JAZRO dan Evo Mall Anjur Karnival Robotik pada 16 – 17 Julai

Bangi, 12 Julai 2022 – Akademi Robotik JAZRO (JAZRO) umum kerjasama dengan Evo Mall untuk menganjurkan Karnival Robotik dari Sabtu, 16 Julai hingga Ahad, 17 Julai.  Karnival Robotik adalah suatu program kesedaran pendidikan STEM untuk kanak-kanak yang berumur antara 7 dan 17 tahun dan matlamat utamanya ialah untuk memberi pendedahan tentang dunia teknologi berkaitan robotik.

Diadakan di dalam Kompleks Beli-belah Evo Mall, program dua hari ini menampilkan pelbagai aktiviti yang terdiri daripada sesi perkongsian STEM, permainan, cabutan bertuah dan bengkel yang mengajar kanak-kanak membina robot. Masuk adalah percuma dan yuran untuk menyertai pertandingan hanya RM5 seorang.

Ir. Dzulfarqeish Zainuddin, pengasas bersama JAZRO berkata, “Kami ingin kanak-kanak dan ibu bapa tahu bahawa pembelajaran robotik boleh menjadi menyeronokkan. Mulakan pembelajaran pada usia muda dan pupuk minat mereka dari sana. JAZRO teruja untuk berada di Bangi kali ini, jadi penduduk-penduduk di bandar-bandar sekitar dapat peluang untuk belajar tentang robotik dalam suasana yang kondusif di Evo Mall.”

Mohd Fauzi Bin Ibni Hajar, Ketua Pegawai Eksekutif Evo Mall berkata, “Program Karnival Robotik adalah untuk memupuk kanak-kanak dan belia untuk mempunyai pemikiran kreatif dan inovatif dalam menyelesaikan masalah. Selain itu, ia juga bertujuan untuk mewujudkan modal insan yang berpengetahuan tinggi dalam meneruskan kehidupan moden ini.”

Pengunjung ke program ini akan dapat melawat gerai-gerai pameran oleh PETROSAINS, Taman Realiti Maya (VR), Projek Mika, MDEC, dan Techlympics, untuk belajar tentang dunia digital dan teknologi selaras dengan Revolusi Industri 4.0 (IR4.0).

Program ini akan adakan pertandingan robotik dan pemenang-pemenang akan dapat membawa pulang hadiah menarik. Sementara itu, sebanyak 45 cabutan bertuah disediakan untuk menceriakan orang ramai sepanjang dua hari acara berlangsung.

“JAZRO mempunyai rekod prestasi dalam menganjurkan program seperti ini pada masa lalu di Pantai Timur Semenanjung Malaysia. Sekarang, kami perluaskan program kami ke Pantai Barat dengan harapan lebih ramai kanak-kanak terutamanya di Selangor dan Kuala Lumpur dapat mengetahui asas-asas pengekodan dan robotik,” kata Ir. Dzulfarqeish.

Mengenai JAZRO:

Akademi Robotik JAZRO (JAZRO) adalah syarikat pendidikan robotik yang bertujuan untuk mengembangkan bakat digital dalam sains, teknologi, kejuruteraan, dan matematik (STEM) dengan kandungan yang disusun khas untuk pelajar dari usia 5 hingga 17 tahun untuk belajar, menemui, dan meneroka robotik dan pengekodan melalui kaedah pembelajaran yang menyeronokkan, selaras dengan peluang dan keperluan kerjaya masa depan Revolusi Industri 4.0. Lawati kami di www.JAZRO.com.my.

Mengenai Evo Mall:

Evo Mall adalah salah satu kompleks membeli-belah paling berprestij yang terletak di Bandar Baru Bangi.  Ia hanya 25 kilometer dari Kuala Lumpur dan  terletak di lokasi strategik antara Kajang dan Putrajaya.  Bangunannya merangkumi hartanah perniagaan runcit dan kediaman, dan ia adalah satu-satunya pusat membeli-belah utama di Bangi yang memberikan pengalaman membeli-belah terbaik kepada pengunjung.

Previous ArticleNext Article

Bursa Malaysia Securities Mengeluarkan Teguran Awam Dan/Atau Mengenakan Denda Ke Atas Computer Form (Malaysia) Berhad Serta Lapan Orang Pengarah

Bursa Malaysia Securities Berhad (“Bursa Securities”) telah mengeluarkan teguran awam terhadap Computer Forms (Malaysia) Berhad (CFM) dan lapan (8) orang pengarahnya kerana melanggar Keperluan Penyenaraian Pasaran Utama Bursa Malaysia (Main Market Listing Requirements, MAIN LR).

Selain teguran awam, lapan pengarah terbabit turut dikenakan denda berjumlah RM2 juta.

