Datang Beramai-ramai Ke The Marketplace Fair @ Penang, 5 Januari 2019 Ini

Tahun baru, semangat baru, azam baru, anak baru masuk sekolah, serba-serbi semuanya nak baru.

Kalau selama ini kita rasa malas nak belajar benda baru, berat nak pergi ke seminar saham, semoga Tahun Baru 2019 ini membawa perubahan kepada kita semua.

Jemput Datang Ke The Marketplace Fair @ Penang, Anjuran Bursa Malaysia

Tarikh: 5 Januari 2019, Sabtu

Masa: 9.30 Pagi – 7.15 Malam

Tempat: Setia SPICE Convention Center, Pulau Pinang

Belajar Saham Daripada Speaker Terkenal

Nama pun anjuran oleh pihak Bursa Malaysia, rebut peluang untuk bertemu dan dengar sendiri apa yang ingin disampaikan oleh sifu-sifu saham terkenal Malaysia.

Acara ini bakal menampilkan:

Berhibur Dengan Aliff Satar Dengan Didi & Friends

Sambil belajar, berhibur pula dengan penyanyi Aliff Satar yang akan menyerikan majlis dengan lagu-lagu beliau.

Tidak cukup dengan itu, Didi & Friends pula akan membuat kemunculan. Pastinya kanak-kanak akan gembira melihat kerenah mereka di atas pentas nanti.

Pelbagai Aktiviti Menarik Dan Bazar Makanan Juga

Dah pusing-pusing dewan nanti, mesti lapar kan? Singgah sebentar di bazar makanan yang disediakan. Laksa Penang? Nasi Lemak? Char Kuey Teow?

Aktiviti menarik seperti lukisan batik, pembuatan wau dan wayang kulit pun ada.

Lucky Draw Bagi Pengunjung Bertuah

Hebat-hebat juga hadiah Cabutan Bertuah yang disediakan seperti iMac, iPad, iPhone 8, Microsoft Surface GO with Cover, Samsung 49” Curved LED TV, Canon Powershot DSLR, Fossil Smartwatch dan Fitbit.

Masih ada alasan untuk tak pergi?

Jemput datang beramai-ramai ke The Marketplace Fair @ Penang pada 5 Januari 2019.

Daftar sekarang di laman web The Marketplace Fair.

Mulakan tahun baru anda dengan semangat baru untuk melabur saham!

Marketplace Fair video

Performance by renowned artist @Alif Satar and fantastic lucky draw prizes such as iMac, iPhone 8 and a Samsung 49' screen TV to be won! Where can you experience all this? All happening at The Marketplace Fair @Penang 🙂 -> Saturday, 5 January 2019 at Setia SPICE Convention Centre, Penang. Register Now! www.themarketplacefair.com Entrace is FREE!

Posted by BursaMKTPLC on Khamis, 20 Disember 2018

Aturcara Pameran

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.