meluluskan permohonan jika pendapatan tidak selari dengan jenis rumah kos rendah yang ingin dibeli dan dokumen yang tidak lengkap.

Banyak perkara yang perlu anda ambil tahu sebelum memiliki rumah. 


InshaAllah, kami berhasrat untuk berkongsi ilmu yang kami ada mengenai hartanah kepada pembaca setia Majalah Labur.

Kunci pertama sebelum beli rumah adalah ilmu, ilmu dan ilmu. 

Lebih awal belajar, lebih cepat dapat menilai sesebuah rumah.Jika berminat boleh isi borang .

ILMU PREMIUM HARTANAHSEKARANG!

Previous ArticleNext Article

LPPSA Kedua: Boleh Mohon Walaupun Pembiayaan Pertama Belum Habis, Ini Syarat & Kelayakannya

Ada pembiayaan LPPSA pertama yang masih berjalan tetapi sudah terfikir nak beli rumah kedua?

Mulai 4 Oktober 2026, penjawat awam yang layak boleh memohon Pembiayaan Kedua LPPSA tanpa perlu menyelesaikan sepenuhnya Pembiayaan Pertama.

Pada masa yang sama, LPPSA turut menaikkan had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan sehingga RM1 juta.

Namun, ini bukan bermaksud semua penjawat awam automatik boleh meminjam RM1 juta. Jumlah sebenar masih bergantung kepada pendapatan bersih, kelayakan pemohon, baki kelayakan pembiayaan serta syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Apa perubahan LPPSA 2026?

Menurut notis rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026, dua perubahan utama mula berkuat kuasa pada 4 Oktober 2026:

Pertama, had kelayakan maksimum pembiayaan perumahan LPPSA dinaikkan sehingga RM1 juta.

Kedua, pemohon boleh membuat permohonan Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan syarat yang ditetapkan.

Ini memberi lebih banyak fleksibiliti kepada penjawat awam yang masih mempunyai pembiayaan pertama tetapi mahu menggunakan baki kelayakan mereka untuk pembiayaan kedua.

Had pembiayaan LPPSA sehingga RM1 juta

LPPSA menetapkan jadual had kelayakan berdasarkan pendapatan bersih.

Pendapatan BersihHad Kelayakan Maksimum
Lebih RM10,000RM1,000,000
RM10,000RM950,000
RM9,500RM930,000
RM9,000RM900,000
RM8,500RM880,000
RM8,000RM850,000
RM7,500RM830,000
RM7,000RM800,000
RM6,500RM780,000
RM6,000RM730,000
RM5,500RM670,000
RM5,000RM610,000
RM4,500RM550,000
RM4,000RM480,000
RM3,500RM430,000
RM3,000RM350,000
Sehingga RM2,500RM280,000

Jadual ini adalah berdasarkan FAQ rasmi LPPSA mengenai penambahbaikan 2026.

Nota penting: Had maksimum ini bukan bermaksud pemohon pasti menerima jumlah tersebut. Amaun yang diluluskan masih bergantung kepada kelayakan pemohon dan syarat pembiayaan yang berkuat kuasa.

Siapa yang layak menikmati had baharu?

LPPSA menyatakan jadual kelayakan baharu ini terpakai kepada kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA, tertakluk kepada syarat dan kelayakan semasa.

Bagaimanapun, terdapat kumpulan tertentu yang tidak menggunakan jadual ini, antaranya:

  • Anggota Pentadbiran Persekutuan;
  • Anggota Pentadbiran Negeri dan Ahli Dewan Undangan Negeri; dan
  • Hakim Mahkamah Persekutuan, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Tinggi.

Golongan tersebut tertakluk kepada peruntukan atau keputusan berkaitan yang berasingan.

Apa maksud “Pembiayaan Kedua” sekarang?

Ini bahagian yang paling menarik.

Sebelum penambahbaikan ini, pemohon secara amnya perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama sebelum membuat Pembiayaan Kedua.

Mulai 4 Oktober 2026, syarat tersebut tidak lagi diperlukan.

LPPSA menyatakan pemohon boleh memohon Pembiayaan Kedua tanpa menyelesaikan Pembiayaan Pertama, tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA.

