7 Perkara Yang Kita Boleh Belajar Daripada Jim Chanos ‘The Financial Puzzle Artist’

Sebelum ini kita ada berkenalan dengan Jim Chanos ‘The Financial Puzzle Artist’ – Encyclopedia Of Short Seller. Beliau dikenali sebagai salah seorang legenda Short Seller terbaik sepanjang zaman.

Jom kita tengok pula 7 perkara menarik mengenai Jim Chanos, semoga kita peroleh manfaat. Yang baik dijadikan teladan, yang buruk dijadikan sempadan.

1. Mengikut rekod selama lebih 38 tahun beliau berada di dalam dunia kewangan, dia telah melakukan Position short ke atas lebih 3,000 saham sehingga tahun 2018 dan juga merupakan pemegang multi-world record on short-seller. Di antara kejayaan terbesar ialah:

  • Short Baldwin United 1982.
  • Short Enron 2007.
  • Short China stock 2013.
  • Short Tesla Stock.

2. Terbabit tanpa sengaja pada tahun 1981 hingga 1982 ke dalam Short seller, yang memfokuskan ke arah aktiviti Fraud

Dengan falsafah penumpuan terhadap aktiviti fraud, juga menyebabkan beliau terinspirasi untuk menubuhkan Hadgefundnya sendiri iaitu Kynikos Associates. Jika diimbas, beliau sangat tidak bernasib baik, sebabnya pada tahun 1985 beliau dipecat kerana tempat beliau berkhidmat mengalami kerugian besar, hasil daripada kesalahan analisa yang dia lakukan.

Pada tahun 1981, beliau telah berjaya membuktikan dirinya adalah genius, dengan mengambil peluang untuk melakukan Position Short terhadap Baldwin United. Beliau juga dikira sangat bertuah, sebabnya pelabur masih berminat untuk melabur ke dalam Hedge Fund yang beliau tubuhkan, walaupun pada tahun 1985 beliau baru dipecat.

Mengikut rekod, nilai dana pelaburan yang diterima Kynikos Associates semasa mula beroperasi adalah sebanyak $16 juta.

3. Berada di kelas tersendiri

Di antara kelebihan yang beliau miliki adalah hanya melakukan Short Selling terhadap saham besar yang melibatkan aktiviti Fraud. Beliau tidak akan melakukan Short selling terhadap saham yang mempunyai Market Cap yang kecil.

Beliau amat berpegang teguh kepada prinsip tersebut dan bijak mencari peluang yang ada.

4. Terdapat teori yang digelar sebagai ‘Fraud Cycle’

Contohnya mana-mana kenaikan pada apa jua jenis pasaran seperti Saham, Cryptocurrency, komoditi dan sebagainya mesti disertai dengan aktiviti fraud atau skim ponzi. Semasa kenaikan, perkara seperti ini sangat sukar dilihat, malahan kebanyakan pelabur menganggap ianya tidak wujud, tetapi berbeza dengan beliau.

Jim mengambil peluang untuk membuat kajian secara terperinci jika terdapat sebarang aktiviti fraud yang berlaku. Hasilnya semasa permulaan bear market, beliau telah mencipta nama dan peluang sebagai seorang lagenda Short Seller.

5. Disingkirkan daripada senarai US Forbes 400

Selepas memasuki golongan elite dalam ketegori Bilionaire pada tahun 2009 dengan nilai aset daripada $350 juta naik sehingga $1.5 bilion. Beliau kemudiannya telah disingkirkan dalam senarai tersebut disebabkan nilai aset kekayaan beliau sebenarnya tidak mencapai lebih dari $1 bilion.

Penyingkiran beliau diumumkan secara ‘epic’ oleh Carl Icahn, melalui berita langsung CNBC pada tahun 2009.

6. Penggunaan 1 strategi selama berpuluh-puluh tahun

Hedge Fund beliau iaitu Kynikos Associates sangat eksklusif menggunakan short selling sebagai strategi tunggal mereka. Berbeza dengan Hedge Fund yang lain yang menggunakan pelbagai strategi dalam sesuatu masa.

7. Perkara paling berat adalah melakukan Short Selling terhadap saham America Online (AOL)

Beliau melakukan Short pada harga $10, kemudiannya Kynikos Associates mengalami kerugian besar. Nasib sedikit baik apabila position tersebut perlahan-lahan pulih apabila beliau sekali lagi mengambil position short ketika harga berada di paras $80.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.