Lebih 60 Universiti Antarabangsa Bakal Bertemu Pemimpin-Pemimpin Masa Depan Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 2 November 2018 /PRNewswire/ — Permintaan antarabangsa terhadap siswazah MBA dan Ijazah Sarjana berpengkhususan terus meningkat, tatkala para pelajar melangkah ke dalam pasaran pekerjaan yang semakin global dan kompetitif. QS Quacquarelli Symonds, penyusun bagi Kedudukan Universiti Dunia dengan bangganya mengumumkan bahawa ia akan membawakan universiti-universiti dan sekolah-sekolah perniagaan terkenal ke Kuala Lumpur mulai 14-15 November. Syarikat menganjurkan dua acara penting untuk calon-calon pengajian Ijazah Sarjana dan MBA yang bercita-cita tinggi.

Para hadirin akan diberi peluang untuk menerima pandangan orang dalam daripada pegawai-pegawai kemasukan di lebih 60 universiti berkedudukan tinggi, mewakili 4 benua dan 18 negara. Alumni berjaya yang memegang kedudukan kepimpinan dalam bidang pilihan mereka akan turut hadir bagi berkongsi pengalaman mereka.

Meskipun yuran pengajian terus meningkat di seluruh dunia, calon-calon pelajar yang menghadiri acara ini akan ditawarkan cara untuk memohon pelbagai biasiswa bernilai lebih US$7 juta. $1.3 juta daripada biasiswa ini adalah eksklusif untuk pengunjung pameran.

Para pengunjung pameran akan turut berpeluang mendapat kelebihan dalam peperiksaan IELTS and GMAT, penilaian utama masing-masing untuk penguasaan Bahasa Inggeris dan kemasukan ke sekolah perniagaan. Seminar-seminar kemasukan dan sesi-sesi strategi akan turut ditawarkan bagi membantu pelajar-pelajar dalam mempersiapkan diri mereka untuk menghadapi ujian-ujian ini, dengan sokongan daripada British Council, pentadbir peperiksaan IELTS.

Sekolah-sekolah yang mengambil bahagian termasuk:

– Imperial College (ke-8 seluruh dunia dalam QS World University Rankings 2019)

– University of Pennsylvania (ke-19 seluruh dunia)

– HEC Paris (ke-7 seluruh dunia dalam Penarafan MBA Sepenuh Masa QS 2019)

Acara ini akan turut menyaksikan penyertaan daripada beberapa universiti terulung Asia: Nanyang Technological University (ke-3 di Asia) dan China Europe International Business School (ke-2 untuk MBA).

Acara ini boleh disertai secara percuma dan pendaftaran dibuka secara dalam talian.

Jelajah MBA QS World/Jelajah Sekolah Pascasiswazah Dunia

14 – 15 November

Ritz Carlton Kuala Lumpur, 168 Jalan Imbi

www.topmba.com/kl  www.topuniversities.com/kl

Pautan Berkaitan

Kedudukan Universiti 2019

Video Berkaitan

Sumber: QS Quacquarelli Symonds

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.