Pelanggaran utama oleh CFM

CFM didapati melakukan beberapa pelanggaran serius berkaitan pendedahan maklumat kepada pelabur, antaranya:

1. Gagal mendedahkan syarat penting dalam usaha sama (Joint Venture Agreement – JVA)

Dalam pengumuman bertarikh 5 Januari 2023, CFM gagal mendedahkan beberapa fakta material berkaitan perjanjian usaha sama dengan EA Mobility Holding Co. Ltd., termasuk:

  • Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) yang ditandatangani pada hari yang sama.
  • Klausa Put Option yang membolehkan EA Mobility menjual keseluruhan pegangannya dalam syarikat usaha sama kepada CFM sekiranya CFM gagal mendapatkan:
    • Tempahan disahkan (Affirmed Orders) sekurang-kurangnya 200 buah kenderaan elektrik (EV); dan
    • Bayaran deposit atau harga pembelian sekurang-kurangnya RM12.5 juta sebelum 30 Jun 2023.
  • Hakikat bahawa Perjanjian Usaha Sama (JVA) akan terbatal secara automatik sekiranya mana-mana pihak tidak lagi memiliki saham dalam syarikat usaha sama.

2. Siaran media 3 Julai 2023 mengelirukan pelabur

CFM mengeluarkan kenyataan media yang menggambarkan usaha sama tersebut masih berada pada landasan positif.

Namun, syarikat gagal mendedahkan bahawa:

  • Sasaran tempahan 200 EV tidak berjaya dicapai.
  • Bayaran minimum RM12.5 juta juga gagal diperoleh.
  • Kegagalan tersebut membuka ruang kepada EA Mobility untuk melaksanakan Put Option yang boleh menyebabkan penamatan usaha sama.

3. Lewat mengumumkan notis Put Option

Pada 10 Julai 2023, EA Mobility memaklumkan hasrat untuk melaksanakan Put Option.

Bagaimanapun, CFM hanya membuat pengumuman kepada Bursa pada 20 Julai 2023, iaitu selepas kelewatan lapan hari dagangan.

4. Pengumuman berkaitan penamatan usaha sama tidak lengkap dan mengelirukan

Dalam beberapa pengumuman antara 20 Julai hingga 1 September 2023, CFM menyatakan bahawa:

  • Operasi syarikat usaha sama masih berjalan seperti biasa.
  • Rundingan dengan EA Mobility masih diteruskan.

Namun syarikat tidak memaklumkan bahawa:

  • Penamatan JVA akan berlaku selepas pemindahan saham EA Mobility kepada CFM.
  • Maklumat mengenai penamatan hanya diumumkan pada 5 September 2023, hampir dua bulan selepas notis Put Option dikeluarkan dan hanya selepas Bursa Malaysia meminta penjelasan lanjut.

5. Memberikan maklumat tidak tepat kepada Bursa Malaysia

CFM turut didapati gagal memberikan maklumat yang tepat apabila:

  • Memaklumkan bahawa tiada perjanjian lain selain JVA.
  • Tidak menyerahkan salinan Perjanjian Pemegang Saham (Shareholders Agreement) walaupun diminta oleh Bursa Malaysia.
  • Perjanjian tersebut hanya diserahkan pada 25 September 2023 selepas beberapa kali pertanyaan dibuat.

Denda terhadap lapan pengarah

Kesemua lapan pengarah didapati membenarkan syarikat melakukan pelanggaran tersebut dan dikenakan teguran awam serta denda seperti berikut:

PengarahJumlah Denda
Tan Sri Datuk Mazlan Bin LazimRM300,000
Datuk Seri Tan Choon HwaRM100,000
Datuk Wira Justin Lim Hwa TatRM150,000
Datuk Hoo Swee GuanRM450,000
Pang Nan YewRM300,000
Wong Kok SeongRM300,000
Kho See YiingRM300,000
Tan Li SinRM100,000

Jumlah keseluruhan denda: RM2 juta.

Mengapa tindakan ini diambil?

Bursa Malaysia memaklumkan bahawa keputusan tersebut dibuat selepas proses siasatan lengkap dengan mengambil kira:

  • Keseriusan pelanggaran yang dilakukan.
  • Kesan terhadap pemegang saham dan pelabur.
  • Peranan serta tahap penglibatan setiap pengarah.

Menurut Bursa Malaysia, pendedahan maklumat yang tepat, lengkap dan dibuat tepat pada masanya amat penting bagi membolehkan pelabur membuat keputusan pelaburan yang bermaklumat, di samping memastikan pasaran modal kekal teratur, telus serta mengekalkan keyakinan pelabur.

Latar belakang kes

Pada 5 Januari 2023, CFM memeterai Perjanjian Usaha Sama (JVA) dan Perjanjian Pemegang Saham (SA) dengan EA Mobility bagi projek kenderaan elektrik (EV) di Malaysia.

Walaupun perjanjian tersebut mengandungi syarat penting yang boleh menyebabkan usaha sama ditamatkan sekiranya sasaran tempahan EV dan kutipan deposit RM12.5 juta tidak dipenuhi sebelum 30 Jun 2023, syarat tersebut tidak didedahkan kepada pasaran.

CFM kemudiannya gagal memenuhi syarat berkenaan, menyebabkan EA Mobility melaksanakan Put Option pada 10 Julai 2023. Namun, perkembangan material tersebut tidak didedahkan secara segera dan lengkap kepada pelabur, sekali gus mendorong Bursa Malaysia mengambil tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat dan para pengarahnya.