Berita Baik Untuk Pembeli Rumah Pertama, Apartmen Berharga RM260,000 Menanti Anda

Bagi mereka yang tercari-cari rumah pertama, kini anda boleh menarik nafas lega dengan adanya Residensi PR1MA Kajang Utama ini. Mana nak cari rumah di kawasan yang dah terkenal, dengan harga yang ditawarkan ini?

Jom kita tengok mengapa peluang sebegini tidak datang selalu dan 7 sebab kenapa perlu beli Residensi PR1MA Kajang Utama ni.

1. Lokasi Yang Strategik

Kita sering dengar, perkara yang paling penting pasal hartanah ini adalah “lokasi, lokasi, lokasi”. Siapa yang tak kenal area Kajang ni kan?

Sebut saja Satay Kajang, semua orang tahu punya. Kajang ni tak perlu diperkenalkan lagi, lokasinya juga cukup strategik.

Residensi PR1MA Kajang Utama ni betul-betul berada di tengah Kajang, dan berhampiran dengan bandar Bangi, Kajang Hill Golf Resort, pasaraya Econsave dan Giant. Kemudahan seperti sekolah, hospital dan balai polis pun dekat.

Senang cerita, kawasan di sekitarnya dah membangun dengan pesat dan bukannya tempat ‘jin bertendang’.

2. Pelbagai Akses Keluar Masuk

Punyalah senang untuk mengakses Residensi PR1MA Kajang Utama ni, kerana ianya terletak berhampiran dengan Lebuhraya Silk, SKVE, LEKAS, ELITE dan PLUS.

Cakap je nak pergi mana, utara selatan timur barat? Tidak kira di mana anda bekerja, pelbagai laluan yang boleh digunakan.

3. Harga Tak Masuk Akal

Takkan tak perasan harga Residensi PR1MA Kajang Utama bawah RM300,000? Ianya merupakan harga yang paling dicari-cari orang ramai.

Dengan harga yang bermula dari RM260,000, memang mampu milik sangat. Mereka yang bergaji RM3,000 dah boleh beli.

Dengan harga serendah itu, setiap unit dilengkapi dengan 3 bilik, 2 bilik air dan 2 tempat letak kereta. Sebelum terlupa, projek ini FREEHOLD ya. Memang terbaik!

4. Dilengkapi Pelbagai Kemudahan

Di sini bakal dilengkapi dengan sebuah surau, gelanggang serbaguna, dewan serbaguna, taska, tadika, taman permainan kanak-kanak dan ruangan membaca.

Bukan itu sahaja, Residensi PR1MA Kajang Utama mempunyai kamera litar tertutup dan merupakan komuniti berpagar serta komuniti berpengawal. Ianya menggabungkan ciri-ciri keselamatan untuk kesejahteraan dan keselesaan orang ramai.

Memang rasa selamat sangat bila tinggal di dalamnya.

5. Bilangan Unit Yang Terhad

Dengan bilangan 566 unit, boleh kata eksklusif jugalah Residensi PR1MA Kajang Utama ni. Bila tak ramai unit ni, takdelah rasa sesak sangat.

Kita balik kerja mesti nak rehat setelah seharian penat bekerja, jadi ambil peluang ini untuk mendapatkan ketenangan yang dicari-cari.

6. Harga Hartanah Yang Konfem Meningkat

Jom kita lihat data yang diperolehi daripada laman web NAPIC (National Property Information Centre) yang merupakan Pusat Maklumat Harta Tanah Negara. Ianya dikeluarkan oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta, sebuah jabatan di bawah Kementerian Kewangan Malaysia.

Harga hartanah di Selangor telah naik sebanyak 91.5% dalam tempoh 7 tahun, ini bermakna purata kenaikan adalah sebanyak 13.07% setahun.

Agak-agak harga hartanah di kawasan Kajang naik jugak ke camana?

Lagi lambat kita beli rumah, lagi tak mampu milik jadinya. Silap haribulan, kita hanya mampu tengok saja.

