Hartanah Kediaman Bertingkat Tinggi Terbaik Untuk Pelaburan Di Greater Klang Valley Pada 2022

iProperty.com.my telah mengenal pasti beberapa hartanah kediaman yang telah menunjukkan prestasi lebih baik sejak tiga tahun kebelakangan ini ketika pasaran hartanah berhadapan dengan isu lebihan bekalan hartanah bertingkat serta wabak COVID-19.

Walaupun persekitaran permintaan pengguna yang rendah antara 2019-2021, terdapat segelintir hartanah bertingkat tinggi di lokasi utama di Kuala Lumpur, Selangor dan Negeri Sembilan menerima permintaan yang kukuh. Hartanah tersebut bukan sahaja menjana transaksi atau jualan tertinggi, tetapi juga memperoleh jumlah pertanyaan tertinggi (enquiries) pada 2021.

Shylendra Nathan, Pengurus Negara – iProperty.com.my, berkata, “Pelabur hartanah mungkin melihat trend permintaan yang menggalakkan ini sebagai petunjuk kukuh di mana mereka boleh memfokuskan pelaburan mereka pada 2022. Sememangnya wajar jika hartanah kediaman yang menunjukkan prestasi berdaya tahan semasa situasi pasaran yang mencabar, mungkin mempunyai peluang yang baik untuk berkembang pesat pada masa hadapan apabila pasaran telah pulih, terutamanya dari segi hasil sewa dan peningkatan modal.”

Di bawah ialah senarai 5 hartanah teratas dan lokasi utama yang perlu diperhatikan oleh pelabur:

Kuala Lumpur

Di Kuala Lumpur, kawasan yang paling mendapat minat pelaburan adalah kawasan yang menawarkan kemudahan gaya hidup moden seperti kompleks beli-belah, pawagam, kedai runcit dan tempat makanan dan minuman. Pelabur juga melihat untuk memanfaatkan pasaran sewa yang menjanjikan kerana kemasukan pekerja dan pelajar. Tambahan pula, kawasan dengan landskap kosmopolitan ini terdiri daripada restoran mewah dan pusat hiburan yang memenuhi keperluan komuniti ekspatriat telah menarik perhatian pelabur.

Sehubungan itu, Bukit Jalil dan Mont Kiara adalah bersesuaian dengan kriteria di atas — empat daripada lima hartanah pelaburan utama di Kuala Lumpur adalah dari dua perbandaran ini. Bukit Jalil menawarkan beberapa hartanah bertingkat tinggi dengan hasil sewa lumayan dan potensi yang kukuh untuk pertumbuhan masa depan. Sementara itu, kondominium di Mont Kiara terus menguasai dengan harga yang tinggi, menjana pertumbuhan modal baik dan memberikan hasil sewa menarik.

Selangor

Di Selangor, Damansara ialah satu pilihan popular di kalangan pelabur hartanah kerana infrastruktur dan kemudahannya yang lengkap termasuk pusat beli-belah, institusi pendidikan, hospital dan pasar raya besar serta kehijauan yang luas di sekitarnya. Gabungan ini telah menarik golongan profesional muda yang ingin hidup dan bekerja dalam persekitaran serba lengkap yang selesa. Di Bandar Sri Damansara, terdapat sebuah kondominium di samping hutan simpan  yang menawarkan pengalaman alam semula jadi, kepada pencari rumah.

Tiga daripada lima hartanah pelaburan utama di negeri ini terletak di Damansara Perdana, Kota Damansara dan Bandar Sri Damansara. Sebagai prospek pelaburan, Damansara menawarkan hasil sewa dan pertumbuhan modal menarik yang menjadi petanda baik untuk pelan pelaburan jangka panjang.

Negeri Sembilan

Di Negeri Sembilan, pelabur berminat untuk memanfaatkan reputasi negeri tersebut sebagai hab pendidikan dan kawasan tumpuan pelancongan. Oleh itu, kesemua lima hartanah bertingkat tinggi terbaik di Negeri Sembilan berada di Nilai dan Port Dickson. Nilai terkenal dengan lokasi beberapa institusi pengajian tinggi dan mempunyai populasi pelajar, guru dan kakitangan yang besar. Oleh kerana populasi pelajar yang besar, termasuk pelajar tempatan dan antarabangsa, potensi pendapatan sewa di Nilai adalah memberangsangkan.

Sebagai salah satu destinasi pantai yang terkenal di Malaysia, Port Dickson menarik minat pembeli dengan tarikan bayu laut dan pantai. Di samping itu, pelabur telah melihat potensi jangka panjang Port Dickson sebagai kawasan tumpuan pelancong. Walaupun hasil sewa adalah rendah di Port Dickson, sebuah kondominium di lokasi utama yang menawarkan pemandangan laut telah menyaksikan kenaikan harga mediannya sejak dua tahun lalu, menunjukkan potensi pelaburan jangka panjang yang baik.

Apakah Situasi  Pasaran Hartanah Pada 2022?

Semua indikasi menunjukkan prospek pasaran yang menggalakkan pada 2022. Namun, pakar pasaran percaya bahawa kemajuan akan menjadi perlahan dan stabil. Namun begitu, sentimen yang memberangsangkan hasil daripada jangkaan peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara antara 5.5% dan 6.5%, mungkin memberikan kesan positif kepada pasaran hartanah. Pertumbuhan aktiviti ekonomi ini mungkin dapat membantu meningkatkan keyakinan pengguna dan aktiviti transaksi.

Walaupun sentimen pasaran hartanah masih ditakrifkan sebagai rendah, sesetengah hartanah bertingkat tinggi telah menunjukkan prestasi yang positif dan menawarkan tinjauan dimana permintaan pengguna boleh berkembang dengan pesat tidak lama lagi. Tambahan pula, peralihan ke fasa endemik mungkin membawa peluang baharu kepada pelabur kerana permintaan pengguna dijangka meningkat.

Memiliki rekod CCRIS yang bersih sangat penting untuk kita semua. Kalau rekod CCRIS kita tak cantik, maka selepas ini susahlah untuk kita mendapatkan apa sahaja pinjaman daripada pihak bank.

  • Bagaimana pula dengan hutang kad kredit, bayar tepat pada masanya atau tidak?
  • Pernahkah anda terlibat dengan sebarang masalah undang-undang atau muflis?
  • Berapa pula Debt to service ratio (DSR) anda?

Dengan TechRevo, kini anda boleh dapatkan laporan kewangan dengan cepat dan mudah.

Bukan itu sahaja, semua pengiraan berkenaan dengan permohonan pinjaman akan dilakukan berdasarkan apa yang bank mahu.

Yang lagi bestnya, di penghujung laporan nanti ada pilihan bank dengan tawaran terbaik khusus untuk anda.

Dengan harga promosi RM14.90, anda akan dapat:

✅ Ketepatan 99% pengiraan DSR + kelayakan pinjaman perumahan
✅ Laporan CCRIS untuk 12 bulan
✅ Kes undang-undang, muflis

Dapatkan laporan TechRevo hari ini juga -> https://tinyurl.com/techrevo

Previous ArticleNext Article

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.