Warren Buffet : Tokoh Pelaburan Saham

Warren Buffet dilahirkan di Nebraska pada 30 Ogos 1930. Nilai aset terkumpul beliau pada 2021 dilaporkan mencecah US$96 bilion dan merupakan individu ke-6 terkaya di dunia berdasarkan Forbes.

Buffet telah terdedah dengan dunia pelaburan saham sejak remaja lagi. Ketika umurnya 11 tahun, beliau telah mula membeli saham syarikat Cities Service, sebuah syarikat minyak dengan harga $38 sesaham. Beliau seorang yang gemar membaca dan bijak mencari wang sejak kecil.

Ketika berumur 15 tahun, Buffet mengambil upah sebagai budak penghantar surat khabar dengan kadar upah US$175 sebulan. Dua tahun kemudian beliau dan rakan sekolahnya membeli pinball machine yang berharga US$25 dan meletakkannya di kedai gunting rambut terdekat.

Memandangkan pinball machine mendapat sambutan, beliau telah menambah dua unit lagi dan meletakkannya di kawasan yang berlainan. Perniagaan ini kemudian dijual kepada pesara tentera dengan harga US$1200.

Columbia University

Ketika berumur 20 tahun, permohonan Buffet untuk melanjutkan pelajaran ke Harvard University ditolak jadi beliau membuat keputusan untuk ke Columbia University setelah mengetahui Ben Graham dan David Dodd, dua penganalisis sekuriti yang terkenal pada ketika itu juga merupakan tenaga pengajar disana.

Setelah tamat pengajian, Buffet ingin memulakan kerjaya di Wall Street tetapi mendapat tentangan oleh bapanya, Horward juga mentor beliau, Graham. Graham sebaliknya menawarkan pekerjaan kepada Buffet dengan gaji tahunan US$ 12,000 setahun.

Pada tahun 1956 beliau membuat keputusan untuk bekerja sendiri dan menubuhkan Buffet Associates Ltd dimana ahli keluarga dan rakan terdekatnya sama-sama menyumbang dana permulaan sebanyak US$ 105,000.

Dalam tempoh 13 tahun beliau menguruskan dana, nilai pelaburan beliau meningkat kepada US$ 105 juta dan dari tempoh 1956 hingga 1969, pelaburan beliau tidak mengalami sebarang kerugian walaupun terdapat turun naik dalam pasaran saham.

Buffet berpegang kepada prinsip utama yang dipelajari dari Graham iaitu untuk berjaya dalam saham, ‘never lose money’.  Beliau sangat teliti dalam membuat kajian sebelum membeli mana-mana saham. Buffet akan melanggan jurnal kewangan dan perniagaan. Beliau turut mendapatkan laporan kewangan syarikat untuk dikaji.

Untuk mengelakkan daripada dipengaruhi dengan khabar angin yang terdapat dalam pasaran, beliau akan mengasingkan diri dengan cara melakukan penyelidikan sendiri dan banyak menghabiskan masa memikirkan tentang pelaburan beliau.

Buffet juga tidak mudah terpengaruh dengan desakan atau tindakan orang ramai. Sebagai contoh sekitar tahun 60-an, apabila ramai pelabur di pasaran mula menaruh minat terhadap saham-saham syarikat berteknologi tinggi dan saham konglomerat, beliau memilih saham-saham syarikat kecil yang kebanyakannya tidak disentuh oleh cerita-cerita dalam akhbar.

Luangkan masa untuk menonton dokumentari khas mengenai bilionaire terkenal ini yang betajuk Becoming Warren Buffet dimana ia memaparkan kisah hidup harian secara sederhana serta perjalanan kisah hidup beliau menguruskan empayar perniagaannya.

Previous ArticleNext Article
An introverted chocoholic whom happened to be involved in content curation and stock trading

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.