Popsical Ingin Mengenalkan Pengalaman Karaoke Futuristik Ke Lebih Banyak Kediaman Dengan Outlet Khusus Pertama Di Malaysia

KUALA LUMPUR, Malaysia, 22 Mac 2019 /PRNewswire/ — POPSICAL, jenama di sebalik sistem karaoke pintar dan yang paling kecil telah membuka outlet khusus di Malaysia di tingkat tiga (# T013E) Mid Valley Megamall, di mana ia berhasrat untuk memperkenalkan pengalaman nyanyian di rumah yang terbaik untuk mereka yang gemar menyanyi.

Ditubuhkan oleh Popsical Karaoke Sdn. Bhd., mereka yang gemar menyanyi kini boleh mendendangkan suara mereka dengan menguji dan membeli produknya dari outlet ini.

Outlet ini adalah yang pertama di antara yang lain yang dirancangkan untuk dibuka di seluruh Malaysia tatkala ia memulakan pelan pengembangan serantaunya di Asia Tenggara dan kawasan lain.

Sambutan Pembukaan Umum Outlet Sabtu ini 23 Mac 2019

Popsical akan mengadakan sambutan pembukaan rasmi outlet ini pada Sabtu ini, 23 Mac 2019 dari jam 11 pagi hingga 9 malam dan para pelanggan akan diberikan tawaran istimewa sehingga RM500 diskaun daripada harga biasa peralatan karaoke Popsical Remix, sesi ramah tamah dengan selebriti seperti Amyra Rosli dan Ben Ladin dan menerima beg hadiah edisi terhad.

Mereka yang tidak dapat kunjungi outlet ini juga boleh menikmati Popsical Remix dengan harga istimewa RM999 (U.P. RM1499) dengan menggunakan kod promosi POP23 ketika membeli di www.popsical.com.

Latar Belakang Popsical

Popsical diasaskan pada tahun 2016 oleh tiga peminat karaoke yang bertekad untuk memperbaiki pengalaman karaoke. Popsical merupakan generasi akan datang Karaoke – sistem berasaskan awan yang mempunyai semua ciri-ciri set karaoke tradisional dan banyak lagi.

Sistem karaoke tradisional biasanya bersaiz besar, mahal, dan mengehadkan pilihan lagu anda kepada CD yang tersedia atau lagu yang disimpan secara dalaman. Popsical membawa perkakasan terbaik dan perisian antara muka pengguna yang lancar untuk menyampaikan pengalaman karaoke yang hebat, dan apa yang anda perlukan adalah sambungan internet untuk menyemak imbas pustaka karaoke yang semakin berkembang yang terdiri daripada lebih daripada 200,000 lagu dalam 14 bahasa yang berbeza. Popsical Remix juga dilengkapi dengan kesan modulasi suara dan kesan pengoptimuman nada yang akan memastikan pengalaman menyanyi terbaik untuk semua.

Artikel penuh tersedia di: https://my.popsical.com/blogs/news/smart-karaoke-popsical-has-opened-its-flagship-store-in-mid-valley-megamall-to-introduce-the-future-of-karaoke-to-Malaysia

Laman Sesawang: www.popsical.com
Halaman Facebook: www.facebook.com/popsicalkaraokemy

Sumber: Popsical Karaoke Sdn. Bhd.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.