Buffet Ramadhan – Selera Malaysia Di Mill Café

Untuk bulan Ramadhan yang akan tiba tak lama lagi, Grand Millennium Kuala Lumpur ingin menjemput orang ramai untuk datang berbuka puasa bersama sanak saudara.

Dengan bertemakan ‘Selera Malaysia’, dari 16 Mei ke 14 Jun 2018, master chef hotel akan mempersembahkan lebih daripada 300 makanan tempatan yang asli dan tradisional seperti gulai daging salai, kawah kari kepala ikan, ayam golek, nasi hujan panas, rendang daging, sotong masak hitam, kambing golek, ikan siakap masak sambal, bubur lambuk, lemang, ketupat, serunding, daging panggang premium dan banyak lagi.

Selain daripada itu, bagi mereka yang gemarkan makanan manis, boleh kunjungi bahagian pencuci mulut dengan pelbagai pilihan kuih Raya, kek, pudding, pengat pisang, bubur serawa nangka dan tapai pulut.

Pasukan masakan yang diketuai oleh Eksekutif Chef Laurent Lherisson, termasuk Pakar Masakan Melayu Chef Mohd Ali dari Melaka, Pakar Masakan India Chef Makhan Singh dari New Delhi, Pakar Masakan Barat Unaver Unabia dari Sabah dan Pakar Pastri Chef Joas Kam dari Melaka, telah bersedia untuk membuat masakan terbaik sepanjang bulan Ramadhan nanti.

Terkenal dengan makanan bufet terbaik di Kawasan Bukit Bintang, Mill Café terbuka untuk ahli keluarga dan rakan-rakan yang mahu mendapatkan masakan terbaik. Berharga dari RM158.00 net untuk seorang, promosi bufet ‘Selera Malaysia’ adalah dari jam 7 petang ke 10 malam setiap hari, sepanjang bulan Ramadhan. Dapatkan promosi early bird daripada sekarang hingga 15 Mei 2018 pada harga RM118.00 net untuk seorang.

Untuk lebih eksklusiviti, para tetamu boleh memilih untuk makan di kawasan makan malam separa peribadi yang berdepan dengan lobi hotel. Setiap meja datang dengan set istimewa kubah, termasuk pilihan bufet utama dengan harga RM168.00 net untuk seorang. Sesuai untuk dikongsi lapan ke sepuluh orang, bagi mereka yang ingin mengelak beratur panjang ketika berbuka puasa.

Untuk kumpulan yang lebih besar, Millennium Ballroom menjadi pilihan. Menawarkan tiga menu yang dibuat khusus, pasukan dedikasi hotel amat berbesar hati untuk menguruskan jamuan makan malam istimewa, acara rumah terbuka atau mesyuarat. Pakej bermula dari RM128.00 net untuk seorang manakala pakej mesyuarat bermula dari RM180.00 net dengan pelbagai manfaat.

Untuk tempahan restoran, sila hubungi +60 3 2117 4163 atau emel [email protected]. Untuk tempahan korporat atau berkumpulan, sila hubungi mana-mana ahli acara di talian +60 3 2117 4306 atau emel [email protected].

Semua harga adalah dalam Ringgit Malaysia termasuk servis caj dan GST. Pra-bayaran diperlukan bagi memastikan tempahan.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

UOB Malaysia perkenal nama baharu stesen LRT Bandaraya – UOB

Kuala Lumpur, Malaysia, 3 Oktober 2025 – UOB Malaysia hari ini mengumumkan penjenamaan semula Stesen LRT Bandaraya kepada Stesen LRT Bandaraya – UOB, sekali gus mengukuhkan komitmen Bank untuk membangunkan Kuala Lumpur menjadi lebih hijau dan terhubung. Inisiatif penjenamaan stesen ini menunjukkan wawasan UOB yang progresif dalam menggabungkan  kemampanan dengan mobiliti bandar, sambil meningkatkan keterhubungan harian untuk penduduk bandar yang semakin meningkat.