7. Promosi Menarik Menanti Anda

Harga rumah dahlah murah, ada promosi lagi?

Cepat booking rumah Residensi PR1MA Kajang Utama ni tanpa deposit. Ya, tak perlu keluar satu sen pun.

Bukan itu saja, legal fee untuk perjanjian jual beli dan stamp duty pun percuma sempana Home Ownership Campaign (HOC) yang akan berakhir pada 30 Jun 2019!

Jadi apa tunggu lagi?

Apa Tunggu Lagi?

Jom layan video terkini Residensi PR1MA Kajang Utama di bawah:

LAST WEEKEND BEFORE 30% IS OVER. CALL US TODAY

Posted by Residensi Prima Kajang Utama on Khamis, 7 Mac 2019

Boleh isi ini jika anda berminat.

Jangan lepaskan peluang terbaik yang ditawarkan Residensi PR1MA Kajang Utama ini. Jom beli rumah pertama hari ini juga!

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

OIB Lancar Gardens Idaman, Memperkukuh Portfolio Perumahan Mampu Milik Mampan Di Selangor

Rawang, 17 Ogos 2026: Oriental Interest Berhad (OIB) hari ini mengumumkan pelancaran rasmi Myra Idaman, sebuah pembangunan perumahan mampu milik terbaharunya di bawah program Rumah Idaman, yang dipasarkan dengan nama Gardens Idaman. Pelancaran ini memperluas lagi portfolio perumahan mampu milik OIB di Selangor, dengan Gardens Idaman menjadi pembangunan terbaharu Kumpulan di bawah program Rumah Idaman.

Meliputi kawasan seluas 11.226 ekar dengan nilai pembangunan kasar (GDV) sebanyak RM163.8 juta,
Gardens Idaman akan menawarkan 616 unit pangsapuri separa berperabot dengan harga bermula daripada RM250,000 hingga RM270,000. Setiap unit turut dilengkapi dengan dua ruang letak kereta.

Pembangunan berstatus pajakan ini dijangka siap pada tahun 2030 dan direka sebagai komuniti berpagar dan berpengawal untuk pembeli rumah pertama serta keluarga yang mencari kediaman yang lebih luas dan selesa.

Setiap unit berkeluasan 1,002 kaki persegi mempunyai tiga bilik tidur, dua bilik air dan dua ruang letak kereta, serta dilengkapi secara separa berperabot dengan almari pakaian, penghawa dingin, pemanas air, kabinet dapur, peti sejuk, televisyen dan kabinet TV.

Para penghuni juga akan menikmati Central Park yang menampilkan trek joging, gimnasium luar, taman permainan kanak-kanak, gelanggang futsal dan pickleball, selain kemudahan lain seperti dewan serbaguna, tadika serta surau.

William Lew, Pengurus Besar Unit Perniagaan Essential Myra, bahagian hartanah kediaman OIB, berkata program Rumah Idaman Selangor memainkan peranan penting dalam memperluaskan akses kepada perumahan mampu milik berkualiti di seluruh negeri.

“Program Rumah Idaman telah menjadi penanda aras penting dalam menjadikan pemilikan rumah berkualiti lebih mudah dicapai oleh pembeli rumah pertama.

“Sebagai salah satu pemaju yang menyertai program ini, peranan kami bukan sekadar membangunkan kediaman yang memenuhi keperluan program, tetapi juga sentiasa mencari peluang untuk mewujudkan nilai tambah kepada pemilik rumah serta komuniti yang bakal didiami mereka,” katanya

Pelancaran ini turut memperluas portfolio perumahan mampu milik OIB, dengan Gardens Idaman dan pembangunan akan datang, Saujana Idaman di Dengkil, masing-masing menerima pensijilan Provisional GreenRE Bronze, mengiktiraf komitmen projek-projek tersebut terhadap amalan pembangunan yang mampan dan bertanggungjawab terhadap alam sekitar.

