iProperty.com.my bakal PULIHKAN pasaran hartanah Malaysia

Perubahan yang melanda pasaran hartanah hari ini tidak dapat dielakkan ekoran wabak COVID-19. Jelas digital dan data merupakan pemacu cara pengguna mencari hartanah masa kini. Kesan COVID-19 menunjukkan perubahan yang semakin ketara dalam cara ejen hartanah, pembeli, penjual dan pelabur berurusan dalam aktiviti mereka. iProperty.com.my kini mula melabur dalam pasaran hartanah Malaysia dengan pelancaran aplikasi teknologi hartanah serba baharu dan sistem sokongan serta pakej yang dibuat khusus untuk ejen hartanah dalam pasaran masa kini. Ini dibuat dengan objektif membentuk kerjasama erat dengan ejen hartanah dan membantu mereka memulihkan perniagaan dan pasaran hartanah dalam mengharungi wabak COVID-19 ini.

iProperty PRO: Ejen hartanah boleh kembali beroperasi dengan aplikasi teknologi hartanah serba baharu yang menawarkan maklumat dalaman data hartanah

Hartanah merupakan antara urus niaga paling signifikan dalam hayat seorang pengguna. Di pasaran hari ini, pembeli mengidamkan maklumat dan analisis ejen hartanah dalam pencarian hartanah mereka. Maklumat dan analisis penting bagi ejen hartanah mendapat kepercayaan pengguna, seterusnya membawa kepada urus niaga. Di samping itu, pencari hartanah juga telah berpindah ke platform atas talian dalam pencarian mereka dan COVID-19 telah mempercepatkan lagi proses perubahan ini.

iProperty PRO direka untuk mempersiapkan ejen hartanah dengan kelengkapan yang sesuai dan maklumat dalaman data hartanah bagi membantu mereka memulih dan mengembangkan hubungan dengan jutaan pencari hartanah di Malaysia, baik untuk pembelian, penjualan, penyewaan mahupun pelaburan. Kami ingin terus bekerjasama dengan ejen hartanah bagi menyediakan mereka kelengkapan yang sesuai, sokongan dan pakej untuk terus berdaya maju.

iProperty PRO membantu ejen hartanah menyesuaikan diri dengan persekitaran yang berubah. Ia juga merupakan aplikasi telefon pintar yang pantas dan mudah digunakan serta membolehkan ejen hartanah berhubung dengan kumpulan pencari hartanah terbesar di Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pencari hartanah pula mendapat manfaat daripada nasihat yang profesional dan boleh dipercayai,
serta data terkini daripada ejen hartanah mereka sebelum membuat keputusan penting dalam membeli, menjual, menyewa atau melabur.

iPropertyCares: Sokongan dan pakej bagi MEMULIHKAN perniagaan ejen hartanah yang terkesanakibat COVID-19

Ribuan ejen hartanah di Malaysia kini terbeban akibat COVID-19. Adalah menjadi misi kami untuk membantu mereka mengharungi tempoh ini dengan kelengkapan yang sesuai dan sokongan yang diperlukan, dengan harapan sebaik sahaja pasaran kembali pulih, Malaysia akan mempunyai ramai ejen hartanah berbakat yang boleh mengembangkan lagi industri hartanah. Sokongan #iPropertyCares diperkenalkan apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pertama kali diumumkan pada Mac 2020 dan disusuli bahagian kedua apabila PKP dilanjutkan. Hari ini, kami memperkenalkan bahagian ketiga di mana iProperty.com.my berusaha membantu ejen hartanah memulihkan perniagaan mereka di bulan-bulan mendatang:

  1. Property PRO – Satu aplikasi teknologi hartanah serba baharu berasaskan maklumat dalaman data hartanah dan direka untuk telefon pintar bagi membolehkan ejen hartanah berhubung dengan kumpulan pencari hartanah terbesar di Malaysia pada bila-bila masa dan di mana sahaja. Pakej fleksibel ini menawarkan nilai terbaik bagi membantu ejen hartanah terus berdaya maju dalam mengharungi tempoh sukar ini.
  2. Diskaun 25% untuk langganan iProperty PRO – Akaun baharu dan akaun yang disambung semula akan mendapat diskaun 25% untuk langganan iProperty PRO jika melanggan pada bulan Mei atau Jun 2020. Untuk pakej-pakej tertentu sahaja.
  3. Cuti pembayaran 90 hari untuk langganan iProperty PRO – Ejen hartanah tidak perlu membuat pembayaran sehingga hari ke-90. Ini membantu meringankan aliran tunai mereka dalam tempoh sukar ini. Cuti pembayaran ini diberi kepada langganan iProperty PRO baharu atau yang disambung semula. Cuti pembayaran ini hanya untuk langganan yang dibuat menggunakan kad debit atau kad kredit Visa dan Mastercard sahaja.
  4. Lanjutan langganan akaun selama 30 hari percuma – Semua ejen hartanah yang mempunyai akaun langganan aktif pada 6 Mei 2020 akan menerima lanjutan langganan selama 30 hari sekali sahaja secara percuma.
  5. Diskaun sehingga 50% ke atas naik taraf (‘upgrade’) penyenaraian hartanah – Semua ejen hartanah yang mempunyai akaun langganan aktif pada 6 Mei 2020 akan menikmati diskaun sehingga 50% ke atas penyenaraian hartanah 28 hari “Featured” dan “Premium” dalam bulan Mei dan Jun 2020.

