MX Exchange Tawarkan 0% Trading Fees Untuk 6 Bulan Bagi Platform Kripto

Bersempena dengan bulan kemerdekaan, MX Exchange menawarkan promosi 0% trading fees untuk tempoh 6 bulan bermula 31 Ogos 2021 sehingga 28 Februari 2022 di www.mxglobal.com.my.

Tawaran 0% trading fees ini merupakan satu usaha dalam menghargai pengguna yang setia bersama mereka. Usaha ini diharap dapat menggalakkan lebih ramai pelabur baru untuk melabur dengan mudah dalam Bitcoin (BTC) dan juga Ethereum (ETH) selain daripada pelabur sedia ada yang mencari platform yang selamat dan dipercayai. 

“Sangat penting untuk pelabur Malaysia tahu bahawa hanya platform yang mendapat lesen Pertukaran Aset Digital boleh beroperasi dengan sah untuk urusniaga kripto ke dalam Ringgit Malaysia. Dengan beberapa pembongkaran dan penutupan platform pertukaran aset digital sebelum ini, MX Exchange akan memastikan bahawa pegangan anda dalam kripto sentiasa berada dalam kawalan pelabur. Jadi, kita menggalakkan pelabur untuk berurusniaga dengan 0% trading fees tanpa kebimbangan dan yang paling penting adalah kadar kecairan aset digital pelabur.” Dato’ Fadzli Shah, CEO MX.

Pelabur yang ingin mendapatkan panduan untuk pemindahan aset digital mereka kepada MX Exchange boleh berbuat demikian melalui emel kepada [email protected] atau hubungi 03-77321870. Pasukan sokongan MX Exchange beroperasi 24/7.

Ringkasan Terma & Syarat

  1. Promosi ini adalah selama 6 bulan bermula 31 Ogos 2021 hingga 28 Februari 2022.
  2. Ketika promosi ini berjalan, 2 trading pairs BTC/MYR dan ETH/MYR akan dikenakan 0% trading fees
  3. Kadar 0% trading fees tidak terpakai untuk transaction fees bagi pengeluaran fiat dan aset digital
  4. Promosi ini terpakai untuk semua pengguna yang sah MX Exchange (KYC Tahap 1 ke KYC Tahap 3)
  5. Pengguna yang terlibat dalam promosi ini setuju dan faham dengan terma dan syarat yang ditetapkan.
  6. MX Exchange mempunyai hak untuk membuat pindaan dalam terma dan syarat.

Maklumat lanjut berhubung perkara ini boleh didapati di www.mxglobal.com.my

Baca juga : Aset Digital Menurut Perspektif Syariah (KEPUTUSAN MAJLIS PENASIHAT SYARIAH SURUHANJAYA SEKURITI MALAYSIA 31 Disember 2020)

Previous ArticleNext Article

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.