Kad-Kad UnionPay Dikeluarkan Di Luar Tanah Besar China Melebihi 100 Juta

SHANGHAI, 20 Oktober 2018 /PRNewswire/ — UnionPay International hari ini mengumumkan bahawa bilangan kad UnionPay yang dikeluarkan di luar Tanah Besar China telah melebihi 100 juta kad. Jumlah transaksi yang dibuat menggunakan kad-kad UnionPay keluaran luar negara ini meningkat sebanyak lebih 40% semasa tiga suku pertama tahun ini. Dalam sesetengah pasaran di luar tanah besar China, lebih 90% daripada transaksi menggunakan kad-kad UnionPay keluaran tempatan dibuat di dalam negara.

Selain menyediakan perkhidmatan pembayaran rentas sempadan kepada pelanggan-pelanggan di tanah besar China, UnionPay mempercepatkan usaha penyetempatan perniagaannya di luar negara: Pertama, UnionPay meningkatkan kualiti pengeluaran kad di samping meningkatkan skala pengeluaran kad. Hasilnya, kad UnionPay menjadi pilihan pembayaran utama untuk kegunaan harian dan perjalanan rentas sempadan oleh pelanggan di banyak negara serta wilayah, menyokong pertukaran kakitangan antara China dan seluruh pelosok dunia. Kedua, inovasi pembayaran menjadi daya penggerak utama bagi penyetempatan perniagaan UnionPay di luar tanah besar China. Kad-kad UnionPay yang dikeluarkan di luar negara dilengkapi dengan lebih banyak fungsi inovatif, seperti pembayaran dalam talian, yang menawarkan pengalaman pembayaran yang dipertingkat kepada pemegang kad luar negara. Sementara itu, UnionPay berkolaborasi dengan produk-produk e-dompet luar negara bagi mempercepatkan proses pengeluaran digital kad-kad UnionPay.

Skala pengeluaran kad UnionPay di luar tanah besar China terus meningkat

Setakat ini, sejumlah 100 juta kad UnionPay dikeluarkan di 48 negara dan wilayah di luar Tanah Besar China dan negara-negara serta wilayah-wilayah yang mengambil bahagian dalam pembinaan Jalur dan Jalan telah menjadi pasaran utama yang mana sejumlah besar kad UnionPay dikeluarkan sepanjang beberapa tahun lalu. Sepanjang Jalur dan Jalan, lebih 35 juta kad UnionPay dikeluarkan di lebih 30 negara dan wilayah, iaitu 20 kali ganda lebih tinggi berbanding sebelum cadangan Inisiatif berkenaan. Antara pasaran-pasaran ini, kesemua 10 negara ASEAN dan 6 negara Asia Tengah mengeluarkan kad UnionPay manakala lebih 10 bank di Rusia mengeluarkan lebih 1.5 juta kad UnionPay. Di samping itu, UnionPay merupakan jenama kad Nombor 1 dari segi kad-kad yang dikeluarkan di Laos, Mongolia dan juga Myanmar.

UnionPay turut membuat kemajuan penting bagi pengeluaran kad di beberapa negara serta wilayah di Eropah dan benua Amerika. Bulan ini, UnionPay International and Bank of China Cawangan Paris bersama-sama mengeluarkan Kad Debit Dwi-Mata Wang RMB-Euro UnionPay pertama Perancis bagi menawarkan kemudahan kepada pertukaran kakitangan dan ekonomi antara China dan Perancis. Di benua Amerika, Panama mengeluarkan kad UnionPay pertamanya pada awal tahun ini; baru-baru ini juga, Southern Commercial Bank Suriname mengeluarkan pelbagai produk kad UnionPay; manakala East West Bank di Amerika Syarikat turut merancang untuk mengeluarkan kad-kad UnionPay dalam tempoh terdekat.

UnionPay jadi kaedah bayaran pilihan oleh ramai penduduk luar negara

Kad UnionPay juga memainkan peranan yang semakin penting dalam kehidupan harian pelanggan di luar tanah besar China. Dalam pasaran-pasaran seperti Hong Kong, Macau, Asia Tenggara, Korea Selatan, Pakistan dan Asia Tengah, lebih 90% transaksi menggunakan kad-kad UnionPay keluaran tempatan berlaku di dalam negara dari segi jumlahnya. Kad UnionPay juga merupakan kad rakyat di Manila serta kad gaji untuk warga UAE, Rusia serta Uzbekistan. MINT, kumpulan perkhidmatan kewangan UAE mengeluarkan kira-kira 500,000 kad gaji UnionPay menurut perjanjian kerjasamanya dengan UnionPay International tahun ini.

