Jenis-jenis Skim Pelaburan Haram Jadah

#1 – Skim Dagangan Mata Wang Asing Haram

Skim ini melibatkan aktiviti pelaburan dalam mata wang asing dengan tujuan untuk mendapat pulangan yang tinggi daripada pergerakan kadar tukaran mata wang asing. Pelabur lazimnya mudah tertarik dengan pulangan lumayan yang dijanjikan serta kemudahan akses pelaburan yang kini kebanyakannya boleh dilakukan dengan mudah secara dalam talian.

Pelabur diumpan dengan undangan untuk menghadiri seminar dan bengkel percuma yang menerangkan betapa lumayannya pulangan yang bakal mereka perolehi. Pelabur kemudiannya diminta membuka akaun dagangan mata wang asing dengan sesebuah syarikat yang didakwa mempunyai dagangan mata wang lesen yang sah. Setelah depositkan sejumlah wang ke dalam akaun tersebut, pelabur akan sentiasa diminta untuk menambahkan pelaburan dengan alasan kekurangan margin pelaburan awal dan untuk mengelakkan kehilangan modal.

Tahukah anda bahawa skim-skim ini kini cenderung menggunakan siswazah atau graduan baharu dari institusi pengajian tinggi untuk mempromosikan sistem pelaburan mereka?

Bukan sahaja golongan ini sering tampil kemas dan berpengetahuan tinggi dalam membicarakan mengenai pasaran mata wang dunia, malah mereka juga lebih mudah untuk mempengaruhi ahli keluarga serta rakan-rakan untuk menyertai skim pelaburan ini.

Akta Kawalan Pertukaran Asing 1953 (ECA) jelas menyatakan bahawa adalah menjadi satu kesalahan bagi seseorang untuk membeli atau menjual mata wang asing, atau terlibat atau mempunyai kaitan atau membuat persediaan di dalam sebarang perbuatan membeli atau menjual mata wang asing dengan mana-mana individu atau syarikat yang tidak mendapat kebenaran daripada pihak berkuasa untuk menjalankan aktiviti sedemikian.

#2- Skim Pelaburan Internet

Skim ini lebih terkenal dengan generasi celik IT yang tegar menggunakan internet dan media sosial untuk mendapatkan maklumat serta menggunakan kemudahan dalam talian untuk berurusan. Pelaburan ini membayangkan pulangan, faedah atau keuntungan yang besar, kebiasaannya pada kadar yang lebih tinggi daripada yang ditawarkan oleh institusi kewangan berlesen yang lain.

Mereka juga meyakinkan pelabur bahawa risiko pelaburan dalam skim mereka adalah sangat rendah, bahkan sesetengah pengendali skim berani menjanjikan pulangan tanpa sebarang risiko pelaburan. Melalui laman web atau e-mel, pelabur didekati oleh pengendali skim ini dengan tawaran khidmat nasihat kewangan percuma serta pujukan untuk melabur dengan mereka. Namun individu atau syarikat pengendali skim pelaburan ini sebenarnya tidak pernah dilesenkan sebagai penerima deposit dan tidak mendapat kebenaran oleh pihak BNM.

Mereka juga tidak memperoleh lesen atau kelulusan daripada pihak SC untuk memberikan nasihat pelaburan yang berkaitan dengan aktiviti sekuriti atau niaga hadapan, apatah lagi untuk menjalankan aktiviti pengurusan dana di Malaysia.

#3 – Pengambilan Deposit Secara Haram

Deposit yang dilaburkan di bawah skim ini turut dijanjikan dengan pulangan yang tinggi, meskipun pengendali skim ini tidak mempunyai kuasa atau kebenaran untuk mengambil deposit daripada mana-mana pihak. BNM hanya memberikan lesen kepada pihak bank atau syarikat tertentu sahaja untuk menerima deposit daripada orang awam.

Pengendali skim ini bijak beroperasi dengan meyakinkan pelabur melalui pulangan awal yang diberikan hasil kutipan daripada pelabur-pelabur baharu yang lain. Pelabur kemudiannya dipujuk untuk melabur semula dengan jumlah yang lebih besar untuk menikmati pulangan yang lebih lumayan pada kadar yang tinggi.

Pelabur juga mungkin digalakkan untuk mempromosi dan mengajak rakan-rakan menyertai skim ini.Walau bagaimanapun, tiada jaminan yang pengendali ini mampu untuk terus membayar pulangan seperti yang dijanjikan jika mereka atau anda sendiri gagal mendapatkan pelabur-pelabur baharu.

