Seminar Pelaburan Saham Terbesar Di Malaysia Bakal Diadakan Secara Percuma Dan Menawarkan Hadiah Wang Tunai Terkumpul Bernilai RM120,000

Seiring dengan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dan Total Lockdown oleh pihak kerajaan Malaysia, Vega Hermosa International Sdn bhd bersama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) mengambil langkah proaktif bagi membantu seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan situasi semasa. Pandemik yang berlaku telah menyebabkan puluhan ribu perniagaan terpaksa ditutup, ratusan ribu orang pekerja hilang pekerjaan.

Atas dasar prihatin, demi membantu seluruh rakyat Malaysia berhadapan dengan impak pandemik yang melanda dunia sekarang, Vega Hermosa International Sdn bhd bersama Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) akan mengadakan Seminar Saham Terbesar di Malaysia, iaitu Menang Saham Online Bersama DDNK secara percuma.

Pada masa yang sama, bagi mengurangkan impak kewangan yang ditanggung oleh rakyat Malaysia, Peraduan “Daftar, Belajar dan Menang” dilancarkan dengan menawarkan hadiah wang tunai terkumpul bernilai RM120,000.  Hadiah yang ditawarkan kepada orang ramai akan diberikan secara Cabutan Bertuah dan penyertaan terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia (Tertakluk kepada terma dan syarat).

Seminar Menang Saham Online (MSO) 3.0 akan dipimpin sendiri oleh Dato’ Dr. Nazri Khan (DDNK) sebagai Pakar Pelaburan Saham dan Pengurus Wang Bertauliah Paling Berpengaruh Dalam Dunia Islam (OIC Today), Best New Asset Management CEO & Fastest Growing Investment Management Company (International Finance Magazine).

Seminar Menang Saham Online (MSO) 3.0 ini akan dijalankan selama 8 jam bagi setiap sesi. Ilmu yang diberikan membuka peluang kepada orang ramai untuk menjana duit seumur hidup pada bila-bila masa dengan hanya perlu menggunakan telefon pintar dan duduk di rumah sahaja. Setiap peserta bakal mendapat ilmu pelaburan terbaik dan terhebat secara santai yang disampaikan dengan bahasa yang paling mudah untuk difahami oleh semua lapisan masyarakat.

Setiap ilmu, teknik dan strategi pelaburan saham yang bakal didedahkan oleh DDNK mempunyai hasil yang telah terbukti dan berjaya melahirkan ribuan pelabur saham berjaya dari dalam dan luar negara. Kebanyakkan daripada mereka terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat termasuk suri rumah, pelajar, mahasiswa, penganggur, profesional, usahawan, ahli politik serta kakitangan awam dan swasta.

Antara kelebihan menyertai seminar ini adalah peserta berupaya untuk membuat duit lebih tanpa mengira keadaan pasaran saham sama ada pasaran saham naik, jatuh dan tak bergerak dengan modal serendah RM10 melalui broker yang memberi “Zero Komisen”. Tumpuan pengajaran pastinya 100% patuh syariah dengan memburu saham-saham gergasi yang naik lebih 10 kali ganda hanya dalam masa beberapa tahun. Proses pengajaran ini akan dibantu oleh jentera DDNK yang sangat berpengalaman untuk menjawab segala soalan dan masalah anda akan dijawab dengan pantas!

Pendaftaran Seminar Menang Saham Online 3.0 dan penyertaan Peraduan “Daftar, Belajar dan Menang” boleh dilakukan melalui laman web www.menangsaham.com


Ada banyak bahan bacaan percuma yang ajar teknik-teknik asas untuk melabur di pasaran saham. Nak cari semua memang memakan masa.

Pernah dengar tentang buku Malaysia Melabur Saham? Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat dalam pelaburan saham tetapi “ZERO” buku ini teramat sesuai.

This image has an empty alt attribute; its file name is 210115-MMS-Thumbnail-700x468.jpg

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

  • Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang.
  • Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?
  • Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Miliki sekarang sebab masih ada harga istimewa -> Buku Malaysia Melabur Saham

Previous ArticleNext Article
Individu berlesen/berdaftar dengan Suruhanjaya Sekuriti.

Portal Semak Sebelum Labur SC membolehkan anda menyemak sama ada seseorang individu atau entiti dibenarkan oleh SC untuk menawarkan, mempromosi atau menjual sebarang produk dan perkhidmatan pasaran modal.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.