Dengan China menjadi negara tuan rumah kemasukan pelancongan dalam negara ketiga terbesar di dunia, UnionPay turut menyediakan ciri kemudahan pembayaran kepada tetamu-tetamu luar negara yang mengunjungi China. Kad-kad RMB dan kad-kad dwi-mata wang UnionPay telahpun dikeluarkan kira-kira di 20 negara serta wilayah di luar tanah besar China, menjimatkan kos yang berpunca daripada pertukaran mata wang untuk pelanggan-pelanggan luar negara. Jumlah transaksi di tanah besar China yang dibuat menggunakan kad UnionPay keluaran Pakistan telah mengekalkan peningkatan tiga digitnya selama tiga tahun berturut-turut. Jumlah transaksi di tanah besar China yang dibuat menggunakan kad UnionPay yang dikeluarkan di Uzbekistan, Korea Selatan dan Thailand meningkat lebih dua kali ganda sejak tahun ini.

Inovasi jadi daya penggerak penyetempatan perniagaan luar negara UnionPay

Sejak beberapa tahun kebelakangan ini, UnionPay International mengambil beberapa langkah untuk terus menambah baik pengalaman pembayaran pemegang kad di luar tanah besar China. Pertama, ia telah mempelbagaikan portfolio kad luar negara dan melancarkan produk kad premium, seperti Kad Bertema dan Kad Komersial, demi memenuhi pelbagai keperluan pelanggan luar negara. Kira-kira 600,000 Kad Komersial UnionPay dikeluarkan di lebih 10 negara di luar tanah besar China. Kedua, UnionPay terus meningkatkan perkhidmatan menggunakan kad dan faedah-faedah untuk pemegang kad, menyediakan keistimewaan seperti diskaun peniaga, perkhidmatan pembayaran balik cukai, perkhidmatan VIP untuk permohonan visa Cina, bantuan global dan sebagainya. Ketiga, UnionPay melancarkan produk-produk pembayaran inovatif yang selamat serta anjal bagi memenuhi tabiat pembayaran berubah-ubah oleh pelanggan luar negara, lalu meningkatkan daya tarikan UnionPay.

Aplikasi mudah alih “UnionPay” melancarkan perkhidmatan pembayaran mudah alih kepada pemegang kad di Hong Kong dan Macau bulan lalu. Di samping itu, pemegang kad UnionPay di Singapura, Thailand dan Vietnam dapat menggunakan kad-kad UnionPay keluaran tempatan pada aplikasi pembayaran mudah alih tempatan untuk membayar dengan mengimbas kod QR UnionPay di tempat jualan. Pemegang kad UnionPay di Hong Kong, Macau dan Korea Selatan juga dapat menikmati perkhidmatan QuickPass mudah alih UnionPay yang membolehkan mereka membayar dengan mengetik telefon bimbit mereka. Selain itu, memandangkan semakin banyak kad UnionPay keluaran luar negara dilengkapi dengan fungsi pembayaran dalam talian, jumlah transaksi dalam talian rentas sempadan bagi kad-kad UnionPay keluaran luar negara meningkat kira-kira sebanyak 40%.

Sementara itu, UnionPay International mempercepatkan pembinaan sistem pengeluaran kad digitalnya berdasarkan aplikasi e-dompet. Pada September ini, UnionPay International bekerjasama dengan kumpulan perkhidmatan pembayaran Singapura NETS untuk menaik taraf e-dompet tempatan NETSPay. Pengguna-pengguna tempatan boleh memuat turun dan mendaftar e-dompet serta menikmati perkhidmatan pembayaran mudah alih UnionPay di dalam dan luar Singapura. Seterusnya, UnionPay akan melancarkan lebih banyak produk e-dompet di Asia Tenggara, Timur Tengah, Asia Selatan dan juga benua Amerika.

Sumber: UnionPay International

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.