Contohnya:

Ali membeli rumah pertama menggunakan LPPSA.

Pembiayaan pertama masih mempunyai baki.

Kemudian Ali mahu membeli rumah kedua.

Dengan peraturan baharu, Ali tidak perlu melangsaikan pembiayaan pertama terlebih dahulu semata-mata untuk memohon pembiayaan kedua.

Tetapi Ali masih perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi dan memenuhi syarat LPPSA.

Apakah syarat Pembiayaan Kedua?

LPPSA menetapkan beberapa syarat utama.

Pemohon perlu:

1. Merupakan kakitangan sektor awam yang layak memohon pembiayaan perumahan LPPSA.

2. Potongan gaji bagi Pembiayaan Pertama telah dilaksanakan.

3. Tidak mempunyai tunggakan bayaran balik bagi Pembiayaan Pertama sedia ada.

Selain itu, permohonan tetap tertakluk kepada penilaian kemampuan bayaran balik dan syarat kelayakan LPPSA yang berkuat kuasa.

Berapa margin Pembiayaan Kedua?

Ini juga penting kerana margin pembiayaan bergantung kepada status Pembiayaan Pertama.

Jika Pembiayaan Pertama sudah selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 100%.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum selesai

Margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Untuk Jenis 5 dan Jenis 7 bagi hartanah yang sama

LPPSA menetapkan margin sehingga 100% bagi:

  • Jenis 5 – Ambil Alih; dan
  • Jenis 7 – Ubah Suai,

bagi hartanah yang sama, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Contoh mudah Pembiayaan Kedua

Katakan seseorang masih mempunyai Pembiayaan Pertama LPPSA.

Kemudian dia mahu membeli rumah kedua berharga RM500,000.

Jika Pembiayaan Pertama masih belum diselesaikan, margin Pembiayaan Kedua adalah sehingga 90%.

Secara mudah:

RM500,000 × 90% = RM450,000

Jadi, secara teori, pembiayaan boleh mencapai sehingga RM450,000, manakala baki RM50,000 perlu ditanggung melalui sumber lain.

Tetapi angka sebenar masih tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan dan penilaian LPPSA.

Maksudnya, jangan terus anggap rumah RM500,000 akan mendapat pembiayaan RM450,000 kerana kelayakan sebenar setiap pemohon adalah berbeza.

Bagaimana LPPSA menentukan kelayakan?

LPPSA menggunakan kaedah pengiraan berdasarkan kemampuan bayaran balik.

Antara kriteria yang dinyatakan LPPSA ialah:

  • Ansuran bulanan tidak melebihi 60% daripada gaji pokok dan elaun tetap yang diambil kira;
  • Jumlah hutang tidak melebihi 80% daripada pendapatan bersih; dan
  • Gaji bersih sekurang-kurangnya 20% daripada pendapatan kasar.

Pendapatan bersih bagi tujuan pengiraan LPPSA pula merujuk kepada gaji pokok + elaun tetap yang diambil kira – potongan wajib.

Jadi, seseorang yang mempunyai gaji tinggi sekalipun tidak semestinya mendapat jumlah maksimum RM1 juta kerana pengiraan turut mengambil kira kemampuan bayaran balik.

Bagaimana pula kadar keuntungan?

Untuk pembiayaan hartanah sehingga RM1 juta, LPPSA memperkenalkan struktur kadar purata wajaran (blended rate).

Strukturnya:

Sehingga RM750,000 → 4.00% setahun

Bahagian melebihi RM750,000 sehingga RM1 juta → 4.50% setahun

Yang menariknya, pengiraan ini mengambil kira jumlah pembiayaan hartanah yang diluluskan bagi Pembiayaan Pertama dan Pembiayaan Kedua.

Contoh RM800,000

Bagi pembiayaan RM800,000:

RM750,000 pertama → 4.00%

Baki RM50,000 → 4.50%

Kadar purata wajaran yang terhasil ialah kira-kira 4.03% setahun.

RM1 juta bukan bermaksud boleh ambil RM1 juta untuk rumah kedua

Ini perkara yang ramai mungkin salah faham.

Had maksimum RM1 juta ialah had kelayakan maksimum, bukannya jumlah automatik yang boleh dipinjam.

