SC Keluar Garis Panduan untuk Penubuhan Bursa Sosial Pertama Malaysia

Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) hari ini mengeluarkan Garis Panduan mengenai Platform Bursa Sosial (Garis Panduan), bertujuan membuka laluan kepada penubuhan bursa sosial pertama Malaysia untuk memudahkan pengumpulan dana bagi projek impak sosial.

Bursa sosial tersebut akan menyediakan saluran pengumpulan dana yang telus untuk pertubuhan bukan untung (NPO) untuk mengumpul dana bagi projek impak sosial yang layak, sejajar dengan agenda kemampanan dan keterangkuman Malaysia.

SC berkata bursa itu akan meluaskan peranan pasaran modal untuk menyokong pengumpulan dana bagi sektor ketiga Malaysia serta membina kepercayaan dalam pengumpulan dana oleh NPO.

“Selaras dengan keutamaan Rancangan Malaysia Ke-13, Bursa Sosial memastikan ketelusan dan kebertanggungjawaban dalam mengumpul dana ke arah projek yang berimpak sosial,” kata Pengerusi SC Dato’ Mohammad Faiz Azmi.

“Ini akan mengukuhkan kepercayaan orang ramai dan menggembleng lebih banyak sumber ke arah impak sosial yang bermakna,” katanya.

Garis Panduan yang dikeluarkan hari ini menetapkan keperluan untuk pengendali platform Bursa Sosial dan NPO, termasuk kelayakan, pendedahan dan pelaporan mandatori untuk beri jaminan kepada penderma tentang cara dana digunakan dan hasil dicapai.

Permohonan untuk mengendalikan bursa sosial dibuka hari ini, 19 September 2025. Sehubungan itu, NPO yang berminat boleh menyemak Garis Panduan untuk memahami dan bersedia untuk penyertaan.

Garis Panduan berkuat kuasa serta-merta dan tersedia di sini .

Previous ArticleNext Article

Pelancaran Kempen #SamaSamaWebull: Membuka Akses Mudah kepada Dagangan & Ganjaran Mewah

KUALA LUMPUR, 23 SEPTEMBER 2025Webull Malaysia, anak syarikat Webull Corporation (NASDAQ: BULL), pemilik platform dagangan Webull, dengan sukacitanya mengumumkan pelancaran kempen terbarunya – #SamaSamaWebull! Sama ada anda seorang pelabur berpengalaman atau baru berjinak-jinak dalam dunia pelaburan, Webull bersedia untuk menjadikan pengalaman melabur lebih pintar, mudah, dan menguntungkan. Dengan menawarkan sifar yuran platform dan 0% komisen bagi saham tempatan, Webull komited untuk menjadikan pasaran global lebih mudah diakses dan kos efektif untuk rakyat Malaysia.

Peserta berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM80,000 hanya dengan memuat turun aplikasi Webull dari App Store atau Google Play. Sertai kempen #SamaSamaWebull dengan menyelesaikan beberapa tugasan mudah: mulakan dengan mendaftar akaun, kemudian muat naik gambar anda bersama Webull di laman web kempen. Tambahkan lagi peluang penyertaan anda dengan membuka akaun Webull, membuat deposit RM500 atau RM2,000. Setiap tugasan yang  diselesaikan melayakkan anda untuk menyertai cabutan bertuah, lebih banyak tugasan diselesaikan, semakin tinggi peluang anda untuk menang. Antara hadiah menarik yang ditawarkan termasuk sepasang jam tangan Tudor, penginapan mewah di Park Hyatt Kuala Lumpur, iPhone 17 , dan banyak lagi. Inilah masanya yang terbaik untuk anda memulakan perjalanan dagangan anda dan berpeluang menang besar bersama Webull.

Bagi menggalakkan penyertaan komuniti dalam kempen ini, Webull Malaysia turut mengadakan aktiviti luar talian di stesen MRT terpilih di seluruh Lembah Klang dari 18 Ogos hingga 14 November. Orang ramai boleh menemui pasukan Webull di TRX (16 Ogos – 16 Sept), Bukit Bintang (18 Sept – 17 Okt), dan Pasar Seni (19 Okt – 14 Nov) untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan aplikasi Webull. Daftar di lokasi dan nikmati PIN Tambah Nilai TnG RM5 untuk tambang perjalanan anda.

#SamaSamaWebull bukan sekadar kempen, ia adalah pengalaman interaktif yang menyeronokkan untuk membantu rakyat Malaysia mengenali dunia dagangan dengan lebih mudah, sambil berpeluang menikmati ganjaran hebat. Kami berbesar hati kerana dapat membawa platform kami terus kepada komuniti, memberi peluang kepada rakyat Malaysia untuk memenangi pelbagai hadiah sambil mengetahui betapa mudahnya untuk memulakan dagangan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Webull Malaysia, Kenneth Chan.

“Sebagai sebahagian daripada promosi istimewa yang berlangsung hingga Disember 2025, pengguna boleh menikmati 0% komisen untuk saham Malaysia serta ganjaran sehingga RM400, tertakluk kepada terma dan syarat,” jelas beliau lagi.

Webull Malaysia ialah broker digital dikawal selia sepenuhnya yang menawarkan akses lancar kepada pasaran global, termasuk Malaysia, Amerika Syarikat, Hong Kong dan saham A-China,  semuanya tanpa yuran platform. Platform ini turut menawarkan pilihan perbankan patuh Syariah, memberikan pelabur fleksibiliti untuk memilih antara saluran konvensional atau Islamik, dengan deposit masa nyata untuk pengalaman dagangan yang lancar.

Dengan menjadikan kesederhanaan, ketelusan, dan keselamatan sebagai teras utamanya, Webull mentakrifkan semula cara rakyat Malaysia mengakses pasaran global, menjadikan pelaburan bukan sahaja lebih mudah, tetapi benar-benar boleh diakses oleh semua.