Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2025

Pada 2 April 2025 iaitu hari yang disebut sebagai ‘Liberation Day’ oleh kebanyakan warga Amerika, Presiden Donald Trump mengumumkan

  • Tarif universal 10% ke atas kebanyakan import ke Amerika Syarikat,
  • Tarif 20% ke atas barangan dari Kesatuan Eropah,
  • Tarif 34% ke atas semua import dari China.

Pasaran saham agak tidak stabil kerana sentimen tersebut. Walaubagaimanapun, ia tidak menghalang daripada terdapat saham-saham yang membuat kenaikan di Bursa Malaysia.

Prestasi Indeks FBM KLCI (April 2025)

Sumber: TradingView

Indeks FBM KLCI mencatatkan peningkatan pada bulan April 2025.

KLCI dibuka pada 1,517.14 mata pada 2 April 2025 dan ditutup pada 1,540.22 mata pada 30 April 2025.

Jom kita tengok Top 10 Saham Patuh Syariah Paling Untung April 2025.

Webull Malaysia kini telah menawarkan pilihan deposit ke akaun Islamik untuk kemudahan pengguna Muslim di Malaysia. Sebelum ini, semua deposit akan diletakkan dalam bank; JP Morgan Malaysia. Dengan pilihan perbankan Islam, deposit pengguna akan diletakkan dalam HSBC Amanah.

Baca lagi : Nak Buka Akaun Saham Online Dengan Webull? Dapat Antara Caj Terendah Di Pasaran

1. Richtech Digital Berhad

Syarikat teknologi digital ini melonjak lebih 60%. Ini antara saham paling cemerlang bulan ini dalam sektor teknologi.

Harga IPO ini adalah RM0.25 dan disenaraikan pada 17 Februari 2025. Setelah lebih banyak volume masuk ke dalam saham ini pada April, Richtech akhirnya telah naik di atas harga IPOnya.

Sepanjang April, syarikat membuat kenaikan RM0.120 atau 63.16%.

2. DF City Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

DF City Group Berhad mencatatkan peningkatan RM0.175 atau 59.32%. Saham syarikat ini dibuka pada harga RM0.295 pada awal bulan dan ditutup pada RM0.470 pada penghujung bulan.

3. Tan Chong Motor Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Tan Chong Motor tidak mempunyai prestasi kewangan suku tahunan yang baik. Syarikat pengedar kenderaan dan pemegang francais Nissan dan Renault ini telah rugi sembilan suku berturut-turut. 

Persaingan dengan jenama tempatan serta penerimaan orang ramai terhadap kenderaan elektrik mula menyebabkan kenderaan yang diedarkan oleh Tan Chong Motor kurang mendapat sambutan.

Tahukah anda Tan Chong Motor pernah berharga RM7 suatu ketika dahulu pada tahun 2013? Setakat 30 April 2025, saham berada pada paras harga RM0.470.

Syarikat ini membuat kenaikan RM0.1550 atau 49.21%.

4. Magma Group Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Magma dahulunya dikenali sebagai Impiana Hotels Berhad membuat kenaikan RM0.105 atau 42%.

Ia susulan Magma menerima kemasukan pemegang saham utama baharu, yang memperkukuhkan lagi struktur modal kumpulan.

Datuk Lee Chong Wei antara pemegang saham utama baharu dalam Magma Group Bhd.

Selepas penyelesaian peruntukan saham, Skyfold Express Sdn Bhd muncul sebagai pemegang saham utama secara langsung dengan 120 juta saham atau 7.69 peratus pegangan dalam Magma.

Selain itu, legenda badminton negara iaitu Datuk Lee Chong Wei muncul antara pemegang saham utama baharu Magma

Buka akaun dengan CGS International secara online dengan tutorial mudah ini. Klik Sini Untuk Tutorial

5. NexG Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

NexG Berhad, dahulunya Datasonic Group Berhad naik RM0.100 atau 40.82% didorong keyakinan pelabur terhadap ROE yang tinggi. Syarikat ini sering menjadi perhatian setiap kali kerajaan bakal menganugerahkan tender bagi passport.

NexG juga muncul sebagai pemegang saham utama MMAG Holdings Berhad. 

6. Yong Tai Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Yong Tai Berhad membuat kenaikan sebanyak RM0.055 atau 34.38% pada April 2025. Pada April 2025 juga Yong Tai mengumumkan kerjasama di antara YTB Impression dan Taghill Land. 

YTB Impression memberi hak ekslusif kepada Taghill Land untuk melaksanakan pembangunan dua blok suites perkhidmatan di negeri Melaka.

7. Econframe Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Econframe Berhad pula dibuka pada RM0.505 dan ditutup pada RM0.670. Kenaikan sebanyak RM0.165 dalam sebulan tersebut cukup untuk memberi kenaikan 32.67%. 

8. Salutica Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Salutica Berhad membuat kenaikan sebanyak RM0.065 atau 30.95% pada April 2025. Salutica Berhad atau simbolnya Salute, tidak menunjukkan prestasi kewangan yang baik. Syarikat ini telah mengalami kerugian bersih sejak tahun 2019 lagi dan masih bergelut untuk membuat keuntungan.

Dari sudut teknikal pula, Salute berjaya membuat breakout pada 23 April 2025 dan volume mula masuk ke dalam saham ini.

9. Elridge Energy Holdings Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Syarikat tenaga ini dilihat meningkat seiring dengan kenaikan harga minyak global atau pengembangan operasi dalam tenaga alternatif.

Elridge berjaya naik 29.03% pada April 2025.

10. Pertama Digital Berhad

Sumber: Bursa Marketplace

Walaupun kenaikan tidak setinggi yang lain, syarikat digital ini kekal relevan dengan usaha digitalisasi perkhidmatan kerajaan dan e-pembayaran (e-payment). Saham ini sesuai untuk pelabur jangka panjang. 

Pertama mencatatkan kenaikan sebanyak RM0.015 atau 13.04% pada April 2025.

Kesimpulan

Senarai ini membuktikan bahawa walaupun pasaran tidak menentu, peluang tetap ada bagi mereka yang rajin memerhati dan berani bertindak. Prestasi cemerlang saham-saham ini memberi inspirasi dan petunjuk bahawa syarikat yang inovatif dan cepat berubah akan terus menarik minat pelabur.

Penafian :
Kandungan ini tidak disemak atau diluluskan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Maklumat yang terkandung di dalam artikel ini adalah untuk tujuan maklumat sahaja dan tidak boleh dianggap sebagai nasihat pelaburan. Semua keputusan pelaburan adalah tanggungjawab individu dan anda harus mendapatkan nasihat daripada penasihat kewangan berlesen sebelum membuat sebarang keputusan pelaburan. Pelaburan dalam saham melibatkan risiko dan keuntungan sendiri. Prestasi masa lalu juga tidak menjamin prestasi masa hadapan.

Setiap Quarter Report (QR) ada ceritanya,
Jangan sampai rugi sebab syarikat umum QR..  

Ini bukan kelas preview,

Kita akan terus belajar:-

✅ Cara pilih dan tapis saham yang baik untuk buat ‘Watchlist’ dikala musim QR

 ✅ Belajar kenal pasti syarikat bermasalah yang patut dielakkan

 ✅ Serta case study untuk dijadikan panduan

Pastikan tahu teknik betul untuk buat duit ketika musim QR!

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.