QS: Universiti-universiti Terbaik Dunia bagi 48 Subjek Didedahkan

LONDON, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ —

Portfolio kedudukan universiti yang paling banyak dirujuki di dunia[1], disiarkan hari ini oleh penganalisis pendidikan tinggi global QS Quacquarelli Symonds, menyenaraikan 1222 universiti di 78 negara melibatkan 48 subjek tunggal dan lima bidang subjek yang luas. Kedudukan Universiti Dunia QS mengikut Subjek menampilkan pandangan daripada 83,000 ilmuwan, yang menyumbang lebih 1.25 juta pencalonan kepada Academic Survey QS manakala 42,000 majikan, menyumbang 199,123 pencalonan kepadaEmployer Survey QS; 150 juta petikan diperoleh daripada 22 juta kertas akademik dianalisis bagi menyusun kedudukan berkenaan.

Trend Utama

  • Bilangan bagi kedudukan nombor satu yang dipegang oleh universiti-universiti AS berkurangan daripada 34 pada tahun 2018 kepada 28 pada tahun 2019;
  • Harvard University kekal sebagai peneraju dunia, menduduki kedudukan pertama untuk 12 subjek, diikuti dengan MIT, yang mendahului kedudukan untuk 11 subjek.
  • Switzerland menjadi sistem pendidikan tinggi ketiga terbaik di dunia. Prestasi mengagumkan daripada ETH Zurich bermakna hanya Amerika Syarikat dan United Kingdom menempati lebih banyak kedudukan 10 terbaik;
  • United Kingdom kekal bertahan meskipun wujudnya ketidakpastian Brexit, meningkatkan bilangan kedudukan nombor satunya daripada 10 kepada 13 dan mempertingkat prestasi penyelidikan merangkumi semua;
  • Singapura merupakan sistem cemerlang Asia, dengan lebih banyak 10 jabatan universiti terbaik berbanding universiti-universiti selebihnya di benua tersebut setelah digabungkan;
  • China terus meningkatkan daya saingnya, mencatatkan bilangan lebih tinggi bagi 50 jabatan terbaik berbanding sebelum ini;
  • Brazil terus dilanda masalah, merosot kedudukannya pada kadar lebih tinggi berbanding purata Amerika Latin.

Kedudukan Universiti Dunia QS mengikut Subjek 2019:
10 negara terbaik mengikut bilangan
10 jabatan terbaik

Lokasi

 Bilangan 10 jabatan terbaik

Amerika Syarikat

234

United Kingdom

137

Switzerland

22

Australia

18

Kanada

15

Singapura

14

Belanda

12

Itali

6

Tanah Besar China

4

Sweden

4

(c) TopUniversities.com

Ben Sowter, Pengarah Penyelidikan di QS berkata: “Naratif utama yang timbul di sini barangkali merupakan kemerosotan yang tidak dapat dielakkan lagi terhadap keunggulan Amerika Syarikat. Sejak tahun 2015, ia telah kehilangan 10% daripada jabatan penyelidikan terbaiknya, dengan China, Australia dan United Kingdom menjadi negara-negara yang mendapat faedah utama. Prestasi penyelidikan UK kekal mantap meskipun berlakunya pemotongan dana yang banyak, walaupun sumbangan yang diberikan oleh kolaborasi penyelidikan EU terhadap kejayaan ini tidak dapat dipertikaikan lagi.”

Peneraju Universiti

Subjek

Harvard

12

MIT

11

Oxford

6

UCL

2

Universiti-universiti yang mendahului untuk satu Subjek

British Columbia, Cambridge, Colorado School of Mines, Ecole Hôtelière de Lausanne, ETH Zurich, Julliard School, Karolinska Institute, LSE, Loughborough, Royal College of Art, Royal Veterinary College, La Sapienza, Stanford, University of Amsterdam, University of Music and Performing Arts Vienna, UPenn, Pittsburgh, Sussex, Wageningen.

Metodologi

[1] ‘Paling banyak dirujuki’ merujuk kepada data daripada platform pemantauan media Meltwater, disokong oleh pandangan daripada SimilarWeb, Alexa dan Google Analytics.

Sumber: QS Quacquarelli Symonds
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.