Cakna Kewangan Summit: Persidangan Online Tiga Hari Berturut-Turut Untuk Menimba Ilmu Berharga Secara Percuma

Cakna Kewangan Summit 2021 (CKS21), salah sebuah persidangan online terbesar di Malaysia, bakal diadakan tidak lama lagi iaitu pada tarikh 22-24 Oktober 2021.

Program anjuran Be-Hartawan, bersama-sama dengan pihak Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), CGS-CIMB Securities, TERAJU dan Luno; akan menampilkan berpuluh-puluh speaker hebat tanah air bagi meningkatkan tahap celik kewangan di kalangan rakyat Malaysia.

Para peserta akan belajar bagaimana untuk membentuk minda yang berjaya, bagaimana untuk memulakan perniagaan (online & offline), melabur dalam pelbagai instrumen kewangan (saham, unit amanah, hartanah, mata wang kripto), mengurus kewangan peribadi dan melindungi kekayaan (takaful, hibah, wasiat).

Di antara tokoh-tokoh hebat yang bakal menghiasi CKS21 adalah seperti:

  • Encik Ahmad Dasuki Abdul Majid, CEO Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional
  • Prof Dr. Mohamad Fazli Sabri, Dekan Fakulti Ekologi UPM & Naib Presiden Malaysian Financial Planning Council (MFPC)
  • Puan Ruzi Rani Ajith, Ketua Pegawai Eksekutif CGS-CIMB Securities
  • Datuk Dr. Mohd Daud Bakar, Pengerusi Amanie Group & #1 Islamic Finance Scholar
  • Ustaz Khairul Anuar Basri (KAB), Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif, KAB Goldynamics Sdn. Bhd
  • Dr. Hajah Azuraida Shahadan, International Speaker, Motivator & Inspirator
  • Encik Anuar Shuib, Ketua Jabatan Perancangan Kewangan Islam VKA Wealth Planner
  • Encik Ahmad Nazhrat Bin Mohd Zain (Abe Nazz), Pengasas Daimyo Prestige Consultancy & Top 3 Group Agency Manager (GAM) Nationwide
  • Prof. Dr. Syed Abdul Khaliq Syed Abd Hamid, Doktor & Pelabur Hartanah
  • Ustaz Ahmad Husni Abd Rahman, Pengurus Unit Syariah (PPZ-MAIWP)
  • Encik Micheal Teoh Su Lim, CEO Thriving Talents Sdn. Bhd., #1 Most Inspirational Linkedin Icons In Malaysia
  • Encik Radzi Tajuddin, Founder Hi-Home & Hi-Wealth
  • Hajah Rohani, Founder Hijrah Wealth Management
  • Encik Wan Hafizi, Penasihat Syariah & Cryptocurrency Specialist
  • Encik Maher Alias, Pengasas Mahersaham
  • Encik Abdul Halim Khairi Abdul Aziz, Pengasas Aqiqah Center
  • Encik Aiman Salmi, Pengarah & Perunding Cara Tawafuq Consultancy

CKS21 mengalu-alukan rakyat Malaysia dari segenap lapisan masyarakat, dari muda sehingga ke tua, bagi mewujudkan komuniti yang mempunyai mindset yang positif, bantu-membantu di antara satu sama lain, dan meningkat tahap celik kewangan secara keseluruhannya.

Persidangan online ini dijadualkan berlangsung dari 9 pagi sehingga ke waktu malam sepanjang tiga hari tersebut. Ianya merupakan pentas terbesar yang menampilkan pelbagai speaker dan topik yang menarik untuk seluruh rakyat Malaysia.

Selain daripada itu, terdapat banyak pertandingan yang diadakan bersempena dengan CKS21 ini: termasuklah pertandingan video, deklamasi sajak, menggubah lagu dan TikTok. Hadiah berupa wang tunai dan t-shirt bakal dimenangi oleh para peserta yang kreatif dan bertuah.

Laman Web Pendaftaran: www.cksummit21.behartawan.com
Laman Rasmi Facebook: www.FB.com/CKsummit
Laman Rasmi FB Group: www.FB.com/groups/CKsummit

Jom kita bersama-sama memeriahkan Cakna Kewangan Summit 2021 ini. Daftar sekarang dan kita jumpa pada 22-24 Oktober nanti.

Mengenai Be-Hartawan

Be-Hartawan adalah platform yang menawarkan kelas kewangan atas talian yang mana memudahkan pengguna belajar menguruskan kewangan peribadi atau kewangan syarikat. Pengguna boleh mengikuti kursus-kursus yang menumpukan pada pengurusan kewangan bila-bila masa di mana sahaja.

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.