Akhirnya, skim ini akan gagal dan pelabur menghadapi kerugian apabila pengendali menghilangkan diri bersama-sama wang pelaburan yang terkumpul.

#4 – Penipuan melalui sistem pesanan ringkas (SMS), e-mel dan phishing

Satu lagi trend penipuan pelaburan alaf baharu adalah dengan menggunakan perantaraan SMS dan e-mel untuk menjalankan aktiviti memancing data peribadi atau dikenali sebagai phishing. SMS dihantar secara rawak untuk menawarkan hadiah-hadiah menarik serta ganjaran hebat sama ada wang tunai atau barangan mewah.

Penerima yang bertuah akan dikehendaki menghubungi mereka semula untuk memberikan butiran lanjut supaya pemberian hadiah-hadiah dapat dilakukan. E-mel yang dihantar pula kononnya mengandungi notis makluman penting daripada pihak bank yang memerlukan pengguna untuk memberikan maklumat peribadi mereka seperti nombor kad pengenalan, nombor akaun bank serta kata laluan akaun bank. Jika pengguna menjawab e-mel tersebut, maklumat peribadi pengguna akaun akan dapat digunakan oleh pengendali skim untuk mengakses dan memindahkan wang simpanan yang terdapat di dalam akaun bank pengguna.

Meskipun penghantaran SMS dan e-mel ini sering dilakukan tanpa mengambil kira sama ada pengguna tersebut benar-benar mempunyai akaun di bank yang disebutkan, tetapi masih ada mangsa yang terpedaya dengan helah sedemikian.

Berhati-hatilah dengan sebarang tawaran melalui SMS atau e-mel yang anda terima dan pastikan dahulu bahawa sumbernya adalah daripada pihak yang sah. Anda juga dinasihatkan supaya tidak mengklik pautan yang mencurigakan, terutamanya apabila melakukan transaksi perbankan atas talian.

Anda dinasihatkan untuk merujuk pada Investor Alert dan maklumat mengenai tindakan penguatkuasaan yang dikeluarkan oleh BNM dan SC melalui pautan berikut:

Bank Negara Alert!

SC Investor Alert!

Sumber asal : Agensi Kaunseling & Pengurusan Kredit

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji Kita? Ini Jawapannya

Setiap kali kita menyimpan duit di Tabung Haji, ramai yang tahu tujuan utamanya adalah untuk menunaikan ibadah haji.

Tetapi pernah tak terfikir…

Ke mana sebenarnya Tabung Haji melaburkan wang simpanan lebih 9.8 juta pendeposit ini?

Adakah semuanya disimpan dalam bank?

Jawapannya tidak.

Seperti institusi pelaburan lain, Tabung Haji akan melaburkan dana pendeposit bagi menjana keuntungan. Bezanya, semua pelaburan perlu mematuhi prinsip Syariah serta mengambil kira tahap risiko yang sesuai kerana wang tersebut adalah amanah para pendeposit.

Berapa besar dana Tabung Haji?

Sehingga 31 Disember 2025:

PerkaraNilai
Pendeposit9.77 juta orang
Simpanan PendepositRM93.42 bilion
Jumlah AsetRM98.58 bilion
Pendapatan Pelaburan KasarRM4.64 bilion
Pulangan Pelaburan (ROI)5.01%

Ke Mana Perginya Duit Simpanan Tabung Haji?

Daripada keseluruhan portfolio pelaburan Tabung Haji pada tahun 2025:

Walaupun hanya 28% portfolio berada dalam ekuiti, kelas aset ini menyumbang 34% daripada jumlah pendapatan pelaburan TH. Sebaliknya, sekuriti pendapatan tetap membentuk 57% portfolio tetapi menyumbang 53% pendapatan, menunjukkan peranan utamanya sebagai sumber pulangan yang lebih stabil dan berisiko lebih rendah.

Ekuiti (Saham)

Sebanyak 28% daripada portfolio pelaburan Tabung Haji diperuntukkan kepada pelaburan ekuiti. Pelaburan ini merangkumi saham syarikat di Malaysia dan juga luar negara, selaras dengan strategi kepelbagaian portfolio bagi menjana pulangan jangka panjang.

Berdasarkan Laporan Tahunan 2025:

  • Ekuiti Domestik mencatat pulangan 5.47%
  • Ekuiti Luar Negara mencatat pulangan 7.03%
  • Private Equity pula merekodkan pulangan tertinggi iaitu 8.29% pada tahun 2025.

