Bukalapak, Syarikat e-Dagang Bertaraf Unicorn Dari Indonesia

Perkembangan ekonomi Indonesia sejak sedekad kebelakangan ini sangat luar biasa jika dibandingkan dengan mana-mana negara di Asean. Di antara faktor yang menyebabkan negara yang mempunyai kepadatan penduduk keempat terbesar di dunia adalah perkembangan era digital.

Kestabilan politik yang dilihat semakin baik juga menyebabkan banyak syarikat luar mula tertarik untuk melabur di sana.

Indonesia kini merupakan salah sebuah negara Asia yang mempunyai banyak syarikat bertaraf Unicorn yang dikatakan bernilai melebihi USD15 billion. Di antara yang paling terkenal adalah Gojek, Tokopedia, Traveloka dan kini Bukalapak.

Bukalapak merupakan syarikat e-dagang yang semakin terkenal di Indonesia yang kini berusia hampir sedekad.

Sejarah Permulaan Bukalapak

Syarikat ini diasaskan oleh tiga orang pelajar dari Bandung Institute of Technology. Idea untuk menubuhkan syarikat ini bermula dari Achmad Zaky yang mellihat jirannya pada ketika itu meniaga kedai runcit dan masih berada pada takuk yang sama akibat daripada kurang pengetahuan dalam perniagaan dan juga bilangan pelanggan yang kecil.

Kredit Gambar: CNBC          

Dari situ Achmad Zaky mendapat ilham untuk menghasilkan satu platform e-commerce yang dapat membantu peniaga kecil untuk berjaya. Beliau menamakan aplikasi yang dibangunkannya itu sebagai Bukalapak yang bermaksud “buka gerai”.

Dari situ, beliau telah membantu peniaga kecil untuk memasarkan produk mereka dengan lebih luas lagi di pasaran Indonesia.

Perkembangan Bukalapak Di Indonesia

Pasaran e-dagangdi Indonesia baru sahaja berkembang pada ketika itu. Terdapat beberapa pemain yang besar turut menjadi pesaing kepada Bukalapak, di antaranya Tokopedia. Ini disebabkan platform yang dihasilkan oleh kedua syarikat itu hampir sama.

Walaupun berdepan dengan persaingan yang hebat, Bukalapak menyusun strategi mereka yang tersendiri. Salah satu strategi yang digunakan untuk mengembangkan pasaran mereka adalah pihak Bukalapak sering turun padang dan memberi penerangan secara percuma kepada peniaga kecil supaya menggunakan platform mereka untuk berniaga.

Kredit Gambar: The Low Down

Dengan mengadakan pertemuan secara bersemuka, Bukalapak berjaya menyakinkan peniaga kecil supaya menggunakan platform mereka. Oleh yang demikian, tidak hairanlah Bukalapak sering digunakan oleh peniaga kecil di Indonesia berbanding dengan platform yang lain.

Selain itu juga, syarikat ini turut bekerjasama dengan syarikat e-commerce gergasi dari luar terutamanya dari China dalam mengembangkan operasi mereka. Mereka telah mula memperkenalkan teknologi e-wallet kepada para pelanggan.

Teknologi e-wallet yang dibangunkan oleh Bukalapak adalah dengan kerjasama start-up fintech yang baru iaitu DANA yang mempunyai hubungan dengan Ant Financial Group, platform yang dimiliki oleh Alibaba.

Bukalapak juga turut memperkenalkan dana pengurusan kewangan untuk pelanggan mereka melalui mutual fund, hasil kerjasama dengan PT Mandiri Manajemen Investasi. Pelanggan mereka boleh melabur wang mereka dengan risiko yang rendah ke dalam mutual fund ini.

Salah Satu Platform Penting Ketika Musim Pandemik

Ketika pandemik Covid-19 melanda, syarikat ini terus berkembang dengan pesat. Seramai 3 juta pengguna baru yang menggunakan platform mereka pada tahun lepas.

Kredit Gambar: Kata Data

Mereka juga mendapat pelaburan baru daripada Standard Chartered Bank untuk mengembangkan operasi mereka. Bukalapak kini fokus untuk mengembangkan pasaran di dalam negara tersebut kerana masih terdapat beberapa peluang baru yang masih belum diterokai.

Pasaran e-commerce di Indonesia dijangka akan berkembang menjadi USD124 bilion dalam tempoh sepuluh tahun yang akan datang dan ia merupakan satu peluang yang cukup besar kepada mereka yang berada di dalam industri tersebut.

Sumber Rujukan: CNBC

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.