
Sub Topik
Ketika artikel ini ditulis, nilai kekayaan Jeff Bezos adalah sekitar $113.7 dan Bill Gates sekitar $103.7; sekaligus menjadikan mereka manusia terkaya di dunia. Siapa yang tidak mengenali nama seperti Jeff Bezos yang sangat sinonim dengan Amazon, manakala Bill Gates pula yang sinonim dengan Microsoft.
Jom kita buat perbandingan dua individu hebat ini, bagi menentukan siapa yang lebih hebat?
1. Perbandingan Pembangunan Perniagaan

Pada asalnya, Microsoft di bangunkan oleh dua rakan kongsi, iaitu Bill Gates dan Paul Allen pada 4 April 1975. Mereka membangunkan Microsoft, setelah mendapat ilham dan menggabungkan idea pemikiran dan keupayaan serta kemahiran mereka dalam dunia perniagaan.

Berbeza dengan Jeff Bezos yang secocok dengan gelaran The Lone Wolf, kerana beliau membina empayar perniagaannya tanpa pertolongan orang lain atau rakan kongsi. Seperti Serigala yang gemar memburu secara bersendirian, Jeff Bezos lebih menyukai bergerak secara solo.
Kesimpulan perbandingan dalam kategori pembangunan empayar perniagaan, Jeff Bezos telah mendahului Bill Gates. Jika diperhalusi, sangat unik apabila membina empayar perniagaan seperti falsafah The Lone Wolf. Google, Facebook, Oracle, Bloomberg, Microsoft, Apple dan lain-lain, mempunyai pengasas bersama yang melebihi seorang. Hanya Michael Dell (pengasas Dell Komputer) sahaja yang mampu menyamai pencapaian Jeff Bezos sebagai The Lone Wolf.
2. Perbandingan Nilai Perniagaan

Jeff Bezos memfokuskan kepada pelanggan, manakala Bill Gates memfokuskan kepada pesaing perniagaan beliau. Selain daripada itu, Bill Gates sangat terkenal dengan falsafah perniagaan beliau sebagai Anti-Competitive (anti-persaingan).
Bill Gates gemar untuk menjatuhkan pesaing mereka. Bill Gates lebih kepada prinsip ‘cut, copy and paste’ dalam mengetengahkan produk perniagaan beliau. Ianya telah menyebabkan beliau dikenakan tindakan undang-undang.
Jeff Bezos sekali lagi berjaya mendahului keupayaan Bill Gates dalam kategori nilai perniagaan. Suka sekiranya memetik kata-kata Jeff Bezos mengenai keutamaan pelanggan dalam falsafah perniagaan beliau
“Our vision is to be the world’s most consumer-centric company, where customers can come to find anything they want to buy online”
3. Perbandingan Kreativiti
Secara asasnya, mereka berdua mempunyai daya kreativiti yang baik dalam menyediakan perkhidmatan atau produk perniagaan mereka. Namun, Jeff Bezos dilihat mendahului berdasarkan ketulusan dan idea beliau ketika menggunakan daya kreativiti.
Sementara itu, Bill Gates lebih mengikuti rentak kreativiti pesaing mereka, kemudiannya menurunkan harga dengan rendah, untuk menekan penjualan produk syarikat pesaing.
4. Perbandingan Keazaman Dan Kerja Keras
Bill Gates berjaya mengatasi dengan mudah dalam kategori ini. Ini kerana Bill Gates bekerja selama 18 jam sehari walaupun beliau adalah bos.
Selain daripada membangunkan Microsoft, beliau juga banyak membaca dan menulis pelbagai buku dalam pelbagai bidang.
Sementara Jeff Bezos pula hanya memasarkan produk beliau seperti Amazon yang merupakan pilihan orang ramai.
5. Perbandingan Kepakaran Dalam Perisian Komputer

Kedua-dua mereka adalah merupakan Programing Wizard, mereka sangat pakar dan boleh dikatakan sebagai nerd kerana sangat mahir dengan komputer. Selain daripada itu, mereka juga dalam kategori self-taught.
Dan buat pertama kalinya, Bill Gates dan Jeff Bezos seri, kerana kedua-duanya merupakan pakar dalam bidang tersebut.
6. Perbandingan Berwawasan
Bill Gates telah melalui pelbagai kegagalan sebelum menemui Microsoft bersama Paul Allen. Contohnya Bill Gates memulakan perniagaan pertama beliau iaitu Traf-0-Data, yang mana telah mengalami kegagalan. Manakala Jeff Bezos dengan mudah menemui resepi kejayaan.

Walau-bagaimanapun Jeff Bezos sangat terkenal sebagai seorang Womanizer atau gemar berfoya-foya. Kita sudah sedia maklum bahawa penceraian rumahtangga Jeff Bezos pada tahun 2019, salah satu kontroversi besar kepada imej diri beliau.
Kesimpulannya, Bill Gates telah memenangi kategori ini, bukan disebabkan Jeff Bezos kurang berwawasan, tetapi Bill Gates lebih banyak bangkit daripada kegagalan dan sangat fokus kepada masa hadapan; berbanding Jeff Bezos yang sekali-sekala terarah ke dunia hiburan.
7. Perbandingan Keberanian
Dalam kategori ini, mereka mendapat mata yang sama atau seri, kerana kedua-duanya sangat berani menghadapi risiko dalam perniagaan. Bill Gates dengan mudah sanggup melepaskan peluang untuk meneruskan persekolahan beliau di Harvard University, demi membina empayar perniagaan beliau semasa kemuncak fenomena Dotcom.
Manakala Jeff Bezos memulakan empayar perniagaannya daripada rumah beliau sendiri, tanpa bantuan kewangan yang kukuh.
8. Perbandingan Sifat Optimis
Sekali lagi mereka seri dalam kategori ini, kerana kedua-duanya tidak mengutamakan duit semata-mata dalam membangunkan empayar perniagaan mereka. Walaupun Bill Gates mendapat reputasi manusia terkaya sejak beliau berumur 31 tahun, namun beliau tidak hanya mengutamakan wang dalam perniagaan; dan telah pun menyerahkan sebahagian besar kekayaan beliau kepada badan-badan kebajikan.
Demikian juga halnya dengan Jeff Bezos. Beliau amat mengutamakan kepuasan pelanggan berbanding syarikat beliau sendiri. Hasil daripada usaha beliau, maka semakin ramai pelanggan setia yang kembali menggunakan perkhidmatan dan produk Amazon.
Kedua-duanya Hebat
Akhir kata, kita dapat lihat bagaimana Jeff Bezos berjaya mengatasi Bill Gates secara keseluruhannya. Namun ini tidak bermakna kita boleh mengatakan Jeff Bezos lebih hebat atau sebaliknya, kerana mereka berdua boleh dikatakan sebagai sama-sama hebat dan sama-sama cemerlang.