Kenanga Bersama Merchantrade Memperkenalkan E-Dompet Broker Saham yang Pertama di Malaysia

Kenanga Investment Bank Berhad (Kenanga) hari ini mengumumkan jalinan kerjasama dengan Merchantrade Asia Sdn Bhd (Merchantrade) dalam memperkenalkan e-dompet broker saham yang pertama di Malaysia, Kenanga Money, dengan sokongan ciri kad prabayar Visa.

Sebagai sebahagian daripada perjalanan digitalisasi Kenanga yang berterusan, pengenalan Kenanga Money menandakan kemasukan bank pelaburan ini dalam ruangan sistem pembayaran tanpa tunai, yang memberi kebebasan kepada pelanggannya untuk memindahkan dana dari akaun dagangan saham ke e-dompet dan kad prabayar dengan mudah bagi pembayaran runcit, pengiriman serta pengeluaran wang di seluruh dunia. Pengguna juga akan menikmati kemudahan fungsi pelbagai mata wang yang inovatif yang membolehkan mereka membeli, menjual dan menyimpan sehingga 20 mata wang asing pada satu-satu masa, dengan kadar pertukaran yang kompetitif di Merchantrade.

“Berkongsi visi yang sama untuk menginovasikan penyelesaian kewangan, kolaborasi strategik bersama Merchantrade ini memberi peluang kepada kami untuk membentuk semula pengalaman dalam pembrokeran saham buat pelanggan. Selain menikmati pendapatan faedah daripada baki kredit, pelanggan juga dapat mengakses dana mereka dengan mudah melalui e-dompet dan kad untuk pembelian harian, pengeluaran tunai dan transaksi pelbagai mata wang di dalam dan luar negara, menjadikannya satu pengalaman yang meningkatkan kemudahan serta fleksibiliti dalam kehidupan seharian mereka,” kata Datuk Chay Wai Leong, Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank Berhad.

“Dengan hampir 300,000 pemegang akaun Kenanga, usaha digitalisasi kami memfokuskan pada peningkatan ekosistem untuk menghasilkan nilai tambah baharu buat pelanggan. Selari dengan itu, Kenanga Money bakal melengkapkan perancangan rangkaian penyelesaian digital kami yang semakin membangun, yang menyasarkan pada penyediaan sebuah persekitaran bersepadu, lancar dan merangkumi pelbagai aspek untuk menampung capaian pelanggan kami yang kian meningkat,” tambah Datuk Chay.

“Kami sentiasa mencari peluang baharu dengan rakan kongsi yang terbaik untuk bekerjasama dalam memperluaskan jangkauan kami bagi memenuhi keperluan pasaran yang lebih besar menerusi teknologi dan penyelesaian yang unik. Justeru itu, kami amat berbesar hati dengan usahasama dengan Kenanga Investment Bank Berhad, pembrokeran saham runcit terkemuka di Malaysia dalam melancarkan e-dompet broker saham yang pertama di Malaysia. Apatah lagi, Kenanga dan Merchantrade merupakan jenama tempatan yang telah lama bertahan dan kini berkembang maju melalui inovasi digital. Kami yakin Kenanga Money akan membawa arus perubahan dalam industri pembrokeran saham dan diterima dengan penuh keterujaan oleh pedagang saham yang celik digital serta arif di negara pada masa kini,” kata Ramasamy K Veeran, Pengarah Urusan Merchantrade.

Merchantrade adalah pemain dalam teknologi kewangan dan e-tunai yang terkemuka di Malaysia, serta pengendali Perniagaan Perkhidmatan Wang terbesar negara. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan kepada lebih tiga juta capaian pelanggan melalui saluran digital dalam talian dan di aplikasi serta rangkaian fizikal yang luas di seluruh negara. Selain itu, syarikat ini juga telah membina sebuah ekosistem digital yang komprehensif untuk tujuan kewangan serta perkhidmatan lain menerusi kerjasama dan kolaborasi sesama industri bagi memperkaya kehidupan pelanggan serta komuniti mereka.

Kenanga Money akan dilancarkan secara berperingkat dalam beberapa bulan akan datang.

###

About Kenanga Investment Bank Berhad 197301002193 (15678-H)

Established for more than 45 years, Kenanga Investment Bank Berhad  (the Group) is a financial group in Malaysia with extensive experience in equity broking, investment banking, treasury, Islamic banking, listed derivatives, investment management, wealth management, structured lending and trade financing. Today, it is an award-winning leading independent investment bank in the country with a continuous commitment towards driving collaboration, innovation and digitalisation in the marketplace.

Kenanga Investment Bank Berhad is the largest independent investment bank* in Malaysia by equity trading volume and value, as well as, one of the top brokerage houses with the largest network of remisiers. Its fast-growing client base enjoys convenience through more than 30 locations throughout Malaysia.

The Group has garnered a host of awards and accolades reflecting its strong market position. It was awarded under the categories of Best Overall Equities Participating Organisation by Bursa Malaysia, Best Retail Equities Participating Organisation, Best Institutional Equities Participating Organisation; along with Best Trading Participant and Best Institutional Equities Participating Organisation and for Equity and Financial Derivatives for 17 consecutive years. The Group was also accorded the title of Best Institutional Derivatives Trading category by Bursa Malaysia.

The Group continues to be a regular and repeat recipient of distinguished industry accolades, such as the Lipper, Fundsupermart and Morningstar awards.

Rakuten Trade Sdn Bhd, the Group’s joint venture with Japan’s Rakuten Securities, Inc. was named FinTech Company of the Year.

For its continued efforts towards community outreach and employee volunteerism, the Group was awarded the coveted CSR Award (Investment Bank) at the CSR Malaysia Awards 2019, an award endorsed by the Ministry of Women Affairs and Family Planning.

* year to date based on Bursa Malaysia’s Participating Organisations (POs) Trading Summary.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.