GreenRE merupakan skim pensijilan bangunan hijau Malaysia yang ditubuhkan oleh
Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA), bagi mengiktiraf pembangunan yang
memenuhi penanda aras kelestarian merangkumi aspek seperti kecekapan tenaga, kecekapan air, perlindungan alam sekitar serta kualiti persekitaran dalaman.

Walaupun aspek kelestarian semakin diberi perhatian dalam sektor hartanah Malaysia, penerapan piawaian GreenRE dalam pembangunan perumahan mampu milik masih belum meluas.

Ini menunjukkan masih terdapat ruang untuk memperluaskan penerapan reka bentuk mampan dalam pembangunan perumahan mampu milik, agar manfaat kelestarian dapat dinikmati oleh lebih ramai pemilik rumah.

Lew menambah bahawa walaupun pensijilan GreenRE bukan merupakan keperluan di bawah program Rumah Idaman, OIB percaya aspek kelestarian wajar diterapkan dalam pembangunan perumahan mampu milik dan tidak seharusnya terhad kepada pembangunan bertaraf premium.

“Sering kali wujud persepsi bahawa kelestarian hanya sesuai untuk pembangunan berharga tinggi. Namun, kami percaya perumahan mampu milik juga boleh menerapkan elemen kelestarian tanpa menjejaskan kemampuan milik, terutamanya apabila aspek ini dipertimbangkan sejak peringkat awal reka bentuk.

“Pensijilan Provisional GreenRE Bronze yang diterima oleh Gardens Idaman dan Saujana Idaman menunjukkan bahawa kelestarian dan kemampuan milik boleh bergerak seiring. Pencapaian ini turut mencerminkan usaha kami untuk menerapkan pendekatan pembangunan yang lebih mampan dalam projek perumahan mampu milik,” jelasnya.

Gardens Idaman menggabungkan pelbagai ciri reka bentuk mampan termasuk reka bentuk luaran bangunan bagi mengurangkan penyerapan haba, kelengkapan kecekapan air 100%, penggunaan bahan binaan rendah karbon, sistem acuan aluminium boleh guna semula, sistem lif cekap tenaga, cat rendah penyerapan sebatian organik (VOC) serta pengoptimuman pencahayaan semula jadi.

Secara keseluruhannya, langkah-langkah ini dijangka meningkatkan kecekapan penggunaan tenaga dan air, memperbaiki kualiti persekitaran dalaman serta mewujudkan persekitaran kediaman yang lebih selesa untuk para penghuni.

Berdasarkan penilaian GreenRE, Gardens Idaman dijangka mencapai penjimatan tenaga kira-kira 30.61% berbanding dengan garis dasar GreenRE, serta mengurangkan pelepasan karbon operasi yang dianggarkan sebanyak 337 tan karbon dioksida setara (CO₂e) setiap tahun.

Terletak di salah satu koridor pertumbuhan utama Selangor, Gardens Idaman menawarkan hubungan strategik ke Rawang, Sungai Buloh, Kwasa Damansara, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur melalui Lebuhraya Kuala Lumpur-Kuala Selangor (LATAR), Lebuhraya Koridor Guthrie serta Lebuhraya Utara-Selatan (NSE).

Pembangunan ini turut menawarkan akses mudah ke sekolah, kemudahan penjagaan kesihatan dan rekreasi serta pusat komersial berhampiran.

Gardens Idaman merupakan projek terbaharu dalam portfolio Rumah Idaman OIB, selepas kejayaan pelancaran Putra Idaman di Desa Pinggiran Putra pada tahun 2024.

Dengan Saujana Idaman dijadualkan untuk dilancarkan pada suku ketiga 2026, OIB akan terus mengembangkan portfolio perumahan mampu miliknya di Selangor, selaras dengan aspirasi perumahan negeri. Untuk maklumat lanjut mengenai Gardens Idaman, layari https://www.myra.com.my/myra-homes/gardensidaman