Seamless Air Alliance Tonjol Teknologi Dayakan Ketersambungan Dalam Penerbangan Masa Depan

PARIS, 19 Jun 2019 /PRNewswire/ — Akses internet dalam penerbangan yang menjengkelkan tidak lama lagi akan tinggal sebagai satu sejarah apabila ketersambungan dalam penerbangan generasi seterusnya bersiap sedia menjadi suatu kenyataan. 

Seamless Air Alliance akan mendemonstrasikan beberapa teknologi utama yang terdiri daripada syarikat-syarikat yang terkemuka dalam industri.

Berlangsung pada hari pertama Paris Air Show 2019 dan dengan sokongan ahli-ahli GlobalReach Technology, Sprint dan Boingo, Seamless Air Alliance akan mendemonstrasikan sambungan yang selamat dan lancar kepada Wi-Fi dalam penerbangan yang berprestasi tinggi menggunakan perkhidmatan Wi-Fi Hotspot 2.0 serta membincangkan peluang-peluang yang dibawakan oleh 5G kepada industri penerbangan.

Hotspot 2.0 ialah alatan penting yang menjadi sebahagian daripada kerja-kerja meluas Seamless Air Alliance dalam teknologi Wi-Fi, selular dan 5G tatkala keahliannya terus mempromosikan standard terbuka untuk peralatan sambungan dalam penerbangan.

Seamless Air Alliance logo

“Demonstrasi ini merupakan langkah penting untuk Seamless Air Alliance dalam menonjolkan kemajuan yang dicapai oleh kami sejak beberapa bulan kebelakangan ini. Kami ingin memperkasa syarikat-syarikat penerbangan dengan lebih kawalan ke atas pengalaman ketersambungan yang disediakan kepada penumpang mereka. Spesifikasi terbuka akan menurunkan kos dan kerumitan untuk syarikat-syarikat penerbangan dan menghasilkan pengalaman yang lebih baik untuk berbilion-bilion penumpang di seluruh dunia,” kata Jack Mandala, Ketua Pegawai Eksekutif Seamless Air Alliance.

“Seamless Air Alliance akan membawakan kemajuan industri yang membuatkan kehidupan pelanggan kami lebih baik. Ketersambungan yang lancar dari darat ke udara memberikan tahap kemudahan, produktiviti dan hiburan serba baharu untuk pengembara,” kata Doug Smith, Naib Presiden Pemasaran dan Inovasi Produk, Sprint.

Hari ini, pengendali rangkaian mudah alih di seluruh dunia menggunakan teknologi Hotspot 2.0 untuk mengkonfigurasikan secara automatik peranti pengguna agar terhubung dengan rangkaian Wi-Fi pilihan di lapangan terbang, hotel serta tempat-tempat lain menggunakan protokol penyulitan yang diperlukan, tanpa sebarang interaksi pengguna. Dengan cara yang sama, kelayakan Hotspot 2.0 boleh digunakan untuk melanjutkan rangkaian pembawa demi sambungan dalam penerbangan yang lancar kepada penumpang pengendali-pengendali yang mengambil bahagian.

Mark Carter, Ketua Pegawai Produk di GlobalReach Technology berkata, “Wi-Fi penting untuk pengembara hari ini. Penumpang-penumpang penerbangan ingin kekal terhubung ketika di udara untuk tujuan kerja, hiburan dan komunikasi, seraya menjadikan Wi-Fi dalam penerbangan yang berprestasi tinggi penting. Bagi membezakan pengalaman darat mereka dengan dalam penerbangan, menambah baik penilaian kepuasan dan kesetiaan penumpang, Hotspot 2.0 menyediakan penumpang dengan sambungan yang selamat dan lancar merentas pelbagai peranti dan pesawat.”

“Boingo melancarkan Hotspot 2.0 komersial berskala luas yang pertama di dunia, Boingo Passpoint, di Lapangan Terbang Antarabangsa Chicago O’Hare pada tahun 2013,” kata Dr. Derek Peterson, Ketua Pegawai Teknologi di Boingo. “Kini, kami mendorong lalu lintas Passpoint yang selamat dan lancar daripada pelbagai pembawa di lapangan terbang, arena dan tempat-tempat besar yang lain di seluruh dunia. Boingo ialah peneraju ketersambungan di darat, maka kami berharap dapat bekerjasama dengan rakan-rakan kongsi Seamless Air Alliance untuk mewujudkan sambungan generasi seterusnya di udara.”

Untuk menggalakkan pelbagai keahlian syarikat penerbangan, Seamless Air Alliance mengumumkan peringkat keahlian baharu yang direka untuk membolehkan syarikat-syarikat penerbangan semua saiz untuk menyertainya dan mengambil bahagian. Untuk mengetahui lebih lanjut, atau memulakan proses menjadi ahli Seamless Air Alliance, sila mohon pakej keahlian dengan menghantar emel kepada ([email protected]) atau menghubungi di talian (510-492-4028).

Mesyuarat ahli-ahli Seamless Air Alliance seterusnya akan berlangsung di bekas Ibu Pejabat BBC di White City, West London, 10-11 Julai 2019.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi: www.SeamlessAlliance.com.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.