Forum Ekonomi Astana XII di Kazakhstan Tumpu untuk ‘Inspirasikan Pertumbuhan: Penduduk, Bandar, Ekonomi’

Sepanjang dua hari, 16 hingga 17 Mei 2019, ibu negara Republik Kazakhstan – Nur-Sultan, akan menyaksikan individu berwawasan global dan pakar antarabangsa terkemuka berhimpun untuk membincangkan isu-isu paling penting yang dihadapi oleh ekonomi dunia dan merumuskan penyelesaian

NUR-SULTAN, Kazakhstan, 24 April 2019 /PRNewswire/ — Agenda Forum Ekonomi Astana (AEF) XII melibatkan perbincangan tentang masalah-masalah utama, pembangunan industri-industri dan teknologi-teknologi baharu serta cabaran-cabaran global yang dihadapi oleh Kazakhstan dan negara-negara lain.

Tema utama forum berkenaan ialah “Inspirasikan Pertumbuhan: Penduduk, Bandar, Ekonomi“. Peserta-peserta akan membincangkan tentang cara-cara baharu ke arah pertumbuhan yang mampan, pembangunan modal insan dan pembinaan keupayaan di bandar-bandar sebagai pusat-pusat pengetahuan dan inovasi antarabangsa. Acara-acara AEF biasanya berlangsung dalam format sesi-sesi panel, perbincangan meja bulat, persidangan dan dialog perniagaan. Sejumlah 50 sesi dirancang di forum berkenaan.

Paling penting daripada acara-acara tersebut ialah perbincangan meja bulat ketiga tentang pelaburan global (Meja Bulat Pelaburan Global Kazakhstan) yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Kazakhstan, Askar Mamin; persidangan antarabangsa bagi memperingati ulang tahun ke-100 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) untuk mengkaji dan membincangkan tentang laporan daripada suruhanjaya global berhubung masa depan tenaga buruh; mesyuarat interim tentang persediaan persidangan menteri ke-12 Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) pada tahun 2020; forum Kazakhstan pertama tentang matlamat-matlamat pembangunan mampan di bawah naungan PBB; sesi strategik yang melibatkan golongan elit intelektual dunia dan kerajaan Kazakhstan di bawah naungan Sekretariat Antarabangsa G-Global; perbincangan meja bulat antara menteri-menteri kewangan dan ketua-ketua bank pusat bagi negara-negara Caucasus dan rantau Asia Tengah, negara-negara anggota Kesatuan Ekonomi Eurasia, dan Mongolia.

Forum Ekonomi Astana (AEF) 2019, yang akan diadakan di Pusat Kongres EXPO dan Hilton Astana, bakal menyaksikan penyertaan daripada 3,000 orang. Separuh daripada mereka merupakan delegasi dari 100 negara. Antara tetamu-tetamu antarabangsa yang telah mengesahkan penyertaan ialah Paul Romer, Pemenang Hadiah Nobel Ekonomi pada tahun 2018 dan Ketua Ekonomi di World Bank (2016-18); Christine Lagarde, Pengarah Urusan Tabung Kewangan Antarabangsa; Stanley Fisher, Timbalan Pengerusi Rizab Persekutuan AS (2014-17); Rae Kwon Chung, pemenang hadiah Nobel keamanan 2007 dan profesor kehormat di Incheon State University, Korea Selatan; Risto Siilasmaa, Pengerusi Lembaga Pengarah Nokia dan pengasas F-Secure Corporation; German Gref, Presiden dan Pengerusi Lembaga Sberbank Rusia; Armida Alisjahbana, Setiausaha Eksekutif Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan Setiausaha Eksekutif Suruhanjaya Ekonomi dan Sosial untuk Asia dan Pasifik (ESCAP).

Penyertaan daripada ahli-ahli politik dan pakar-pakar terkemuka berkenaan dalam edisi AEF tahun ini bukan sahaja menjadi penunjuk kepada minat yang semakin meningkat terhadap acara itu sendiri, tetapi juga kesediaan untuk mengadakan dialog terbuka dan juga kerjasama bersama. Kira-kira 200 orang penceramah akan berucap di forum tersebut sepanjang dua hari berkenaan.

Pendaftaran untuk peserta-peserta serta akreditasi untuk wakil-wakil media dibuka di laman sesawang forum tersebut: http://astanaeconomicforum.org

Sumber: Astana Economic Forum

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.