TH memegang ekuiti strategik dalam pelbagai syarikat terkemuka negara:

  • Bank Islam Malaysia Berhad (48.87%)
  • Syarikat Takaful Malaysia Keluarga Berhad (30.80%)
  • TH Plantations Berhad (73.84%): Perladangan kelapa sawit tersenarai di Bursa Malaysia.
  • TH Properties Sdn. Bhd. (100%): Pembangunan hartanah & pembinaan.
  • TH Hotel & Residence Sdn. Bhd. (100%): Rangkaian hotel & pusat konvensyen Syariah.
  • TH Marine Holdings (L) Inc. (100%): Perkhidmatan logistik & sokongan marin offshore.

Menariknya, TH tidak berkongsi saham apa yang dimiliki atau pegangan terbesar mereka dalam Laporan Tahunan 2025. Jadi, kita hanya tahu pendedahan kepada ekuiti tempatan dan luar negara, tetapi tidak tahu nama kesemua syarikat-syarikat yang berada dalam portfolio tersebut.

Namun, berdasarkan maklumat pemilikan saham yang tersedia di Bursa Malaysia dan platform data pasaran, kita masih boleh mengenal pasti beberapa pegangan saham utama.

Antaranya ialah:

  • Focus Point Holdings Bhd – Tabung Haji muncul sebagai antara pemegang saham utama dengan pegangan sekitar 31.08 juta saham (5.06%) pada Julai 2026.
  • AEON Co. (M) Bhd – 71.39 juta saham
  • Gas Malaysia Bhd – 63.67 juta saham
  • Axis Real Estate Investment Trust (Axis REIT) – Tabung Haji memiliki kira-kira 6.24%, bersamaan 126.32 juta unit.
  • Farm Fresh Bhd – 56.13 juta saham
  • MR D.I.Y. Group – 127.51 juta saham
  • Orkim Bhd – 50.06 juta saham
  • Tenaga Nasional Berhad (TNB) – 73.52 juta saham
  • KPJ Healthcare Berhad – 43.29 juta saham
  • Solarvest Holdings Berhad – 25.26 juta saham
#SyarikatPeganganHarga Semasa (RM)Anggaran Nilai (RM Juta)
1Gas Malaysia Bhd63.67 juta5.27335.54
2Axis REIT126.32 juta1.92242.53
3MR D.I.Y. Group (M) Bhd127.51 juta1.61205.29
4Farm Fresh Bhd56.13 juta2.21124.05
5Tenaga Nasional Bhd73.52 juta14.561,070.45
6KPJ Healthcare Bhd43.29 juta3.12135.07
7AEON Co. (M) Bhd71.39 juta1.0574.96
8Solarvest Holdings Bhd25.26 juta3.0075.78
9Orkim Bhd50.06 juta0.8844.05
10Focus Point Holdings Bhd31.08 juta0.5115.85
Jumlah≈ RM2.32 bilion

Secara teori, jika semua pegangan ini dijual pada harga pasaran semasa, Tabung Haji berpotensi memperoleh sekitar RM2 bilion. Namun, angka ini hanyalah anggaran berdasarkan harga saham semasa dan tidak semestinya jumlah sebenar yang akan diterima.

Nilainya memang sekitar RM2 bilion berdasarkan harga semasa. Tetapi itu tidak bermaksud Tabung Haji perlu menjual saham-saham ini. Selagi syarikat terus mencatat prestasi yang baik dan membayar dividen, pegangan tersebut boleh terus menjana pendapatan kepada Tabung Haji sambil berpotensi meningkat nilainya dari semasa ke semasa.

Ini baru 10 syarikat yang berjaya dikenal pasti melalui rekod pemilikan saham awam. Sangat berkemungkinan masih terdapat banyak lagi pegangan ekuiti Tabung Haji yang tidak tersenarai di sini.

Nota: Maklumat pegangan diperoleh daripada sumber awam dan bukan senarai lengkap portfolio ekuiti Tabung Haji. Nilai anggaran adalah berdasarkan harga pasaran semasa ketika artikel ini disediakan dan tertakluk kepada perubahan harga saham.

Kenapa Tidak Labur Semua Duit Dalam Saham?

Kalau semua wang dilaburkan ke saham, pulangan mungkin lebih tinggi ketika pasaran naik.

Tetapi…

Apabila pasaran jatuh, nilai simpanan juga boleh terjejas dengan besar.