“Pakej sokongan #iPropertyCares yang ketiga ini direka untuk embolehkan ejen hartanah kembali beroperasi. Kami ingin memelihara mata pencarian dan kerjaya ribuan ejen hartanah bebas di Malaysia yang terjejas akibat COVID-19 supaya mereka boleh kembali beroperasi, malah lebih baik daripada sebelumnya dalam bulan-bulan mendatang. Kami membuat pelaburan ini bagi membolehkan ia berlaku”, Sean Liew, Pengurus Besar Jualan bagi Ejen dan Pemaju, iProperty.com Malaysia Sdn Bhd, berkata.

“Pelaburan kami dalam aplikasi teknologi hartanah dan data ini bersama-sama sokongan dan pakej yang ditawarkan semasa COVID-19 menjadi bukti komitmen kami kepada pasaran hartanah Malaysia. Kami berharap kerjasama dengan klien ejen hartanah kami ini akan menghasilkan impak positif, baik kepada pasaran hartanah Malaysia mahupun kepada ekonomi umumnya,” kata Sean Liew.

“Pasaran hartanah kini mengalami perubahan besar terutamanya selepas wabak COVID-19 melanda. Kami menjangkakan pasaran akan terus berkembang dan beradaptasi. Dengan pelancaran aplikasi teknologi hartanah iProperty PRO ini, kami ingin memastikan ejen hartanah akan mendapat akses kepada data dan trend termaju dalam industri hartanah. iProperty PRO dilengkapi maklumat pasaran hartanah dan maklumat dalaman terkini yang akan membantu ejen hartanah mengemudi arus perubahan dalam pasaran. iProperty PRO merupakan kelengkapan mudah alih yang diberi nilai tambahan dengan pakej bagi membantu ejen menonjolkan diri. Digabungkan kesemuanya, kami percaya ia boleh membantu ejen hartanah kembali beroperasi ketika wabak COVID-19 ini”, Premendran Pathmanathan, Pengurus Besar bagi Penyelesaian Data Pelanggan & Kualiti, REA Group Asia, berkata.

“Dengan akses kepada kumpulan terbesar pencari hartanah di Malaysia (iProperty.com.my) dan inovasi terkini dalam reka bentuk, data dan teknologi, iProperty PRO merupakan aplikasi teknologi hartanah dan platform bagi ejen hartanah berhubung dengan pasaran hartanah Malaysia,” kata Premendran.

Mengenai REA Group & iProperty.com.my

REA Group di Asia mengendalikan laman web, pemasaran dan acara harta tanah digital yang menawarkan set perkhidmatan hartanah dan pemasaran projek paling komprehensif di Asia Tenggara termasuk di Malaysia (iProperty.com.my), Thailand (thinkofliving.com dan Prakard) serta seluruh wilayah China termasuk Tanah Besar China (myfun.com) dan Hong Kong (squarefoot.com.hk dan SMARTExpo).

Berpangkalan di Australia, REA Group merupakan sebuah firma pengiklanan digital multinasional yang mengkhusus kepada hartanah. Disenaraikan di Bursa Saham Australia (ASX:REA), kami mengendalikan laman web hartanah kediaman, komersil dan saham terkemuka di Australia iaitu realestate.com.au, realcommercial.com.au dan flatmates.com.au. REA Group juga merupakan rakan kongsi utama 99 Group yang mengendalikan perniagaan 99.co dan iProperty.com.sg di Singapura serta rumah123.com di Indonesia. REA Group juga memiliki pegangan saham besar dalam Move, Inc menerusi realtor.com di Amerika Utara dan Elara Technologies menerusi proptiger.com, maakan.com dan housing.com di India.

iProperty.com.my berpangkalan di Kuala Lumpur, Malaysia dengan bilangan pekerjanya melebihi 200 orang. Dengan lebih 3 juta lawatan setiap bulan, iProperty.com.my merupakan portal hartanah pendahulu pasaran yang menawarkan carian dalam dua bahasa iaitu Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia.

iProperty.com.my juga menawarkan aplikasi penyelesaian kepada konsumer seperti LoanCare, penunjuk kelayakan pinjaman perumahan; saluran News & Lifestyle dengan pelbagai kandungan berkaitan hartanah yang bermanfaat kepada pengguna; acara-acara yang menghubungkan pembeli hartanah dengan ejen dan pemaju; dan banyak lagi.

Untuk berita berkaitan REA Group dan iProperty.com.my, layari www.iproperty.com.my/newsroom dan ketahui permintaan dan trend hartanah kediaman, perkembangan teknologi dan produk serta banyak lagi.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.