Untuk Pembiayaan Kedua pula, LPPSA secara jelas menyatakan ia tertakluk kepada baki kelayakan pembiayaan.

Contohnya, jika seseorang mempunyai had kelayakan RM800,000 tetapi telah menggunakan RM600,000 bagi Pembiayaan Pertama, baki kelayakannya tidak bermaksud dia boleh terus mengambil RM800,000 lagi.

Sebaliknya, pengiraan baki kelayakan perlu dibuat berdasarkan ketetapan LPPSA.

Sebab itu LPPSA menyediakan kemudahan SmartKira untuk membuat semakan anggaran kelayakan mulai 4 Oktober 2026.

Boleh beli rumah kedua sebelum rumah pertama habis bayar?

Ya, mulai 4 Oktober 2026, boleh memohon.

Tetapi terdapat tiga perkara yang perlu diberi perhatian:

Pertama: Pembiayaan Pertama tidak perlu diselesaikan sepenuhnya.

Kedua: Pemohon perlu mempunyai baki kelayakan pembiayaan yang mencukupi.

Ketiga: Pemohon masih perlu memenuhi syarat kemampuan bayaran balik dan syarat LPPSA yang berkuat kuasa.

Jadi, kemudahan ini memberikan fleksibiliti, tetapi bukan “lesen” untuk mengambil hutang rumah tanpa mengambil kira kemampuan kewangan.

Semua jenis pembiayaan boleh digunakan?

Menurut FAQ LPPSA, semua jenis pembiayaan dibenarkan bagi Pembiayaan Kedua, tertakluk kepada syarat yang ditetapkan.

Namun, terdapat pengecualian tertentu.

Sebagai contoh, pelanggan yang sedang menikmati Pembiayaan Pertama Jenis 4 atau Jenis 5 bagi tanah dan belum memohon Jenis 6 untuk membina rumah, tidak dibenarkan memohon Pembiayaan Kedua bagi Jenis 4 atau Jenis 5 tanah tersebut.

LPPSA juga menjelaskan bahawa jika seseorang membeli tanah melalui Jenis 4 atau Jenis 5 dan kemudian memohon Jenis 6 untuk membina rumah di atas tanah tersebut, ia masih dianggap sebagai satu kelayakan pembiayaan, bukan Pembiayaan Kedua.

Bila boleh mula memohon?

Kemudahan baharu ini berkuat kuasa pada:

4 OKTOBER 2026

LPPSA menyatakan pelanggan boleh mengemukakan permohonan bagi kemudahan tersebut mulai tarikh berkenaan.

Bagi permohonan yang telah dikemukakan sebelum 4 Oktober 2026, LPPSA menyatakan ia akan diproses berdasarkan had kelayakan amaun pembiayaan hartanah yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan diterima.

Kesimpulan

Penambahbaikan LPPSA 2026 membawa perubahan yang agak besar kepada penjawat awam.

Had kelayakan maksimum pembiayaan kini dinaikkan sehingga RM1 juta, manakala Pembiayaan Kedua boleh dipohon tanpa perlu menyelesaikan Pembiayaan Pertama terlebih dahulu.

Tetapi perkara paling penting untuk difahami ialah:

RM1 juta = had kelayakan maksimum, bukan jumlah automatik.

Dan:

Pembiayaan Kedua = boleh mohon walaupun pembiayaan pertama masih berjalan, tetapi tertakluk kepada baki kelayakan dan kemampuan bayaran balik.

Jadi, kalau memang bercadang membeli rumah kedua, langkah pertama bukan terus cari rumah RM1 juta.

Semak dahulu baki kelayakan LPPSA.

Kemudian barulah tengok harga rumah yang benar-benar mampu ditanggung.

Nota: Maklumat ini berdasarkan pengumuman dan FAQ rasmi LPPSA bertarikh 25 September 2026. Syarat dan pengiraan sebenar adalah tertakluk kepada pekeliling, garis panduan serta ketetapan LPPSA yang berkuat kuasa pada tarikh permohonan.

Sumber rasmi: LPPSA – Penambahbaikan Kemudahan Pembiayaan Perumahan Sektor Awam 2026 termasuk jadual kelayakan RM280,000 hingga RM1 juta.