
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kini menawarkan kemudahan parkir percuma kepada warga emas yang layak, sebagai tanda penghargaan kepada penduduk yang telah banyak menyumbang kepada pembangunan bandar raya ini.
Inisiatif yang dinamakan “Parkir Emas” ini merupakan salah satu usaha sempena sambutan ulang tahun ke-25 Shah Alam diisytihar sebagai bandar raya.
Menurut Pengarah Jabatan Pembangunan Komuniti MBSA, En. Shahrin Ahmad, program ini bertujuan meringankan beban kewangan warga emas serta mengiktiraf peranan mereka dalam pembangunan komuniti dan negara.

Syarat Kelayakan untuk Parkir Emas MBSA
Untuk memohon, pemohon perlu memenuhi kriteria berikut:
- Warganegara berumur 60 tahun ke atas
- Pembayar cukai taksiran MBSA
- Tiada tunggakan cukai taksiran
- Kenderaan didaftarkan atas nama yang sama
- Hanya satu kenderaan bagi setiap rumah dibenarkan mendaftar
Kawasan Yang Dibenarkan & Syarat Tambahan
- Kemudahan ini hanya sah untuk parkir jalanan di bawah seliaan MBSA
- Tidak sah di kawasan parkir dua jam, parkir khas OKU atau tempat letak kereta yang diuruskan oleh pihak swasta
- Tiada pelekat fizikal dikeluarkan – semua maklumat akan direkod dalam sistem MBSA
MBSA turut mengingatkan bahawa program ini bukan “pas percuma” untuk meletak kenderaan di luar kawasan yang dibenarkan, atau untuk digunakan oleh ahli keluarga seperti anak-anak pemohon. Penyalahgunaan boleh dikenakan saman.
Cara Memohon Parkir Emas MBSA
Untuk memohon anda perlu menyediakan dokumen seperti berikut:
- Salinan Sijil Pemilikan Kenderaan (geran kereta)
- Bil cukai taksiran terkini
- Salinan lesen memandu
Permohonan boleh dibuat secara dalam talian di: https://tinyurl.com/mwycek7t atau hadir sendiri ke:
Bahagian Pengurusan Hasil, Jabatan Kewangan, Aras 21, Wisma MBSA, Shah Alam.
Program “Parkir Emas” ini sah untuk dua tahun, dan boleh diperbaharui jika syarat terus dipenuhi.
Jom bantu ibu bapa atau datuk nenek kita daftar sekarang! Parkir percuma ini mungkin nampak kecil, tapi besar maknanya buat mereka yang sudah banyak berkorban untuk keluarga dan masyarakat.
Sumber: MBSA & The Star