Senarai Saham Bawah RM1 Untuk Pemula

“Duit banyak baru boleh melabur saham?”
“Kena ada ribu-ribu baru boleh mula melabur ke?”

Jawapan ringkas: Tak perlu pun.

Ramai masih sangka pelaburan saham ni hanya untuk orang yang banyak duit. Tapi realitinya, dengan RM100 pun dah boleh untuk mula. Tak guna ada modal besar tapi tak boleh nak digandakan.

Contoh Saham Bawah RM1 (sehingga artikel ini ditulis):

1. Pos Malaysia Berhad (RM0.28/unit)

Terlibat dalam sektor pengangkutan dan logistik.

2. DF City Group (RM0.49/unit)

Fokus pada projek hartanah dan pembangunan bandar.

3. Infraharta Holdings (RM0.095/unit)

Terlibat dalam pembinaan dan infrastruktur

4. MajuPerak Holdings (RM0.12/unit)

Projek-projek hartanah sekitar Perak

5. Sinaran Advance Group (RM0.03/unit)

Syarikat kecil, risiko tinggi tapi harga pun sangat rendah

6. Pharmaniaga Berhad (RM0.175/unit)

Terlibat secara langsung dalam pembuatan produk farmaseutikal, pengedaran dan logistik, runcit dan peruncitan digital, serta kontrak kerajaan.

7. CTOS Digital Berhad (RM0.88/unit)

Perniagaan utama CTOS adalah perkhidmatan pelaporan kredit dan analitik, solusi digital dan perisian, serta pendidikan, latihan dan outsourcing.

8. Oriental Kopi Holdings Berhad (RM0.84/unit)

Tergolong dalam sektor consumer products dan servis khususnya food & baverages.

✅ Disahkan patuh Syariah (rujukan: Suruhanjaya Sekuriti, Mei 2025)

✅ Boleh mula dengan bawah RM100 (beli minimum 100 unit)

✅ Risiko rendah untuk pembelajaran & ‘try and learn’

Tips Untuk Beginner Saham:

1. Mula dengan satu saham dulu – Jangan terburu-buru.
2. Belajar baca carta dan ikuti berita syarikat.
3. Fahami pergerakan pasaran saham. Harga naik turun itu normal.
4. Guna aplikasi seperti Bursa Malaysia atau Bursa Academy untuk tambah ilmu secara percuma

Penafian: Prestasi semasa tidak menjamin prestasi pada masa akan datang. Maklumat ini hanya perkongsian untuk tujuan pendidikan & informasi pasaran. Ia bukan nasihat pelaburan. Setiap pelaburan ada risiko, jadi buat kajian sendiri sebelum buat keputusan.

Previous ArticleNext Article

Untung Bersih 99 Speed Mart Lonjak 13.4 Peratus Pada Suku Kedua

KUALA LUMPUR: 99 Speed Mart Retail Holdings Bhd (99 Holdings) mencatat keuntungan bersih RM163.95 juta bagi suku kedua berakhir 30 Jun 2026, meningkat 13.4 peratus daripada RM144.63 juta pada suku sama tahun lalu.

Hasil kumpulan meningkat 13.6 peratus tahun ke tahun kepada RM3.08 bilion daripada RM2.71 bilion sebelumnya, menurut syarikat itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini.

“Peningkatan itu didorong terutamanya oleh pengembangan berterusan rangkaian cawangan, dengan pertambahan bersih 257 cawangan baharu tahun ke tahun, menjadikan jumlah keseluruhan kepada 3,151 cawangan setakat 30 Jun 2026 berbanding 2,894 cawangan setahun sebelumnya.

“Jumlah transaksi jualan meningkat 13.6 peratus kepada 146.4 juta, dengan nilai purata setiap bakul RM21,” menurut syarikat itu.

Bagi tempoh enam bulan berakhir 30 Jun 2026, 99 Holdings mencatat keuntungan bersih RM352.5 juta berbanding RM289.53 juta dalam tempoh sama tahun lalu.

Hasil bagi tempoh enam bulan pula meningkat kepada RM6.14 bilion daripada RM5.32 bilion sebelumnya.

Selain itu, platform e-dagang jualan pukal syarikat terus mencatat pertumbuhan kukuh apabila hasil meningkat 80.5 peratus tahun ke tahun kepada RM50.2 juta bagi enam bulan berakhir 30 Jun 2026.

Pengasas merangkap Ketua Pegawai Eksekutif 99 Holdings, Lee Thiam Wah, berkata momentum pertumbuhan positif pada suku berkenaan disokong pengembangan berterusan rangkaian cawangan serta pelaksanaan waktu operasi lebih awal di seluruh negara.

Thiam Wah berkata tumpuan berterusan terhadap kecekapan operasi turut mula memberikan manfaat ketara kepada kumpulan.

Menurutnya, inisiatif penjimatan tenaga dan penggunaan peralatan membantu mengurangkan kos utiliti serta meningkatkan kecekapan kos merentasi operasi kumpulan.

“Dengan rangkaian cawangan kami terus berkembang, kami kekal komited untuk memperkukuh rantaian bekalan bagi menyokong kecekapan operasi,” katanya.

Beliau berkata kumpulan itu juga terus memperluas penawaran produk bagi memenuhi keperluan pelanggan yang berubah susulan sambutan menggalakkan terhadap rangkaian peralatan rumah terpilih.

Rangkaian berkenaan kini diperluas ke semua cawangan di seluruh negara dan turut ditawarkan menerusi platform 99 Bulksales bagi memenuhi keperluan pelanggan korporat serta pembelian secara pukal.