HUAWEI CLOUD Dinamakan Antara Penyedia Bekas Awan Awam Global Utama dan Padanan Terbaik untuk Sokongan Awan Hibrid

SHENZHEN, China, 14 Ogos 2019 /PRNewswire/ — Huawei mengumumkan bahawa baru-baru ini, Forrester, sebuah firma penyelidikan dan perundingan berwibawa antarabangsa, mengeluarkan laporan The Forrester New Wave™: Public Cloud Enterprise Container Platforms, Q3 2019 (Platform Bekas Perusahaan Awan Awam, Suku Tahun Ketiga 2019). Laporan ini menunjukkan bahawa: Bekas The HUAWEI CLOUD telah memasuki segmen “pelaksana mantap” dan merupakan padanan terbaik untuk firma-firma yang tercari-cari sokongan awan hibrid.

Merupakan padanan terbaik untuk firma-firma yang mencari pengaruh sumber terbuka dan sokongan awan hibrid, Huawei mempunyai pengalaman beraneka dalam menawarkan perkhidmatan kepada pelanggan di seluruh dunia. Ia telah membuat sumbangan penting untuk projek-projek sumber terbuka global seperti KubeEdge dan Istio. Tawaran MCP dan awan persendiriannya mendayakan fungsian natif-awan dalam persekitaran awan hibrid.

Menonjol dengan keupayaan sekuriti dan ALM yang tangkas. Huawei menyediakan liputan sekuriti yang luas, seperti pencegahan lepas dan kawalan trafik melalui lapisan-lapisan berbeza. Sokongan Ci/CD dan mikroservis menyelaraskan pembangunan natif-awan.

The Forrester New Wave™: Public Cloud Enterprise Container Platforms, Q3 2019

Komuniti menyumbang: yang pertama di Asia dan ketiga di dunia

HUAWEI CLOUD telah melabur dalam industri natif awan sejak tahun 2015 dan merupakan ahli pengasas dan ahli platinum Cloud Native Computing Foundation (CNCF). Sumbangannya kepada komuniti Kubernetes merupakan yang pertama di Asia dan yang ketiga di dunia. Ia merupakan salah satu kumpulan pertama penyedia perkhidmatan disahkan Kubernetes di dunia.

HUAWEI CLOUD juga mempunyai 10 kerusi Pengekal dalam komuniti Kubernetes dan bertanggungjawab terhadap penjadualan Kubernetes, federasi kluster, rangkaian, seni bina dan ciri sekuriti. Syarikat ini merupakan peneraju bagi teknologi berkaitan dalam komuniti ini.

Penyelesaian Bekas Awan Tindanan Penuh utama dalam Industri

Memanfaatkan sumbangan berterusan Huawei dan pengumpulan dalam domain natif awan selama bertahun-tahun, HUAWEI CLOUD membina penyelesaian bekas awan tindanan penuh yang lengkap berasaskan perkhidmatan infrastruktur bekas. Penyelesaian ini meliputi infrastruktur bekas, pengurusan O&M bekas dan penyelesaian bekas yang khusus untuk industri. Ia menyediakan perkhidmatan bekas awan yang terbaik dan paling tangkas untuk pelanggan.

  • Infrastruktur bekas: Cloud Container Engine (CCE) bekas Kubernetes dan Cloud Container Instance (CCI) bekas Serverless, serta bekas logam terdedah dan bekas GPU yang diperoleh daripada dua perkhidmatan asas menyediakan kluster bekas asas dan juga pengurusan aplikasi.
  • Pengurusan O&M bekas: Satu set sistem O&M bekas hujung-ke-hujung meliputi pengaturan sumber, penghantaran berterusan aplikasi bekas, pengurusan kitaran hayat aplikasi, pengimbasan sekuriti imej dan keupayaan pengawasan O&M rutin. Alatan ini menjadikannya lebih mudah untuk menggunakan bekas dan menjadikan peralihan daripada IT tradisional kepada natif awan dan O&M IT lebih cekap.
  • Penyelesaian industri: Teknologi natif awan disepadukan ke dalam senario perniagaan, seperti genetik, AI dan pengkomputeran pinggir bagi membantu pelanggan mencapai transformasi natif-awan dengan pantas.

Pada masa kini, perkhidmatan tindanan penuh bekas HUAWEI CLOUD digunakan secara meluas dalam Internet, kewangan, maklumat, genetik, permainan dan industri tebus guna daging dan binatang ternakan.

Pilihan Terbaik untuk Bekas Awan Hibrid

Pada 22 Mac 2019, di Persidangan Rakan Kongsi Ekosistem Global Huawei, HUAWEI CLOUD melancarkan Platform Bekas Berbilang Awan (MCP), penyelesaian awan hibrid bekas yang pertama di dunia.

Penyelesaian ini bukan sahaja menyediakan pelanggan dengan keupayaan pengurusan silang awan untuk kluster bekas dan aplikasi natif awan tetapi juga menyediakan pemulihan bencana yang automatik untuk aplikasi silang awan, perkongsian pintar trafik puncak dan operasi dasar berdasarkan kawasan perkhidmatan. Ia menyelesaikan masalah sekat-keluar vendor platform perkhidmatan awan dan merupakan penyelesaian silang awan yang lebih baik.

Bekas Kunpeng Keluaran Pertama Industri

Pada 23 Julai 2019, HUAWEI CLOUD melancarkan bekas Kubernetes Kunpeng dan bekas Severless Kunpeng. Ia merupakan perkhidmatan bekas pertama dalam industri yang menyokong platform Kunpeng Huawei. Bekas-bekas ini menyokong pengurusan hibrid bagi nod-nod X86 dan Kunpeng serta menyediakan keupayaan pengurusan kitaran hayat aplikasi yang berkuasa, menjadikannya lebih mudah untuk memindahkan aplikasi ke platform Kunpeng Huawei. Kelajuan peruntukan bekas adalah 10 kali ganda lebih tinggi berbanding purata kelajuan industri – sehingga 1000 bekas boleh diperuntukkan sesaat. Kecekapan permintaan penghantaran adalah 50% lebih tinggi berbanding industri manakala keberkesanan kos keseluruhan meningkat sebanyak 30%.

HUAWEI CLOUD akan terus melabur dengan banyak dalam domain natif awan dan berpegang kepada konsep perkhidmatan bertumpu pelanggan untuk terus menyediakan teknologi dan penyelesaian perniagaan yang utama dalam industri dan khusus industri kepada pelanggan di seluruh dunia.

Sumber: HUAWEI CLOUD

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI