7 Tips Untuk Menjadi Miskin

Selama ini kami banyak berkongsi tips-tips pengurusan kewangan supaya anak-anak muda tak terjerumus ke lembah kemiskinan.

Apa kata kali ini kami berkongsi pula tips yang sebaliknya.

Nota : Namun kami tidak bertanggungjawab sekiranya tips ini gagal membuatkan anda menjadi miskin.

1. Gaji Baru RM3,500, Tapi Pastikan Lifestyle Serupa Founder Produk Kosmetik

Kereta mesti nak beli yang import. Tiap 7 tahun tukar baru. Telefon mesti kena upgrade tiap kali keluar model baru. Baju mesti beli dekat KLCC. Jam paling cikai pun jenama G-Shock. Setiap bulan pastikan pergi melancong, luar negara lebih afdal

Tak usah acah-acah kaya sangat, sebab benda tu hanya boleh buat korang rasa puas hati seminggu dua saja.

2. Pastikan Belanja Dulu Baru Simpan

Mungkin ramai suka belanja dulu baru simpan sebab dari bangku sekolah lagi tiap kali mak ayah bagi duit mesti dia pesan ‘nah duit ni buat belanja, kalau ada lebih simpan’.

Zaman sekarang ni kalau kau belanja dulu lepas tu baru simpan memang menuju ke jalan kemiskinan.

Apa kata bulan depan bila dapat gaji terus simpan 10%. Jangan kacau duit tu dan jangan keluarkan. Kalau boleh, kumpul dan park duit tu beli saham ‘blue chip’ dekat Bursa Malaysia atau Wall Street. Mana tahu harga saham tu naik macam saham Tesla.

Baca juga 5 Apps dan Web Seorang Pelabur Saham Global Perlu Tahu dan 10 Perkara Mengenai Saham Coca-Cola dan Pepsi Yang Anda Kena Tahu

3. Percaya Bahawa Menyewa Itu Tanda Kau Gagal

Ini adalah salah faham yang biasa. Walaupun terdapat kebaikan dan keburukan bila cerita tentang Sewa Vs Beli ni, apa yang pasti menyewa tu bukan satu dosa.

Kalau beli, kita dapat menikmati kenaikan harga rumah, jadi nanti boleh dijual semula atau refinance apabila harga naik – dapat cash. Kalau sewa pula, kita ada duit lebihan untuk dilabur atau dikembangkan, boleh jual beli saham – untung dapat cash, silap haribulan dividen pun dapat.

4. Takut Nak Sedekah

Tak jatuh miskin jika kita bersedekah. Bersedekahlah pada mereka yang memerlukan. Bagilah pada mak ayah kita, anak yatim piatu, ibu tunggal yang susah atau bagi pada pelajar-pelajar di Universiti kerana dengarnya ramai ikat perut. Sekali-sekala, belanjalah juga kawan-kawan kita makan.

Allah SWT berfirman di dalam surah Saba’, ayat 34 yang bermaksud: “Katakanlah! Sesungguhnya, Tuhanku melapangkan rezeki dan menyekatnya kepada siapa yang Dia kehendaki di antara hamba-hamba-Nya; Dan apa sahaja yang kamu berikan, Allah akan menggantinya dan Dialah Pemberi Rezeki yang terbaik.”

Bukankah jelas dengan memberi kepada orang lain, Allah akan memberi dan menggantinya dengan benda yang lebih baik? Ke korang tak yakin dengan ayat Al-Quran atas ni?

5. Bayar Minimum

Semua benda bila beli nak ‘swipe-swipe’ / guna kad kredit tetapi kalau istiqamah bayar MINIMUM saja setiap bulan, itu memang jalan yang lurus ke arah kemiskinan.

Cubalah sendiri.

6. Yakin Takaful Itu Tak Penting

Statistik 2018 kata hanya 15% rakyat Malaysia ada Takaful. Jika dilihat daripada segi bilangan, sekarang ini terdapat sekitar 18.9 juta rakyat Malaysia yang beragama Islam. Seandainya dianggarkan kesemua 15% yang memiliki pelan perlindungan Takaful tadi adalah beragama Islam, ini bermakna masih terdapat sekitar 16.1 juta yang tidak memiliki perlindungan.

Kesihatan adalah anugerah yang tidak ternilai. Jadi, kalau sanggup bergolok bergadai / pinjam Ah Long masa nak bayar bil hospital yang puluhan ribu, tak perlu layan ejen Takaful yang datang menghimpit.

Tak payah juga ambil Takaful kalau yakin ada DNA Captain Marvel.

Baca juga 6 Sebab Orang Lari Daripada Ejen Takaful

7. Tak Follow Facebook Anak-Anak Ahmad

Korang kenal dengan Tuan Azizul Azli Ahmad atau Tuan Hj Asri Ahmad?

Daripada follow influencer yang bukan-bukan dan hari-hari meroyan menagih perhatian, baik follow anak-anak Ahmad ini. Jika belum ikut, maka lengkaplah tips ini. 


Bagi mereka yang dalam tekanan hutang, redha dengan keadaan tersebut, namun tetap perlu usaha untuk mendapat rezeki yang diberkati- walaupun sedikit, ia pastinya dapat membantu kewangan.

Kesemua ini adalah cabaran dan dugaan Allah SWT. Apa yang perlu dilakukan mungkin hanya sedikit perubahan. Sedikit perubahan boleh mengubah semula perjalanan untuk mencapai matlamat kewangan kita.

Pada asasnya, untuk hidup senang (tak miskin), korang hanya perlu buat dua perkara ni:

Sama ada mengurangkan perbelanjaan, atau menambahkan pendapatan, atau kedua-duanya sekali. 

P/S : Tips ini adalah hasil dari apa yang saya belajar dari orang-orang yang sentiasa mengeluh dengan kehidupan mereka.

 

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Kenapa CIMB Pertimbang Bawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa Saham Indonesia?

Pada 21 Oktober 2026, beberapa laporan media kewangan menyatakan CIMB Group Holdings Bhd, kumpulan perbankan dari Malaysia, sedang menilai kemungkinan membawa anak syarikatnya, PT Bank CIMB Niaga Tbk, keluar daripada Bursa Saham Indonesia atau Indonesia Stock Exchange (IDX).

Bagaimanapun, pada 22 Oktober 2026, CIMB Group mengeluarkan kenyataan menafikan bahawa pihaknya mempunyai rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga. Kumpulan itu menegaskan bahawa tiada keputusan dibuat dan tiada cadangan rasmi dikemukakan berhubung perkara tersebut.

Walaupun begitu, laporan awal berkenaan memberikan gambaran tentang cabaran yang dihadapi syarikat tersenarai apabila perlu memenuhi peraturan pasaran saham dalam keadaan pasaran yang tidak menentu.

1. Peraturan Free Float Semakin Ketat

Antara faktor utama yang mencetuskan spekulasi tersebut ialah perubahan peraturan Bursa Saham Indonesia berkaitan free float, iaitu peratusan saham syarikat yang tersedia untuk dagangan pelabur awam.

CIMB Group dilaporkan memiliki kira-kira 91.4% saham CIMB Niaga. Pegangan yang besar ini menyebabkan bahagian saham yang tersedia untuk dagangan awam menjadi terhad.

Berdasarkan peraturan baharu yang dilaporkan, CIMB Niaga perlu meningkatkan pegangan saham awamnya kepada sekurang-kurangnya 12.5% menjelang Mac 2027 dan 15% menjelang Mac 2028.

Bagi memenuhi keperluan ini, CIMB mempunyai beberapa pilihan, termasuk menjual sebahagian saham kepada pelabur strategik atau menerbitkan saham tambahan kepada pelabur awam.

Namun, setiap pilihan mempunyai implikasi tersendiri terhadap struktur pemilikan, penilaian saham dan kepentingan pemegang saham sedia ada.

2. Saham CIMB Niaga Dianggap Belum Mencerminkan Nilai Sebenar

Faktor kedua ialah penilaian saham atau valuation.

Menurut laporan analisis yang diterbitkan pada 21 Oktober, CIMB melihat saham CIMB Niaga sebagai undervalued, iaitu harga pasaran yang dianggap lebih rendah daripada nilai asas perniagaannya.

CIMB Niaga bukan sekadar sebuah bank yang beroperasi di Indonesia. Bank ini mempunyai perniagaan dalam perbankan korporat, pengurusan kekayaan, perbankan Islam dan perkhidmatan kepada pelanggan berpendapatan tinggi.

Pada 30 Jun 2026, CIMB Niaga dilaporkan mempunyai jumlah aset sekitar 382 trilion rupiah.

Jika harga saham tidak mencerminkan potensi perniagaan tersebut, penjualan pegangan kepada pelabur baharu mungkin tidak menghasilkan nilai yang dianggap memadai oleh pemegang saham induknya.

