Hong Leong Bank Bekerjasama Dengan Syarikat Start-up Perkhidmatan Logistik Berkongsi ‘Snaptruck’ untuk Menawarkan Solusi Logistik On-Demand kepada PKS

Hong Leong Bank (“HLB”) mengumumkan kerjasama dengan Snaptruck, syarikat start-up tempatan yang menyediakan perkhidmatan logistik berkongsi digital, untuk menawarkan solusi logistik on-demand kepada pelanggan PKS HLB. Kerjasama ini akan menjadikan Snaptruck sebahagian daripada Penyelesaian Perniagaan Digital PKS HLB, mempelbagaikan dan meningkatkan solusi perbankan digital bagi memenuhi keperluan pelanggan.

Pendigitan perniagaan untuk meningkatkan produktiviti dan mengekalkan kos operasi agar kekal kompetitif dan relevan adalah cabaran utama yang PKS hadapi, terutamanya dalam norma baharu ini di mana krisis kesihatan dan ekonomi COVID-19 telah mempercepatkan dorongan ke arah ekonomi digital. Bidang yang dapat membantu PKS beroperasi dengan lancar adalah dengan mempunyai penyedia perkhidmatan logistik yang boleh dipercayai dengan harga yang kompetitif. Dengan konsep “Logistics at your fingertips” dari Snaptruck, ia berpadanan dengan etos “Digital at the Core” HLB dengan kebolehan digitalisasi aspek logistic perniagaan PKS melalui landasan dalam talian yang menawarkan solusi pengangkutan on-demand yang kos efektif, cekap dan dipercayai.

Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB menyatakan bahawa kerjasama dengan Snaptruck bukan sahaja meluaskan Penyelesaian Perniagaan Digital PKS HLB, tetapi paling utamanya, memenuhi keperluan harian pelanggan dalam bidang logistik.

“Di HLB, kami berusaha menawarkan perkhidmatan sokongan kepada solusi perbankan yang merangkumi keperluan perniagaan selain daripada perkhidmatan kewangan, dan membantu melancarkan serta meluaskan perniagaan mereka lebih-lebih lagi semasa tempoh yang mencabar seperti kini. Dengan memahami keperluan pelanggan , kami telah mengenalpasti sektor logistik sebagai komponen penting dalam memastikan perniagaan terus beroperasi dan berjalan lancar, perkhidmatan pelanggan PKS diperbaiki dan keberkesanan kos dimaksimumkan, sambil menyelesaikan antara cabaran utama yang dihadapi PKS. Kami berbesar hati untuk mengumumkan Snaptruck sebagai rakan kerja, menjadikan kami bank pertama di Malaysia yang menawarkan solusi logistik yang asas dan mudah diakses kepada pelanggan.”

Dirangka untuk menepati keperluan ekonomi berkongsi, Snaptruck menghubungkan PKS kepada lebih daripada 61 rakan pengangkutan, serta kebolehan mencari, mengurus dan menjejak penghantaran dalam talian secara real-time, dan menikmati ketelusan harga dalam perkhidmatan pengangkutan. Ini membolehkan PKS meningkatkan kecekapan dalam penghantaran produk, memenuhi jalur masa operasi, menjadi lebih tangkas dalam meluaskan perniagaan serta mencapai daya saing dalam operasi perniagaan dalam suasana ekonomi digital.

(Kiri ke kanan) Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB; Wong Tze Kai, Pengarah Urusan Snaptruck; Terrence Teoh, Ketua Perbankan PKS (SME Banking) HLB 

Wong Tze Kai, Pengarah Urusan Snaptruck berkata perniagaan menuju ke arah digital untuk memenuhi permintaan ekonomi semasa yang baru dan berubah, platform dalam talian FreightTech kami akan mengatasi cabaran sedia ada dalam industri logistik yang sangat berpecah, beroperasi secara silo dan bergantung kepada tenaga manual dalam memperoleh dan menjalankan tugasan, lantas mengurangkan kos operasi secara keseluruhan.

“Dalam keadaan di mana PKS mengalami tekanan dalam memastikan kesinambungan perniagaan ketika penularan wabak COVID-19, setiap langkah keberkesanan kos akan membawa manfaat dalam jangka masa panjang. Melalui pendigitan logistik, Snaptruck menawarkan solusi agregasi, padanan dan kolaborasi dalam talian, di mana semua data dan maklumat tentang penghantaran dikongsi melalui satu landasan bagi pihak PKS serta penyedia perkhidmatan pengangkutan.

