Masa Untuk ‘Kejarkan’ Skor Anda!

Kuala Lumpur, 4 Julai, 2019 – RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI), sebuah agensi pelaporan kredit terkemuka, hari ini melancarkan Bulan Kesihatan Kredit (Credit Health Month 2019; CHM 2019) yang ke-2 bertemakan “Run Up Your Score” (Kejarkan Skor Anda). Program pendidikan dan kesedaran yang diadakan setiap tahun ini kembali bagi memperkasakan rakyat Malaysia dalam meningkatkan usaha untuk menjaga kesihatan kredit mereka dan sekaligus meningkatkan kedudukan celik kewangan negara di peringkat antarabangsa.

Profil Skor Kredit 2019 RAMCI yang melibatkan sampel asas sebanyak 4.2 juta individu mendedahkan bahawa 69% rakyat Malaysia mempunyai skor kredit yang baik atau kukuh. Walaupun ini merupakan peningkatan berbanding statistik tahun lepas, sebagai sebuah negara, kadar celik kewangan kita masih di bawah purata. Malah, Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) telah mendedahkan bahawa Malaysia menduduki tempat ke-26 di antara 30 negara yang turut serta dalam Laporan 2016 untuk Organisasi Kerjasama dan Pembangunan Ekonomi (OECD).

Oleh itu, pelancaran CHM 2019 adalah tepat pada masanya bagi memperkasakan serta membimbing rakyat Malaysia untuk mengawal kesihatan kewangan mereka dan terus melangkah jauh ke tahap pemahaman kewangan serta laporan kredit yang lebih tinggi.

Bercakap pada pelancaran itu, Cik Dawn Lai, Ketua Pegawai Eksekutif RAMCI berkata, “Kami melihat sebuah trend positif di kalangan rakyat Malaysia kerana orang

ramai mula memahami kepentingan menguruskan kesihatan kewangan mereka.

Demi menyokong kesedaran yang semakin meningkat ini, program pendidikan kewangan perlulah diteruskan. Tahun lepas buat pertama kalinya, RAMCI memperkenalkan bulan Julai sebagai Bulan Kesihatan Kredit di Malaysia, yang merupakan sebahagian daripada program kesedaran kami. Kesinambungannya, edisi tahun ini bertujuan untuk memperkasakan rakyat Malaysia untuk sihat secara fizikal dan kewangan.

“Untuk mengalakkan orang ramai, kami memberi promosi istimewa kepada semua rakyat Malaysia – 50% DISKAUN untuk semua produk di RAMCI pengguna website seperti Laporan Kredit Peribadi, Laporan Kredit Peribadi Plus, JagaMyID dan JagaMyID Plus. Semestinya, JagaMyID Plus (Promosi Khas: RM49.50 setahun) ialah pakej yang anda patut pilih. JagaMyID Plus ialah sebuah kemudahan pemantauan kredit yang komprehensif buat individu bagi melindungi skor kredit peribadi mereka dan melindungi diri dari kecurian identiti. Ia mempunyai manfaat tambahan iaitu perlindungan insuran 24 jam seluruh dunia melibatkan perlindungan pengeluaran ATM, kecurian ragut dan lain-lain lagi.

“Selain daripada insentif khas bagi kemudahan kredit kami, kami juga akan menganjurkan acara Larian Santai “Run Up Your Score” buat julung-julung kalinya pada 28 Julai 2019 di Lake Gardens Kuala Lumpur, sebuah acara aktiviti riadah yang menyeronokkan dan sihat! Acara ini juga membolehkan kami berinteraksi dengan rakyat Malaysia dari semua lapisan masyarakat dan menggalakkan mereka untuk “mengejar” skor mereka bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga kewangan, “kata Lai lagi.

Dalam Profil Skor Kredit 2019 RAMCI, 71% daripada asas sampel ialah golongan berusia 44 tahun ke bawah, umur utama untuk mengambil kredit. Berdasarkan statistik ini, profil skor kredit individu semakin bertambah kukuh seiring dengan usia. 56% golongan berusia 55 tahun ke atas mempunyai profil skor kredit yang kuat berbanding hanya 29% dalam kalangan golongan berumur 34 dan ke bawah.

