Huawei Siar Kertas Putih Ramalan Wi-Fi 6, Takrifkan Standard Baharu untuk Wi-Fi Perusahaan Berkualiti Tinggi

BARCELONA, Sepanyol, 28 Februari 2019 /PRNewswire/ — Huawei menyiarkan kertas putih Unleashing the Power of Wi-Fi, Enterprise-Grade Wi-Fi 6 Forecast 2019-2023 (Mencetuskan Kuasa Wi-FI, Ramalan Wi-Fi 6 Gred-Perusahaan 2019-2023) semasa Kongres Dunia Mudah Alih (MWC2019) yang diadakan di Barcelona, Sepanyol. Berdasarkan standard, cip, terminal, peranti dan aplikasi, laporan ini menawarkan pertimbangan objektif tentang penggunaan komersial berskala tinggi Wi-Fi 6. Laporan ini turut menggabungkan pandangan-pandangan daripada organisasi-organisasi standard industri dan para penganalisis industri bagi menyimpulkan bahawa tahun 2019 akan menjadi tahun untuk Wi-Fi 6 dan Wi-Fi 6 akan digunakan oleh 90% perusahaan menjelang tahun 2023. Secara ringkasnya, Wi-Fi akan menjadi teknologi rangkaian asas yang menyokong pengeluaran profesional dan pendigitalan perkhidmatan.

Menurut kertas putih ini, dalam tempoh tiga hingga lima tahun akan datang, teknologi-teknologi seperti Video Ultra HD 4K/8K, IoT, realiti maya (VR), realiti imbuhan (AR) dan kenderaan berpandu automatik (AGV) akan digunakan secara meluas dalam bidang pendidikan, perusahaan dan pengautomatan perindustrian. Kertas putih ini turut menekankan mengapa Wi-Fi 6 akan dapat memenuhi keperluan pembangunan masa depan dari segi lebar jalur, kependaman, kualiti sambungan, kecekapan transmisi dan pengurusan penggunaan kuasa terminal. Berdasarkan senario aplikasi sebenar pelanggan, kertas putih ini menganalisis secara komprehensif kesediaan rantaian industri Wi-Fi 6. Kertas putih ini menyatakan bahawa mana-mana perusahaan digital akan perlu memanfaatkan teknologi Wi-Fi 6 untuk membangunkan rangkaian berkualiti tinggi dengan lebar jalur yang tinggi, kependaman rendah dan keandalan tinggi – kesemuanya sambil memastikan ia kekal bebas-penyelenggaraan.

Wi-Fi Alliance® – sebuah organisasi industri Wi-Fi berwibawa bertaraf global – menakrifkan semula penamaan standard Wi-Fi pada bulan Oktober 2018, mengemukakan istilah generasi baharu dan nama Wi-Fi 6.

“Pembangunan masa depan industri Wi-Fi adalah menarik. Ia menjadi kewajipan kami, serta penghormatan buat kami untuk mempromosi pembangunan industri Wi-Fi bersama-sama Wi-Fi Alliance,” kata En. Steven Zhao, Presiden Domain Rangkaian Kampus, Rangkaian Produk Komunikasi Data Huawei. “Rangkaian Wi-Fi menjadi bahagian penting dalam transformasi digital perusahaan. Walau bagaimanapun, rangkaian tanpa wayar perusahaan semasa berdepan dengan cabaran melibatkan pengalaman yang sedikit, O&M yang rumit dan tahap keselamatan yang rendah. Sebagai anggota dalam industri Wi-Fi, Huawei berharap dapat mempromosi pembangunan industri dengan menyiarkan kertas putih Mencetuskan Kuasa Wi-FI, Ramalan Wi-Fi 6 Gred-Perusahaan 2019-2023. Dengan cara ini, lebih banyak perusahaan dapat menggunakan Wi-Fi 6 untuk membangunkan rangkaian tanpa wayar berkualiti tinggi menerusi peluang paling awal dan menyokong perusahaan dalam menggunakan perkhidmatan yang lebih bersifat digital dan pintar.”

“Tatkala Wi-Fi memasuki tahun ke-20nya, kami teruja untuk melihat penerimaan luas Wi-Fi 6 yang akan meningkatkan pengalaman pengguna Wi-Fi dengan mempertingkat prestasi, kapasiti dan liputan,” kata Edgar Figueroa, presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif, Wi-Fi Alliance. “Wi-Fi Alliance akan melancarkan Wi-Fi CERTIFIED 6™ pada suku ketiga tahun 2019, memberi jaminan bahawa suatu peranti memenuhi standard kebolehoperasian dan keselamatan yang dipersetujui oleh industri.”

Pada sidang akhbar ini, En. Zhou turut berkongsi amalan komersial Huawei dalam Wi-Fi 6. Pada tahun 2014, Huawei mengambil bahagian dalam penggubalan standard Wi-Fi generasi seterusnya ini. Dengan kakitangannya bertugas sebagai pengerusi kumpulan kerja standard IEEE 802.11ax, Huawei berganding bahu dengan ahli-ahli pasukan untuk mempromosi secara aktif penggubalan standard berkenaan. Bagi mendepani era Wi-Fi 6 baharu, Huawei merupakan vendor pertama yang melancarkan produk-produk Wi-Fi 6 untuk kegunaan komersial yang ditentusahkan oleh Tolly Group, sebuah organisasi ujian berwibawa peringkat antarabangsa. Laporan ujian Tolly membuktikan bahawa AP Wi-Fi Huawei memiliki prestasi tertinggi antara produk-produk Wi-Fi 6 yang telahpun ditentusahkan olehnya.