“Khususnya, dalam fasa Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (“PKPP”) ini, walaupun aktiviti perniagaan telah meningkat, jumlah penghantaran barangan mungkin belum mencapai tahap pra-COVID-19. Pihak PKS boleh memanfaatkan kecekapan operasi berikutan agregasi isipadu dan kemudahan untuk mencari, meguruskan dan menjejak penghantaran dalam tempoh real-time. Penyedia perkhidmatan pengangkutan pula dapat mengoptimumkan tugasan, memaksimumkan kapasiti penghantaran dan mengurangkan hala balik kosong. Dengan kemudahan ini, Snaptruck membolehkan kekurangan kos keseluruhan menjalankan perniagaan bagi PKS dan penyedia perkhidmatan pengangkutan. Kami sangat teruja kerana Hong Leong Bank mengiktiraf potensi kami untuk menyuntik nilai tambah kepada pelanggan dalam tempoh masa kritikal ini untuk pulih. Kami ternanti-nanti pengalaman bekerjasama rapat dengan pihak Bank.”  

Semasa tempoh PKP, Snaptruck telah memperluaskan perkhidmatan mereka dengan memperkenalkan ‘SnapX’ bagi memenuhi keperluan yang meningkat untuk penghantaran ringan, dokumen dan parcel. SnapX adalah di atas perkhidmatan Snaptruck yang kini sedia ada termasuk ‘Snaptruck’ yang memfokuskan  pengangkutan kargo kelas berat untuk seluruh negara serta ‘SnapPorts’ yang bertumpukan keperluan pengangkutan kontena untuk industri import dan eksport. Menyedari bahawa tidak semua PKS mempunyai sumber daya untuk membina platform dalam talian untuk mendigitalkan pelbagai aspek perniagaan mereka, Snaptruck juga menawarkan perisian sebagai perkhidmatan (SaaS) bagi platform logistik mereka ‘SnapQloud’.

Sejak bermula operasi pada 2018, Snaptruck telah melakukan 50,000 penghantaran, melebihi 1.7 juta tan kargo keseluruhan dan kini mempunyai lebih daripada 61 rakan pengangkutan. Snaptruck bertumpukan pengangkutan kargo bahan binaan, dan kini telah mempelbagaikan portfolio kepada kargo dan industri lain, termasuk rangkaian sejuk dan penghantaran “last mile.” Perancangan masa hadapan termasuk mengaplikasikan Kecerdasan Buatan (AI) dan Blockchain untuk memanfaatkan kecekapan dan integriti rantaian bekalan merentasi industri logistik.

Untuk maklumat lanjut tentang Snaptruck, sila layari www.snaptruck.com

Mengenai Snaptruck

Didirikan pada 2018, Snaptruck ialah syarikat start-up FreightTech dari Malaysia yang menawarkan perkhidmatan logistik berkongsi bersama digital, dengan matlamat menyediakan solusi logistik yang kos efektif, cekap dan dipercayai untuk pengirim dan pengangkut. Dengan slogan ‘Logistics at your Fingertips,’ Snaptruck menawarkan solusi agregasi, padanan dan kolaborasi, membolehkan pengaturan logistik secara telus serta koordinasi antara pengirim dan pengangkut bagi pengurusan rantaian bekalan yang lebih baik.

Landasan dalam talian menawarkan penjejakan lokasi dan status penghantaran dalam real time, selain perkakas perancangan unjuran Trak dan Muatan yang memberi gambaran lebih jelas serta meningkatkan kecekapan dalam kapasiti memadankan. Dengan lebih 61 rakan pengangkutan, Snaptruck menawarkan perkhidmatan logistik yang merangkumi kargo inland untuk penghantaran di seluruh negara dan SnapPort, perkhidmatan haulage kontena untuk industri import dan eksport. Syarikat kini meluaskan operasi ke jenis kargo yang lain termasuk industri rantaian sejuk dan penghantaran “last mile.”

Untuk maklumat lanjut tentang Snaptruck, sila layari www.snaptruck.com

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.