Dengan lebih satu juta penumpang melalui Stesen LRT Bandaraya – UOB setiap minggu, stesen ini merupakan hab pertukaran penting yang menyediakan akses mudah ke salah satu daerah komersial paling sibuk di Kuala Lumpur.

Majlis pelancaran bersempena penjenamaan semula stesen telah dirasmikan oleh YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan. Turut hadir di majlis tersebut ialah YBhg. Dato’ Seri TPr (Dr.) Maimunah binti Mohd Sharif, Datuk Bandar Kuala Lumpur; Encik Wee Ee Cheong, Timbalan Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan UOB; Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif UOB Malaysia; Encik Amir Hamdan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Prasarana Malaysia Berhad; Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif Prasarana Integrated Development Sdn Bhd (PRIDE); dan Encik Nor Azmi Mohd Yusof, Pemangku Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail Sdn Bhd.

YB Anthony Loke, Menteri Pengangkutan, berkata, “Saya ucapkan tahniah kepada UOB Malaysia atas sokongan mereka terhadap program Hak Penjenamaan Stesen. Penjenamaan semula stesen ini adalah bukti bahawa kerjasama awam-swasta yang erat dapat membuahkan hasil positif bagi rakyat, selain memaksimumkan sumber dan mempertingkat penyampaian perkhidmatan. Penglibatan Bank secara proaktif juga menunjukkan semangat pemilikan dan komitmen teguh dalam meningkatkan landskap pengangkutan awam Kuala Lumpur.”

Puan Ng Wei Wei, Ketua Pegawai Eksekutif, UOB Malaysia, berkata, “Penjenamaan Stesen LRT Bandaraya – UOB bukan sahaja bersifat simbolik, ia melambangkan akar umbi kami di kawasan ini, di mana Menara UOB Kuala Lumpur telah bertapak sejak 1984. Dengan ibu pejabat baharu kami, UOB Plaza 1 KL, hanya beberapa langkah dari stesen, inisiatif ini membolehkan kami memperdalam keterlibatan masyarakat, menyumbang kepada pengalaman bandar raya, selain membantu memajukan pengangkutan awam untuk mengurangkan kesesakan bandar serta menggalakkan kemampanan.”

Encik Syed Redza Algadrie, Ketua Pegawai Eksekutif PRIDE, berkata, “Kami berbesar hati dengan penyertaan UOB Malaysia sebagai rakan kongsi dalam inisiatif Hak Penjenamaan Stesen kami. Melangkaui inisiatif penamaan, penjenamaan stesen adalah pemangkin untuk pewujudan tempat dan juga menjadi kebanggaan masyarakat, di mana hab transit diubah menjadi mercu tanda yang menyerlahkan identiti bandar. Dengan kehadiran UOB Malaysia di Stesen LRT Bandaraya – UOB, kami dapat meningkatkan pengalaman komuter, membuka kunci nilai aset transit kami, dan juga membantu menjadikan Kuala Lumpur lebih bertenaga dan terhubung.”

Stesen LRT Bandaraya – UOB yang dinamakan semula ini menghubungkan kedua-dua Laluan LRT Ampang (Ampang – Sentul Timur) dan Sri Petaling (Sri Petaling – Sentul Timur) dan berintegrasi dengan Laluan LRT Kelana Jaya melalui stesen Masjid Jamek. Ia juga berkhidmat sebagai stesen pertukaran ke Stesen Komuter KTM Bank Negara, menghubungkan penumpang harian ke kedua-dua Laluan KTM Rawang – Seremban dan Sentul – Pelabuhan Klang. Stesen ini juga berdekatan dengan beberapa mercu tanda Kuala Lumpur termasuk Bank Negara Malaysia, Bangunan KWSP, Kompleks Pertama, Menara DBKL, Menara MARA, dan SOGO KL.