Menurut Bancian Pengguna 2019 RAMCI, laman web dengan skor 80% muncul sebagai platform pilihan untuk mengetahui lebih lanjut tentang pendidikan kewangan, menjangkau media sosial dan surat khabar. Selain itu, 44% mempunyai tabiat memeriksa laporan kredit mereka sekali dalam 6 bulan sementara kira-kira 11% memeriksa setiap bulan.

Sempena CHM 2019, RAMCI juga menjalankan kempen media sosial berunsur pendidikan untuk memberikan rakyat Malaysia maklumat kesihatan kredit di hujung jari dan sekaligus meningkatkan kadar celik kewangan di Malaysia. Program jelajah dan sesi perkongsian akan turut dianjurkan dengan kerjasama agensi kerajaan, sektor kewangan, serta sektor swasta dan universiti.

“Kami berasa optimistik bahawa inisiatif Bulan Kesihatan Kredit akan meningkatkan lagi pelaporan kredit di negara ini, terutamanya dalam kalangan golongan milenial supaya mereka dapat memeriksa laporan kredit mereka dan dalam proses itu, menguruskan kewangan mereka dengan lebih berkesan untuk mengurangkan hutang,” kata Lai.

Bagi mendapatkan promosi khas RAMCI, orang ramai dijemput untuk melayari www.MyCreditInfo.com.my. Bagi menyertai Run “Run Up Your Score” RAMCI, orang ramai boleh melayari www.ticket2u.com.my dan mendaftar untuk jarak pilihan mereka – sama ada 5km (RM50 setiap seorang) atau 10km (RM60 setiap seorang). Semua peserta akan menerima Medal, T-Shirt, e-Sijil, Laporan Kredit Peribadi Plus dengan CCRIS dan maklumat skor kredit. Peserta juga akan berpeluang memenangi hadiah yang menarik.

Layari laman web Maklumat Kredit RAM (www.MyCreditInfo.com.my) dan Facebook (@RAM Credit Information) untuk maklumat lanjut.

Mengenai RAM Credit Information Sdn Bhd
RAM Credit Information Sdn Bhd (RAMCI) merupakan agensi pelaporan kredit yang terkemuka dan paling dipercayai di Malaysia dalam beberapa dekad kebelakangan ini. Ia mempunyai pangkalan data menyeluruh yang dibina sepanjang 26 tahun yang lalu. Hari ini, rakan-rakan institusi RAMCI seperti RAM Holdings Berhad dan Experian Asia Pacific telah memanfaatkan syarikat tersebut dengan pengetahuan domain yang luas bagi memenuhi keperluan perniagaan dan pengguna di Malaysia serta di peringkat global menerusi pelbagai perkhidmatan yang komprehensif. Ia turut berkolaborasi dengan persatuan dan koperasi bagi memenuhi keperluan ahli-ahli mereka. Keupayaan teras RAMCI termasuk maklumat kredit atas talian, perkhidmatan penarafan kredit dan pemarkahan kredit, perkhidmatan pemantauan dan maklumat antarabangsa dan perkhidmatan biro perdagangan (“Trade Bureau”). Untuk maklumat lanjut, layari www.ramcreditinfo.com.my.

*Untuk dapatkan diskaun 50%, layari MyCreditInfo dan masukkan kod CHMWEB19. Hanya untuk bulan Julai 2019 saja!

Berita baik untuk follower Majalah Labur, dapatkan diskaun 10% untuk sertai larian berikut:

Tarikh: 28 Julai 2019 (Ahad)
Tempat: Lake Garden, KL
Masa: 7 Pagi

Langkah untuk dapatkan diskaun 10%

1. Layari https://www.ticket2u.com.my/event/13498
2. Pilih 10km/5km
3. Beli Tiket
4. Masukkan kod promo RAMCITENOFF
5. Diskaun 10% akan diberikan
6. Masukkan butiran
7. Lengkapkan pendaftaran

Ada lagi, katanya laporan kredit / CCRIS akan diberi secara percuma kepada mereka yang join.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UOB Malaysia diiktiraf bank terbaik Malaysia di Anugerah Bank Terbaik Global Finance 2025

