Di bauma 2019, XCMG Bina Ke Arah Masa Depan Lebih Baik dengan Peralatan dan Penyelesaian Pintar

MUNICH, 25 April 2019 /PRNewswire/ — XCMG telah melabuhkan tirai pameran dengan jayanya di bauma 2019 bertempat di Munich, Jerman, menonjolkan teknologi baharu, produk terkini, penyelesaian pembinaan yang lengkap dan pencapaian Pembuatan Pintar (IM) di pameran perdagangan pembinaan yang terbesar di dunia.

Aktiviti-aktivitinya termasuk:

  • Menganjurkan upacara perasmian
  • Membawakan sekumpulan kren beroda rupa bumi kasar ke NITEK Rusia dan pesanan tambahan kren XCA100E, yang menonjolkan tahap tertinggi bagi kren Cina, kepada Josef Buller GmbH dari Jerman.
  • Mengumumkan bahawa ekport pukal peralatan XCMG ke Eropah merupakan kekuatan XCMG dalam pasaran jentera pembinaan berkualiti tinggi.
  • Menyampaikan anugerah Rakan Kongsi Terbaik di Eropah kepada syarikat Poland XCMG.

“Jentera pembinaan ialah sebuah industri global. Pasaran Cina bukan sahaja menggamit perhatian pengeluar-pengeluar antarabangsa terkemuka, tetapi juga memupuk jenama-jenama Cina yang cemerlang untuk membentuk rantaian perindustrian yang lengkap. Melalui persaingan dengan perusahaan-perusahaan terkemuka di seluruh dunia, jenama-jenama Cina turut memberi kehidupan baharu, kreatif dan bertenaga bagi mencapai pembangunan yang lebih pantas dan lebih baik,” ujar Wang Min, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif XCMG, di Persidangan Jenama-jenama Jentera Pembinaan Cina di bauma 2019.

Inovatif, pintar dan andal

bauma 2019, XCMG memperkenalkan buat julung kalinya XCA60E dan XCA130_E, kren semua rupa bumi “Intelligent+” yang pertama di dunia, kren trak XCT25L5_E tersuai, pengorek hidraulik XE210E serbaguna, pemuat-pemuat pintar generasi seterusnya XCA938E dan XC958E, perata tanah inovatif GR1605, penggelek jalan berprestasi tinggi XS123, rig gerudi berputar siri E dan platform kerja udara lif gunting baharu yang dibangunkan secara eksklusif untuk pasaran Eropah.

Dengan teknologi inovatif daripada XCMG, jenteranya telah ditambah baik untuk disesuaikan dengan persekitaran melampau. Dibangunkan menggunakan piawaian emas “Canggih dan Mampu Bertahan”, XCMG mencipta legenda perindustrian menerusi pembangunan IM. Pencapaian terkini olehnya termasuk tapak IM untuk pemuat muatan besar yang dapat menyempurnakan pemotongan bahan mentah, kimpalan struktur, penyampaian, penyalutan dan pemasangan.

XCMG pertama kali muncul di pameran perdagangan bauma pada tahun 1992 sebagai satu-satunya wakil daripada industri jentera pembinaan Cina. 27 tahun kemudian, XCMG berkembang menjadi pengeluar keenam terbesar di seluruh dunia dan mendapat tempat pertama di China selama 30 tahun.

Pada tahun 2018, XCMG mencapai pendapatan operasi sebanyak lebih RMB 100 bilion (US$14.91 bilion) dengan eksport berjumlah US$1.28 bilion. XCMG telah mencapai bahagian pasaran sebanyak 97% di negara-negara “Jalur dan Jalan”, menambat hati semakin ramai pelanggan menerusi produk dan perkhidmatan berkualiti tingginya.

Sumber: XCMG

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.