Senarai Perbandingan Brokerage Fee Untuk Syarikat Broker Patuh Syariah Di Bursa Malaysia

Seperti membeli rumah, terdapat beberapa kos lain yang terlibat bagi melengkapkan transaksi jual beli saham. Antaranya adalah brokerage fee.

Ramai yang tertanya-tanya, bank pelaburan / syarikat broker saham manakah yang menawarkan brokerage fee yang rendah? Jom kita tengok senarai di bawah:

No.Nama Syarikat BrokerPerkhidmatanBrokerage Fee
1Affin-Hwang Investment BankWindow·         0-100k: 0.7%
·         >100k: 0.5%
·         Minima: RM28

Sumber : Affin Hwang Capital

2AmInvestment BankWindow·         0.035%
·         Minima: RM6
3BIMB Securities Sdn BhdFull-fledged·         0-100k: 0.3%
·         >100k: 0.2%
·         Intraday: 0.15%
·         Minima: RM28
4CIMB Investment BankWindow·         0.0388%
·         Minima: RM8.88 (yang mana lebih tinggi)

Sumber : CIMB Bank

5Hong Leong Investment BankWindow·         0.106%
·         Minima: RM8.48

Sumber : Hong Leong Investment Bank

6Jupiter Securities Sdn BhdWindow·         0.10%
·         Intraday: 0.10%
·         Minima: RM10
7Kenanga Investment BankWindow·         0.42%
·         Minima: RM28

Sumber : KenTrade

8Malacca Securities Sdn BhdWindow·         0.05%
·         Minima: RM8 (yang mana lebih tinggi)

Sumber : M+ Online

9Maybank Investment BankWindow·         0.1%
·         Minima: RM8
10RHB Investment BankWindow·         0.42%
·         Minima: RM12

Boleh juga semak senarai syarikat broker saham patuh shariah di Bursa Malaysia-i.

Broker yang menawarkan perkhidmatan “Islamic Window” merupakan sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Konvensional yang menjalankan aktiviti pelaburan patuh Syariah manakala “Full-fledged” broker adalah sebahagian daripada entiti Institusi Kewangan Islam yang menawarkan perkhidmatan patuh Syariah sepenuhnya.

Brokerage Fee Rendah Bukan Segala-galanya

Kita sebagai pelabur, bukan sahaja perlu lihat kepada brokerage fee apabila hendak membuka akaun CDS dan mulakan pelaburan di Bursa Malaysia.

Faktor-faktor lain seperti kemudahan Trading Platform, adanya Mobile Apps yang baik, laporan penyelidikan komprehensif yang disediakan, dan tidak lupa remisier yang baik hati yang boleh bantu kita jika ada sebarang masalah atau mencurahkan ilmu berkenaan pelaburan saham ini.

Jom Buka Akaun CDS

Kami ada berkongsi cara-cara untuk buka akaun CDS. Sila baca Cara Buka Akaun CDS. Kosnya RM10.60 sahaja.

Nak perincian yang lebih, sila rujuk:

*Penafian – Harga brokerage di atas adalah tertakluk kepada perubahan, dan ianya terakhir dikemaskini pada 23 Disember 2017
Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Perdagangan Edaran Malaysia Dijangka Cecah 6.1 Peratus Tahun Ini — Kenanga IB

KUALA LUMPUR, 12 Jun (Bernama) — Pertumbuhan perdagangan edaran Malaysia diunjur pada 6.1 peratus dalam 2026 berbanding 5.6 peratus pada 2025 susulan prestasi lebih kukuh tahun ini yang mengatasi jangkaan awal.

Prestasi itu dipacu oleh usaha seperti pengumpulan stok borong, peningkatan harga berkaitan petroleum serta pemulihan dalam jualan kenderaan motor, menurut Kenanga Investment Bank Bhd (Kenanga IB).

Bank pelaburan itu menyatakan pertumbuhan perdagangan edaran turut meningkat kepada 9.4 peratus daripada 7.5 peratus bagi tempoh Januari-Mac.

“Ini merujuk kepada permintaan awal di tengah-tengah kebimbangan terhadap peningkatan tekanan kos serta ketidaktentuan bekalan.

“Bagaimanapun, prestasi sektor runcit yang lebih sederhana mungkin menandakan momentum asas perbelanjaan pengguna yang mulai kembali normal selepas disokong oleh peningkatan perbelanjaan sempena musim perayaan sebelum ini,” menurutnya dalam nota penyelidikan hari ini.

Bank pelaburan itu memaklumkan lonjakan harga tenaga, ketegangan geopolitik yang ketara serta gangguan rantaian bekalan yang berlanjutan, berpotensi memberi tekanan ke atas aktiviti penggunaan serta perniagaan dalam separuh kedua 2026.

“Pengukuhan pada masa ini berkemungkinan bersifat sementara dan mungkin tidak lagi mampan dalam bulan-bulan akan datang” katanya.

Selain itu, Kenanga IB mengekalkan unjuran pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) Malaysia pada kadar 4.5 peratus bagi 2026 berbanding pertumbuhan 5.2 peratus pada 2025, sekali gus mencerminkan prospek ekonomi yang berhati-hati namun masih kekal optimis.

Petunjuk bulanan termasuk prestasi perdagangan pengedaran lebih kukuh serta pertumbuhan pengeluaran perindustrian pada April yang mengatasi jangkaan menunjukkan aktiviti ekonomi domestik kekal berdaya tahan pada suku kedua 2026.

“Pemulihan dalam aktiviti motor dan jualan borong hanya menunjukkan sokongan peningkatan kepada pertumbuhan jangka masa terdekat, terutama dalam sektor berkaitan perkhidmatan.

“Sehubungan itu, kami mengekalkan unjuran bahawa momentum pertumbuhan akan mengukuh dalam suku kedua sebelum menyederhana dalam separuh kedua jika ketegangan geopolitik terus wujud dan menjejaskan rantaian bekalan.”

— BERNAMA