Deco Guru Umum Kerjasama Dengan Orpheus Capital Untuk Projek Renovasi Restoran Santan

Deco Guru hari ini mengumumkan kerjasama berjangka masa panjang dengan Orpheus Capital untuk menjayakan projek renovasi dan rekaan dalaman rangkaian makanan segera milik AirAsia Group, Santan.
Dalam kerjasama itu, syarikat Fintech tersebut bersetuju untuk memberikan kemudahan kontrak kepada Deco Guru bagi melaksanakan projek-projek tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Deco Guru, Ahmad Fahmi Mohd Fauzi berkata kerjasama ini sangat signifikan bagi syarikatnya, terutama sekali ketika banyak syarikat kecil dan sederhana (SME) sedang bergelut dalam aspek kewangan ketika wabak pandemik COVID-19 sedang melanda.

“Dengan adanya kemudahan dari Orpheus Capital ini, ia membolehkan SME seperti kami mengambil projek-projek yang memerlukan modal besar,” katanya.

“Tanpa akses kepada modal pada kadar segera, adalah mustahil bagi syarikat-syarikat sederhana & kecil (SME) untuk mengambil dan melaksanakan apa-apa projek berskala besar sebegini.”

Sementara itu pengasas bersama Orpheus Capital, Muhammad Hamudi A Khalid pula berkata kerjasama dengan Deco Guru akan memanfaatkan kedua-dua pihak dan keseluruhan ekosistem ekonomi negara secara umumnya.

“Kami teruja untuk memberi sokongan kepada Deco Guru melalui projek bersama Restoran Santan”.

“Kami percaya kerjasama jangka masa panjang kami dengan Deco Guru akan membolehkan mereka mempunyai modal yang mencukupi, menyiapkan projek tepat pada masa dan bajetnya, meminimakan risiko kerugian, mempunyai sumber kewangan mencukupi untuk menampung kos tak dijangka yang mungkin akan timbul dan memperbaiki prestasi aliran tunai mereka’, tambah beliau.

Hamudi turut menambah Orpheus Capital komited kepada Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals, SDG) dan keperluan spesifik klien-klien SME, terutamanya yang sebelum ini
terasing, terlepas pandang dan terkurang modal.

“Sokongan kepada segmen perniagaan seperti ini adalah nadi Orpheus. Ia adalah sebab utama kenapa Orphues ditubuhkan,” katanya lagi.

Untuk maklumat lanjut mengenai produk dan servis untuk SME, sila layari www.orpheouscapital.com.my atau hubungi +60362110002/ +60182191337.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

TP-Link & Freshtel Internet Rasmi Jalinkan Kerjasama WiFi 7 Tri-Band Pertama

KUALA LUMPUR, 15 Januari 2026 – TP-Link Malaysia telah memeterai satu kerjasama strategik dengan Freshtel Internet menerusi pemeteraian Memorandum Persefahaman (MoU), sekali gus menandakan usaha bersama untuk memperkukuh penawaran sambungan internet di rumah bagi memenuhi permintaan yang semakin meningkat terhadap WiFi dalaman yang stabil dan berprestasi tinggi.

Menerusi kerjasama ini, Freshtel Internet akan mengintegrasikan TP-Link HB610 WiFi 7 Tri-Band Whole Home Mesh ke dalam pakej perkhidmatannya, menjadikan Freshtel antara penyedia perkhidmatan internet terawal di Malaysia yang mengguna pakai penyelesaian WiFi 7 tri-band TP-Link untuk sambungan internet di rumah.

Berbeza dengan penyelesaian WiFi 7 standard, seni bina tri-band HB610 dilengkapi jalur tambahan 6GHz yang membantu mengurangkan kesesakan rangkaian serta menyokong prestasi yang lebih lancar di rumah dengan pelbagai peranti bersambung. Ini membolehkan sambungan internet dalaman yang lebih stabil dan konsisten, khususnya dalam persekitaran penggunaan tinggi dan berbilang peranti.

“Prestasi WiFi dalam rumah kini sama pentingnya dengan kelajuan akses internet,” kata Alvin Ou, Ketua Perniagaan Enterprise & ISP, TP-Link Malaysia. “Melalui kerjasama ini bersama Freshtel Internet, kami menyokong penyedia perkhidmatan dengan penyelesaian WiFi 7 tri-band yang direka untuk memberikan pengalaman sambungan internet di rumah yang lebih boleh dipercayai dan konsisten.”

Menurut Steve Choo, Ketua Pegawai Eksekutif Freshtel Internet, “Menyediakan pengalaman WiFi dalaman yang boleh diharap merupakan keutamaan utama kami. Kerjasama dengan TP-Link membolehkan kami memperkukuh penawaran perkhidmatan melalui penyelesaian WiFi 7 tri-band, di samping bersedia menghadapi keperluan sambungan masa hadapan selari dengan perubahan corak penggunaan isi rumah.”

Selain sambungan kediaman, kerjasama ini turut membuka peluang kepada pembangunan persekitaran rangkaian yang diurus secara berpusat pada masa hadapan. Platform Omada oleh TP-Link menyediakan rangka kerja berskala yang berpotensi menyokong kediaman berbilang unit serta rangkaian hospitaliti, sejajar dengan perancangan Freshtel Internet untuk meneroka peluang perkhidmatan baharu.

Ke hadapan, TP-Link dan Freshtel Internet akan terus bekerjasama dalam jangka panjang bagi meningkatkan pengalaman sambungan internet selaras dengan perkembangan teknologi dan keperluan pengguna yang sentiasa berubah.

Untuk maklumat lanjut mengenai penyelesaian rangkaian TP-Link dan kerjasamanya bersama Freshtel Internet, sila layari laman web rasmi TP-Link Malaysia.