Dalam keadaan sedemikian, pemilik syarikat mungkin menilai sama ada lebih baik mengekalkan pemilikan jangka panjang berbanding menjual saham pada penilaian pasaran semasa.

3. Pasaran Saham Indonesia Berdepan Ketidaktentuan

Keadaan pasaran turut mempengaruhi pilihan yang tersedia kepada CIMB.

Kebimbangan mengenai ketelusan pasaran dan kemungkinan perubahan klasifikasi pasaran Indonesia oleh MSCI telah menjejaskan sentimen pelabur terhadap saham Indonesia.

Dalam keadaan pasaran yang lemah, usaha menjual sebahagian besar saham kepada pelabur awam melalui penawaran saham sekunder atau re-IPO mungkin menjadi kurang menarik.

CIMB juga perlu mempertimbangkan sama ada pelabur sanggup membeli saham pada penilaian yang memenuhi jangkaan kumpulan tersebut.

Oleh itu, penswastaan muncul sebagai salah satu pilihan yang dibincangkan oleh penganalisis dalam laporan awal berkenaan.

4. Apakah Maksud Membawa CIMB Niaga Keluar Dari Bursa?

Jika sesebuah syarikat dinyahsenaraikan atau delisted, sahamnya tidak lagi didagangkan di bursa saham berkenaan.

Sekiranya proses itu melibatkan penswastaan, syarikat induk lazimnya membeli sebahagian atau semua saham yang dipegang oleh pemegang saham minoriti, tertakluk pada struktur transaksi dan kelulusan yang diperlukan.

Bagi CIMB, langkah sedemikian secara teori boleh memberikan lebih banyak fleksibiliti dalam mengurus modal, menentukan strategi perniagaan dan merancang pertumbuhan CIMB Niaga tanpa tekanan pasaran saham awam yang sama.

Bagaimanapun, penyahsenaraian tidak semestinya bermaksud bank tersebut akan ditutup atau menghentikan operasinya. CIMB Niaga boleh terus beroperasi sebagai bank di Indonesia walaupun tidak lagi tersenarai di bursa.

5. Berapa Kos Untuk Membeli Keluar Pemegang Saham Minoriti?

Laporan media pada 21 Oktober memetik anggaran penganalisis bahawa pembelian keluar pemegang saham minoriti boleh menelan belanja sekitar RM800 juta, bergantung pada harga tawaran dan struktur transaksi.

Angka ini merupakan anggaran analisis, bukannya jumlah yang telah dipersetujui atau diumumkan secara rasmi oleh CIMB Group.

Kos sebenar akan bergantung pada harga saham ketika transaksi dilaksanakan, premium yang ditawarkan kepada pemegang saham minoriti serta sama ada semua pemegang saham minoriti perlu menjual pegangan mereka.

Selain itu, struktur tertentu mungkin membolehkan sebahagian pelabur institusi mengekalkan pegangan dalam entiti yang tidak lagi tersenarai, tertakluk pada peraturan dan kelulusan berkaitan.

Kesimpulan

Laporan mengenai kemungkinan penyahsenaraian CIMB Niaga memperlihatkan bagaimana perubahan peraturan pasaran, penilaian saham dan keadaan pasaran modal boleh mempengaruhi strategi sesebuah kumpulan perbankan.

Walau bagaimanapun, CIMB Group pada 22 Oktober 2026 menafikan laporan mengenai kemungkinan membawa CIMB Niaga keluar daripada Bursa Saham Indonesia. Kumpulan itu menjelaskan bahawa tiada keputusan atau cadangan rasmi dibuat berhubung perkara tersebut.

CIMB turut menegaskan bahawa CIMB Niaga kekal sebagai sebahagian penting daripada rangkaian perbankan serantaunya dan kumpulan itu komited untuk meneruskan operasi di Indonesia serta mematuhi semua keperluan kawal selia yang berkenaan.


Sumber rujukan

  1. The Star — CIMB Group steps up efforts to pursue potential delisting of CIMB Niaga (21 Oktober 2026).
  2. The Edge Malaysia — CIMB weighs taking Indonesian unit private as potential secondary offering loses appeal — analysts (21 Oktober 2026).
  3. The Business Times — Malaysia’s CIMB explores taking Indonesian arm private amid market volatility (21 Oktober 2026).
  4. CIMB Group Holdings Bhd — kenyataan rasmi bertarikh 22 Oktober 2026 yang menafikan rancangan untuk memprivatisasikan CIMB Niaga.