Burger King ® Memperkenal Identiti Visual Baru, Rancangan Perkembangan Pesat Di Tengah-Tengah Kemelut Covid-19

Cosmo Restaurants Sdn Bhd (Burger King Malaysia), pemegang francais Burger King Corporation hari ini mengumumkan rancangannya untuk mengembangkan pasarannya sebanyak 20% menjelang akhir tahun.

Pengumuman itu dibuat bersempena dengan pelancaran identiti visual Burger King baharu yang bakal kelihatan pada semua titik pertemuan pelanggan. Burger King juga akan memperbaharui logo, pembungkusan, pakaian seragam kru dan papan tanda dan hiasan restorannya.

Unjuran penjenamaan semula ini, reka bentuk restoran Burger King yang baharu akan membolehkan urusan prosedur penjarakan fisikal dan urusan pengesanan kontak rapat dijalankan dengan lebih efisien dengan adanya kemudahan-kemudahan seperti pandu-masuk, sistem pesanan kod QR dan aplikasi web.

“Ini adalah penjenamaan semula lengkap yang pertama dalam jangka lebih dari pada 20 tahun dan penjenamaan baharu ini diilhamkan daripada makanan sebenar dan lazat. Reka bentuk baharu kami melambangkan penambahbaikan terkini Burger King terhadap rasa dan kualiti makanan serta tindakan kami untuk mengabaikan segala jenis warna, bahan perasa dan pengawet dari sumber buatan dalam resipi kami yang bersesuaian dengan peredaran zaman,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Burger King Malaysia, Ng Lee Tieng.

Burger King Malaysia kini menguruskan lebih daripada 120 restoran di Malaysia dan menyasarkan untuk membuka 25 restoran lagi menjelang akhir tahun 2021.

Beliau menambah, dengan adanya penjenamaan baharu ini, Burger King Malaysia bertekad untuk terus maju dan meneruskan rancangan pengembangan agresifnya di tengah-tengah kemelut ekonomi sedang melanda Malaysia akibat wabak COVID 19 kerana rancangan ini dapat membantu ekonomi negara.

Menjelang akhir tahun 2021, pemegang francais Burger King ini nekad untuk membuka restoran mereka ke-147.

Kos membuka restoran-restoran baharu dengan identiti visual baharu ini dijangkakan akan mencecah RM30 juta.

“Walaupun operasi perniagaan kami terkesan dengan akibat COVID-19 yang melanda negara pada tahun lepas, kami masih melaburkan sejumlah RM22 juta untuk membuka 18 restoran baharu, lapan di antaranya dilancarkan pada bulan Disember dan empat daripadanya mengikut identiti visual baharu,” katanya sambil menambah bahawa restoran-restoran baharu itu juga telah mencipta peluang pekerjaan untuk rakyat Malaysia.

Ng juga berkata bahawa dari bulan Mac tahun lalu sehingga kini, Burger King Malaysia telah membelanjakan lebih dari satu juta Ringgit untuk membeli pembasmi kuman, sarung tangan dan pelitup muka untuk semua pekerja dan pengunjung restorannya.

Katanya, Burger King Malaysia akan terus berusaha untuk meningkatkan prosedur keselamatannya supaya keselamatan pelanggan dan pekerjanya terjamin.

“Kami juga akan terus menyokong masyarakat dengan cara terbaik kami- menyumbangkan burger segar yang berkualiti tinggi secara percuma kepada barisan hadapan yang bertugas  di hospital dan sekatan jalan raya serta mereka yang terlibat dalam perkhidmatan penghantaran,” kata Ng.

Mengenai BURGER KING®:

Ditubuhkan pada tahun 1954, jenama Burger King adalah rangkaian makanan segera kedua terbesar di dunia yang mengkhusus kepada panyajian burger. Sebagai pengasas The Whopper®, rangkaian Burger King mengendalikan restoran-restoran segera di lebih dari 18,800 lokasi di serata dunia. Hampir 100 peratus restoran Burger King dimiliki dan dikendalikan oleh francais bebas, kebanyakan francais ini merupakan perniagaan keluarga yang telah beroperasi selama beberapa dekad. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai jenama Burger King, sila lawati laman web jenama Burger King di www.bk.com atau ikuti kami di Facebook, Twitter dan lnstagram.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.