Selamat Datang SST 6% Untuk Perkhidmatan Penyediaan Pembrokeran Atau Brokerage Fees

MELAKA 31 Dis. – Bermula 1 Mac depan, Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) akan memperluaskan empat lagi skop perkhidmatan bercukai baharu yang dikenakan cukai perkhidmatan di bawah Cukai Jualan dan Perkhidmatan (SST).

Pelaksanaan cukai baharu itu melibatkan perkhidmatan pengendalian taman hiburan; perkhidmatan penyediaan pembrokeran dan penaja jaminan; perkhidmatan pembersihan dan perkhidmatan penyediaan latihan atau tunjuk ajar.

Ketua Pengarah JKDM, Datuk Seri T. Subromaniam berkata, penambahan skop perkhidmatan cukai baharu itu juga dijangka bakal membabitkan anggaran antara 5,000 hingga 10,000 syarikat berdaftar di seluruh negara, selain tidak membebankan golongan keluarga berpendapatan 40 peratus terendah (B40).

“Secara keseluruhan, JKDM menjangkakan akan ada penambahan hasil oleh kerajaan pada tahun depan yang akhirnya hasil (SST) ini dikembali semula kepada rakyat, termasuk kepada golongan B40.

“Sehubungan itu, mana-mana syarikat yang mempunyai perkhidmatan dan nilai perkhidmatan bercukai melebihi RM500,000 setahun sudah boleh mendaftar bermula esok atau sebelum 28 Februari depan,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar mengumumkan pelaksanaan SST terhadap empat skop perkhidmatan baharu itu sempena lawatan beliau ke Melaka, di sebuah hotel petang tadi.

Yang turut hadir, Pengarah JKDM Melaka, Tuang Aleong dan Timbalan Pengarah JKDM negeri (Pengkastaman/Cukai Dalam Negeri), Noriah Abd. Rahman.

Subromaniam berkata, mulai esok juga JKDM akan mengecualikan cukai perkhidmatan kepada orang berdaftar SST dalam Kumpulan G (kumpulan profesional) yang memberikan perkhidmatan sama kepada orang berdaftar lain dalam Kumpulan G.

“Berikutan pengecualian cukai perkhidmatan ini, kita menjangkakan ia akan memberi manfaat kepada 20,000 hingga 25,000 syarikat yang menawarkan perkhidmatan profesional dan pengiklanan,” katanya.

Kredit Sumber: Utusan Online

Ambil tahu juga 4 Jenis Kos Yang Terlibat Semasa Jual Beli Saham dan Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia. Buatlah tindakan yang bijak dan selamat melabur bagi tahun 2019.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.