Muat turun laporan penuh di sini:
https://e.huawei.com/en/products/enterprise-networking/wlan/wifi-6/industry-white-paper

Sumber: Huawei
Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

seeNI Memperkenalkan Hala Tuju Baharu Menghubungkan Kandungan, Komuniti dan Komersial

PETALING JAYA, 29 Oktober 2026 – Nu Ideaktiv Sdn Bhd, syarikat usaha sama antara Astro dan Kumpulan Media Karangkraf, menyatukan portfolio jenama medianya di bawah jenama seeNI sebagai sebahagian daripada strategi untuk membuka peluang pertumbuhan baharu melalui kandungan berjenama, penajaan, kempen yang melibatkan bakat dan kerjasama komersial.

Berteraskan Komuniti, Kandungan dan Komersial, peralihan ini menggantikan identiti Nu Ideaktiv kepada seeNI. Langkah ini menyediakan satu pintu masuk kepada pengiklan dan agensi untuk mengakses jenama media, bakat komuniti dan kepakaran kreatif syarikat bagi mencapai matlamat perniagaan yang sama.
Portfolio ini merangkumi antaranya seeNI Creator Academy, Media Hiburan, Borak seeNI, NONA, Remaja, Roda Panas, Rasa, Mingguan Wanita, Keluarga dan Pa&Ma. Penyatuan kekuatan jenama ini bertujuan memperluas nilai komersial merentas minat dan peringkat kehidupan khalayak, melangkaui penawaran berasaskan satu jenama atau penempatan iklan secara berasingan.

Melalui tiga tunjang tersebut, Komuniti menghubungkan khalayak melalui minat dan pengalaman bersama; Kandungan menggabungkan jenama media, penceritaan, kepakaran produksi dan bakat; manakala Komersial menterjemahkan hubungan itu kepada peluang kempen bersepadu, penajaan dan kerjasama. Gabungan ini menjadi asas untuk memadankan matlamat pelanggan dengan khalayak serta pendekatan interaksi yang bersesuaian.

Ketua Pegawai Eksekutif Nu Ideaktiv Sdn. Bhd., Encik Syamil Fahim Mohamed Fahim, berkata,
“Peralihan daripada Nu Ideaktiv kepada seeNI bukan sekadar perubahan identiti jenama. Ia mencerminkan aspirasi kami untuk menghimpunkan jenama media, bakat dan komuniti dalam satu ekosistem yang lebih bersepadu, sekali gus mewujudkan nilai yang lebih besar kepada pengguna dan rakan komersial kami.

Menerusi Komuniti, Kandungan dan Komersial, kami mahu melangkaui penempatan iklan secara berasingan dengan menawarkan peluang yang lebih menyeluruh kepada jenama untuk berhubung dengan khalayak melalui kandungan yang relevan, bakat dan penglibatan yang bermakna. Dalam melangkah ke fasa baharu ini, keutamaan kami adalah untuk memperkukuh kerjasama, membuka peluang pendapatan baharu dan membina perniagaan yang lebih mampan untuk masa hadapan.”

Menerusi seeNI Collective, seeNI menggabungkan kekuatan kandungan, komuniti, bakat kreatif dan rakan strategik untuk membuka peluang kerjasama melangkaui pengiklanan konvensional. Antara kerjasama yang diketengahkan termasuk TVS dan Novel Karangkraf dalam penerbitan serta adaptasi kandungan, Komet Productions dalam usaha memperkasa bakat baharu industri kreatif menerusi seeNI Story Lab, serta Kuala Lumpur Fashion Week (KLFW) dan Fashionably Modest Asia (FMA) dalam bidang fesyen dan gaya hidup. Kesemua kerjasama ini bertujuan memperluas peluang untuk jenama berhubung dengan audiens melalui pelbagai platform dan pengalaman.

Sementara itu, seeNI Talent dirangka untuk memadankan bakat yang sesuai dengan kandungan, kempen jenama, acara dan peluang komersial berdasarkan rekod kerja, kesesuaian khalayak serta kesediaan bakat untuk terlibat. Kedua-dua penawaran ini menyokong penyelesaian yang lebih bersepadu kepada keperluan pelanggan dengan menggabungkan keupayaan mengikut khalayak sasaran dan matlamat komersial.

The New World of seeNI – mengetengahkan hala tuju seeNI hari ini di D’Theatre Malaysia, Hextar World at Empire City. Acara ini memperkenalkan barisan kandungan seeNI untuk tahun 2027, barisan bakat serta peluang kerjasama kepada pengiklan, peneraju jenama dan pemain industri lain.

Acara ini menandakan satu pencapaian komersial penting dalam transformasi berterusan seeNI. Berpandukan More Begins Here, seeNI berhasrat menyediakan sebuah destinasi bersepadu yang membolehkan pelanggan meneroka lebih banyak kandungan, di samping membuka peluang baharu untuk perniagaan berkembang.