Pengarah Genneva Kena Penjara Lapan Tahun Dan Didenda RM1 Juta

Kes penipuan Genneva Gold ini telah berpanjangan sejak tahun 2012 lagi, dan akhirnya dalang di sebalik skim ini menerima hukuman yang setimpal.

Ianya gara-gara empat pengarah Genneva Sdn Bhd didapati bersalah menggubah wang haram lebih daripada RM100 juta menerusi scam yang bertopengkan emas ini. Kalau tak tahu apa itu penggubahan wang haram, rajin-rajinlah baca Biasa Dengar Money Laundering? Apa Dia Sebenarnya?

Pengarah-pengarah yang bernama Ng Poh Weng, 67, Marcus Yee Yuen Seng, 65, Chin Wai Leong, 41, dan Liew Chee Wah, 63, dijatuhkan hukuman di bawah akta Anti- Money Laundering, Anti-Terrorism Financing and Proceeds of Unlawful Activities Act 2001 (AMLA) dan Banking and Financial. Institutions Act 1989 (BAFIA).

Dan jika mereka gagal membayar denda RM1 juta tersebut, hukuman lagi setahun penjara akan ditambah.

Siapa Itu Genneva?

Sumber: The Star

Nak dijadikan cerita, Genneva bermula pada tahun 2010 dan setelah beroperasi selama 2 tahun, telah mempunyai 80,000 pelanggan yang tertipu. Mereka bukan setakat beroperasi di Malaysia, tetapi juga mempunyai pejabat di Singapura, Hong Kong, China dan Filipina.

Skim Penipuan Yang Dijalankan Genneva

Sumber: Slideshare

Tengok saja pulangan 18% setahun yang dijanjikan. Labur duit, emas fizikal pun dapat, bulan-bulan pun dapat. Siapa yang tak tergoda kan?

Dan seperti mana-mana skim penipuan yang lain, mereka yang menyertai pada peringkat awal adalah yang paling untung. Dan apabila semakin ramai yang menjadi mangsa, maka semakin ramai pula yang tidak atau lambat mendapat habuan yang dijanjikan.

Sumber: Facebook Genneva Malaysia Supporters

Di saat Bank Negara melakukan serbuan dan membekukan segala cek, akaun dan aset – Genneva mempunyai RM99.8 juta dalam wang tunai dan 126 kilogram jongkong emas.

Sumber Rujukan: Malay Mail Online

Cukup-Cukuplah Kena Scam Tu

Takde maknanya kita dapat duit hanya dengan goyang kaki sahaja. Nak sesuatu kenalah berusaha. Orang yang menipu akan sentiasa ada, kita ni orang awam yang kena ada kesedaran dan ilmu barulah tak senang kena tipu.

Lagi kisah scammers ni:

Nak tahu pasal skim ponzi, boleh tengok video di bawah:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.