Kuala Lumpur, Malaysia, 8 April 2025 – UOB Malaysia telah dinobatkan sebagai Bank Terbaik Malaysia di Anugerah Bank Terbaik Dunia 2025 – Asia Pasifik tahunan yang ke-32 oleh majalah Global Finance.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia, berkata, “Sepanjang tiga tahun yang lepas, kami telah bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk mentransformasikan Bank. Pengiktirafan ini oleh Global Finance mengesahkan kepimpinan UOB Malaysia sebagai sebuah bank progresif dan dipacu matlamat, yang bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan Malaysia tetapi juga menyokong pelanggan dan komuniti merentasi Malaysia dan rantau ASEAN yang lebih luas. Kami berbesar hati mendapat pengiktirafan atas prestasi kewangan yang kukuh, serta komitmen terhadap inovasi, kemampanan, kecemerlangan perkhidmatan dan pengurusan komuniti.”

Anugerah Bank Terbaik Dunia Global Finance memberi penghormatan kepada institusi kewangan yang menunjukkan kestabilan jangka panjang, inovasi dari segi teknologi dan kecemerlangan dalam perkhidmatan. Dalam pemilihan bank-bank teratas, Global Finance telah mengambil kira gabungan faktor kuantitatif dan kualitatif, termasuk pertumbuhan aset, keuntungan, jangkauan geografi, perkongsian strategik, inovasi, dan pembangunan perniagaan baharu. Input dikumpulkan daripada pakar industri, penganalisis, perunding, dan eksekutif kewangan korporat dari seluruh dunia.

Mencapai kemajuan dari kedudukan yang kukuh

Sepanjang tahun lepas, UOB Malaysia telah mencapai kemajuan yang ketara dalam kedua-dua perbankan runcit dan borong. Dalam bidang runcit, Bank berjaya menyepadukan perniagaan perbankan pengguna Citi dan terus mempertingkat keupayaan digitalnya dengan aplikasi UOB TMRW yang pernah memenangi anugerah. UOB Malaysia kini merupakan antara pengeluar kad kredit terbesar di negara ini dan kekal sebagai pemain utama dalam pengurusan kekayaan dan pinjaman perumahan.

Dalam perbankan borong, UOB Malaysia telah membina rekod prestasi yang kukuh dalam Pengurusan Rantaian Bekalan Kewangan (FSCM), kesalinghubungan serantau dan pembiayaan mampan. Unit Penasihat Pelaburan Langsung Asing (FDI) Bank terus menyediakan sokongan strategik kepada syarikat asing yang ingin melabur di Malaysia dan juga syarikat Malaysia yang ingin berkembang ke ASEAN. Pada 2024, Bank juga memainkan peranan penting dalam mengukuhkan kesalinghubungan ekonomi serantau bagi mempertingkat kerjasama rentas sempadan melalui inisiatif seperti Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ).

Peneraju dalam kemampanan

UOB Malaysia juga merupakan peneraju dari segi kemampanan. Portfolio pembiayaan mampan Bank telah meningkat tiga kali ganda sejak dua tahun lepas, disokong oleh rangka kerja yang komprehensif dalami pelbagai bidang tumpuan strategik termasuk bandar pintar, bangunan hijau, ekonomi kitaran dan pembiayaan peralihan.

Dari segi operasi, UOB Malaysia mencapai neutraliti karbon untuk operasinya sendiri sejak 2021. Ibu pejabatnya, UOB Plaza 1 Kuala Lumpur, yang menunjukkan komitmen Bank terhadap tanggungjawab alam sekitar dan reka bentuk tempat kerja yang progresif, telah memperoleh pensijilan Platinum berganda selain memenangi Anugerah Tenaga Kebangsaan 2024 dan Anugerah Tenaga ASEAN 2024 untuk kecekapan tenaga.

Pengalaman pelanggan kekal sebagai matlamat utama bagi UOB Malaysia, di mana peningkatan kukuh dilihat dalam Skor Promoter Bersih (NPS) merentas pelbagai segmen. Ini menunjukkan komitmen Bank untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti, inovasi digital dan penyelesaian yang mementingkan pelanggan.