Permohonan Dibuka bagi Felo Pelawat dalam Kewangan Islam di bawah Program Kepimpinan Pemikiran Berprestij SC – Pusat Pengajian Islam Oxford

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) memainkan dua peranan dalam pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal Malaysia, di mana pasaran modal Islam merupakan komponen penting. Kepimpinan pemikiran telah menjadi tonggak penting bagi SC dalam usaha memacu pembangunan pasaran modal Islam global dan memperkukuh kedudukan Malaysia dalam kewangan Islam.

Salah satu inisiatif tersebut adalah kerjasama dengan Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS), sebuah Pusat Bebas yang Diiktiraf di Universiti Oxford, UK bagi Program Sarjana Tamu (Scholar in Residence – SIR) dalam Kewangan Islam. Di bawah program ini, ahli akademik atau pengamal kewangan Islam akan bertugas sebagai sarjana tamu di OCIS untuk menjalankan penyelidikan gunaan ke atas topik isu-isu kontemporari dalam kewangan Islam, terutamanya yang berkaitan dengan pasaran modal Islam.

Sehubungan ini, SC mempelawa permohonan bagi Felo Pelawat kesembilan di bawah program SIR dalam kewangan Islam bagi tahun akademik 2020/21 bermula Oktober 2020. Pemohon mestilah mempunyai pengalaman yang luas dalam kewangan Islam dan/atau bidang yang berkaitan, dan mampu menunjukkan kebolehan untuk menjalankan kajian akademik secara bebas. Tarikh tutup untuk mengemukakan permohoan adalah pada 3 Februari 2020.

Sarjana yang terpilih akan memulakan program tamu di Oxford untuk menjalankan penyelidikan dan mengambil bahagian dalam pelbagai aktiviti akademik di OCIS. Di samping itu, Felo Pelawat juga hendaklah menyampaikan syarahan dan mengelolakan seminar, terbabit dalam kajian secara kerjasama dan menyumbangkan tenaga kepada institusi berkaitan.

Program SIR dimulakan pada 2012 berikutan resolusi yang dicapai ketika Sidang Meja Bulat SC-OCIS mengenai Kewangan Islam, satu acara tahunan utama. Ia telah menerima sambutan di peringkat global dari pelbagai negara, mewakili kepelbagaian dan penerimaan terhadap kewangan Islam di seluruh dunia.

Untuk butiran lanjut mengenai Program SIR, sila lawati bahagian Visiting Fellowship di laman sesawang OCIS di www.oxcis.ac.uk.

Mengenai Suruhanjaya Sekuriti Malaysia:

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC), sebuah badan berkanun yang melapor kepada Menteri Kewangan, ditubuhkan di bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993. Ia merupakan agensi kawal selia tunggal bagi pengawalseliaan dan pembangunan pasaran modal. SC mempunyai tanggungjawab langsung untuk menyelia dan memantau aktiviti institusi pasaran, termasuk bursa dan rumah penjelasan, dan mengawal selia semua individu yang dilesenkan di bawah Akta Pasaran Modal dan Perkhidmatan 2007. Maklumat lanjut mengenai SC boleh didapati di laman sesawangnya di www.sc.com.my. Ikuti SC di twitter di @SecComMy untuk perkembangan terkini.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UOB Malaysia Menyokong Pelanggan Di tengah Ketidaktentuan Semasa

Kuala Lumpur, Malaysia, 10 April 2026 – UOB Malaysia akan menyokong pelanggan yang mungkin terjejas oleh perkembangan geopolitik terkini, termasuk situasi yang sedang berkembang di Timur Tengah. Sebagai rakan kewangan yang telah lama bersama isi rumah dan perniagaan di seluruh negara, UOB Malaysia kekal komited untuk menyokong kestabilan dan kesinambungan dengan membantu pelanggan mengurus komitmen kewangan mereka dalam keadaan operasi yang berubah-ubah.

Bank ini mengakui bahawa ketidaktentuan global yang meningkat boleh memberi tekanan kewangan kepada individu dan perniagaan, termasuk gangguan sementara kepada pendapatan, kekangan aliran tunai atau aktiviti perniagaan yang lebih perlahan.

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia berkata, “Tempoh ketidaktentuan boleh memberi kesan kepada isi rumah dan perniagaan dalam pelbagai cara. Melalui program bantuan kewangan kami, kami bekerjasama rapat dengan pelanggan untuk menyediakan penyelesaian praktikal bagi membantu mereka mengurus komitmen dengan yakin dan terus memberi tumpuan kepada perkara yang paling penting.”

Pelanggan yang memerlukan bantuan digalakkan untuk menghubungi melalui saluran berikut:

Untuk pelanggan individu:
Emel: [email protected]
Pusat Perhubungan UOB: 03-2612 8121
Borang dalam talian: https://forms.uob.com.my/eservices/personal/financial-relief-assistance/index.html

Untuk pelanggan perniagaan:
Hubungi Pengurus Perhubungan masing-masing, atau
Emel: [email protected]