Sebab itu TH menggunakan strategi kepelbagaian pelaburan (diversification) supaya risiko lebih seimbang.

Bagaimana Pula dengan Ekuiti Swasta (Private Equity)?

Selain saham syarikat tersenarai, Tabung Haji turut melabur dalam ekuiti swasta (private equity). Menariknya, kelas aset ini mencatat pulangan pelaburan 8.29% pada tahun 2025, iaitu lebih tinggi berbanding ekuiti domestik (5.47%) dan ekuiti luar negara (7.03%).

Walau bagaimanapun, Laporan Tahunan 2025 tidak mendedahkan syarikat atau dana ekuiti swasta yang menjadi pegangan Tabung Haji.

Pelaburan ekuiti swasta menyumbang pulangan yang baik kepada Tabung Haji, namun maklumat mengenainya masih agak terhad dalam laporan tahunan. Pada masa hadapan, adalah wajar Tabung Haji mempertimbangkan pendedahan yang lebih terperinci mengenai portfolio ekuiti swasta, sekurang-kurangnya bagi pegangan utama. Ini akan membolehkan pendeposit memahami dengan lebih jelas bagaimana dana mereka diurus serta meningkatkan tahap ketelusan institusi.

Siapa Yang Menguruskan Pelaburan Tabung Haji?

Pengurusan pelaburan Tabung Haji tidak dibuat oleh seorang individu, sebaliknya diurus oleh pasukan pelaburan profesional yang terdiri daripada pengurus dana, penganalisis pelaburan dan pengurusan TH. Semua aktiviti pelaburan dipantau oleh Panel Pelaburan (Investment Panel), iaitu jawatankuasa yang bertanggungjawab merangka strategi, dasar dan hala tuju pelaburan serta memastikan setiap keputusan selaras dengan objektif Tabung Haji, peraturan yang berkuat kuasa dan prinsip syariah. Laporan Tahunan 2025 turut menunjukkan bahawa TH mempunyai Pengurus Dana Ekuiti (Equity Fund Managers) yang memantau prestasi portfolio secara berkala, manakala pengurusan tertinggi diketuai oleh Ketua Pegawai Eksekutif yang mempunyai pengalaman luas dalam bidang kewangan dan pelaburan.

Penutup

Ramai melihat Tabung Haji sekadar tempat menyimpan wang untuk menunaikan ibadah haji. Hakikatnya, setiap ringgit yang disimpan diurus secara profesional melalui portfolio pelaburan yang dipelbagaikan dan mematuhi prinsip Syariah.

Strategi ini bertujuan mengimbangi antara pulangan, risiko dan kecairan, supaya Tabung Haji mampu terus memberikan agihan keuntungan yang kompetitif, melindungi simpanan pendeposit serta memastikan urusan haji dapat dilaksanakan secara mampan untuk jutaan rakyat Malaysia.

Sebagai pendeposit, memahami ke mana wang kita dilaburkan bukan sahaja menambah keyakinan terhadap pengurusan Tabung Haji, malah membantu kita menghargai bagaimana simpanan tersebut diurus bagi mencapai matlamat jangka panjang dan bukan sekadar untuk memperoleh pulangan, tetapi juga sebagai persediaan menunaikan rukun Islam kelima.

Penafian: Artikel ini bertujuan memberi kefahaman tentang bagaimana Tabung Haji mengurus dan melaburkan dana pendeposit berdasarkan maklumat yang didedahkan dalam Laporan Tahunan 2025. Ia bukan merupakan nasihat pelaburan. Sebarang perubahan dasar, strategi pelaburan atau komposisi portfolio adalah tertakluk kepada pengumuman rasmi Tabung Haji.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Ramai yang nak gandakan duit simpanan dalam saham tapi fikir berpuluh kali. Jadi buku ini adalah step pertama. Bila baca buku ini, boleh 99% stay ahead dari orang lain! Bonusnya dapat jimat banyak masa.

Kami juga faham yang 2 sebab utama kenapa anak muda masih belum mula melabur saham adalah sebab TAKUT dan BELUM CUKUP DUIT. Yelah, kita melabur sebab nak tenang, bukan nak risau setiap masa.

Sambil kami terlibat dalam pasaran saham, sambil pandaikan orang lain tentang saham.

Terima kasih yang tidak terhingga kepada anda semua yang tak putus-putus menyokong kami dari awal sehingga ke hari ini.

Berita Baik : Kami sedang buat jualan penghabisan stok di Shopee!!