Sidang Kemuncak Perniagaan Global Tangani Cabaran Dunia Alami Peralihan

NEW DELHI, 15 Februari 2019 /PRNewswire/ —

Edisi ke-5 Sidang Kemuncak Perniagaan Global bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari 2019 di New Delhi yang menyaksikan kehadiran Ketua-ketua Pegawai Eksekutif global, pakar-pakar ekonomi, para penginovasi, usahawan-usahawan muda dan wakil-wakil kerajaan berpangkat tinggi

Di bawah naungan tema kemampanan, kebolehskalaan dan perubahan sosial, penceramah-penceramah terkenal di Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2019 (http://www.et-gbs.com) akan membincangkan tentang cabaran dunia yang mengalami peralihan hasil daripada persekitaran yang amat bersifat digital dan ekonomi dikongsi baru muncul. Sidang Kemuncak Perniagaan Global 2019 yang dibawakan oleh The Economic Times serta YES BANK dan ditaja oleh Facebook, bakal diadakan pada 22 dan 23 Februari di New Delhi. Yang Berhormat Perdana Menteri, Kerajaan India, Narendra Modiakan berucap di sidang kemuncak tersebut sebagai Tetamu Utama.

“Sidang Kemuncak Perniagaan Global kali ke-5 yang amat dinanti-nantikan ini akan menonjolkan naratif perubahan yang dibawa oleh risiko-risiko geopolitik dan susunan ekonomi global baharu. Kami teruja dengan respons yang diterima setakat ini dan bersiap sedia untuk menganjurkan satu lagi pertemuan pemimpin-pemimpin yang menjadi tumpuan dan menginspirasikan perubahan,” kata Vineet Jain, Pengarah Urusan, Times Group.

Sidang kemuncak berkenaan yang menawarkan platform mantap untuk para delegasi mengadakan mesyuarat antara Perniagaan kepada Perniagaan, Kerajaan kepada Kerajaan dan Perniagaan kepada Kerajaan dijangka akan menghimpunkan lebih 2,000 delegasi dari UK, IrelandMaldivesMyanmarBangladeshJamaicaPolandOmanCyprus dan India.

Antara barisan penceramah:

  • Punit Renjen, Ketua Pegawai Eksekutif Global, Deloitte
  • Paul Hermelin, Ketua Pegawai Eksekutif, Capgemini
  • Gopichand P Hinduja, Pengerusi Bersama, Hinduja Group
  • Nathan Blecharczyk, Pengasas Bersama, Airbnb
  • Guy Kawasaki, Ketua Penyokong, Canva
  • Martin Eberhard, Pengasas Bersama, Tesla
  • Alan Mamedi, Pengasas Bersama & Ketua Pegawai Eksekutif, TrueCaller
  • Michael Ward, Ketua Pegawai Eksekutif, Harrods
  • Natalia Vodianova, Peragawati, Dermawan, Usahawan, Pengasas Elbi

Agenda ini termasuk sesi-sesi yang padat dengan kehebatan:

  • Panel Ketua Pegawai Eksekutif Global: Menavigasi Dunia yang Mengalami Peralihan
  • Panel Brexit
  • Mendorong Disrupsi: Menonjolkan Gelombang Transformasi Radikal yang Seterusnya
  • Kelebihan Digital: Mengatasi Persaingan
  • Perbincangan Panel tentang Peraturan, Privasi & Ketelusan Data: Mencetuskan Keseimbangan Sempurna

Sidang kemuncak tersebut akan turut menganjurkan sesi-sesi berhubung: Infrastruktur, Kepimpinan Wanita, Kemudahan Menjalankan Perniagaan dan Kemampanan. Sesi yang bertajuk DisrupteX akan disampaikan oleh pemimpin-pemimpin yang memilih untuk melakukan perkara dengan cara mereka.

Untuk maklumat lanjut tentang Sidang Kemuncak Perniagaan Global, termasuk cara menghadiri, mengadakan pameran atau menaja, layari http://www.et-gbs.com.

Latar Belakang Times Strategic Solutions

Times Strategic Solutions Ltd., berfungsi di bawah nama jenama ET Edge, ialah satu inisiatif Economic Times yang merupakan sebahagian daripada Times Group yang berusia 175 tahun.

Sumber: Times Strategic Solutions Ltd.

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Powerwell Catat Rekod Untung Bersih Tertinggi RM24.1 Juta, Sasar Lonjakan Melalui Sektor Pusat Data

KUALA LUMPUR: Pakar pengedaran kuasa tempatan, Powerwell Holdings Berhad (“Powerwell”) berjaya menamatkan tahun kewangan 2026 (“FY26”) dengan prestasi luar biasa selepas mencatatkan keuntungan bersih tertinggi dalam sejarah syarikat berjumlah RM24.1 juta.

Pencapaian memberangsangkan ini menyaksikan keuntungan bersih kumpulan melepasi ambang RM20 juta buat kali pertama , melonjak daripada RM18.7 juta yang direkodkan pada tahun kewangan sebelumnya.

Prestasi Kewangan Sumbangan Pasaran Luar Negara

Bagi keseluruhan FY26, perolehan Powerwell melonjak 15.6% tahun-ke-tahun (YoY) kepada RM159.0 million berbanding RM137.5 juta pada tahun lalu. Pertumbuhan mampan ini dipacu terutamanya oleh sumbangan yang lebih tinggi daripada operasi kumpulan di Bangladesh dan Indonesia.

Bagaimanapun, bagi suku keempat berakhir 31 Mac 2026 (4QFY26), perolehan kumpulan mencatatkan penurunan kepada RM41.4 juta berbanding RM47.7 juta sebelum ini disebabkan oleh penghantaran produk yang lebih rendah.

Meskipun begitu, margin keuntungan kasar bagi suku tersebut melonjak kepada 39.8% (daripada 35.1% pada suku sama tahun lepas) hasil daripada pemuktamadan akaun untuk sebuah projek pusat data (data centre) serta projek loji hidro. Keadaan ini, ditambah pula dengan pembalikan kemerosotan nilai penghutang perdagangan dan perbelanjaan pentadbiran yang lebih rendah, telah melonjakkan untung bersih 4QFY26 sebanyak 6.9% YoY kepada RM7.7 juta.

Sebagai ganjaran kepada para pemegang saham, Powerwell mengumumkan dividen interim kedua sebanyak 1.0 sen sesaham bagi suku di bawah tinjauan. Ini menjadikan jumlah keseluruhan dividen bagi FY26 sebanyak 1.5 sen sesaham, yang mewakili nisbah pembayaran sebanyak 36.1% (anggaran RM8.7 juta).

Projek Mega & Pasaran Borneo

Tahun kewangan 2026 turut melakar sejarah tersendiri apabila Powerwell berjaya mengukuhkan kedudukannya dalam ekosistem teknologi tinggi selepas meraih projek pusat data tunggal terbesar bernilai RM68.5 juta.

Bagi meluaskan lagi empayar perniagaannya, kumpulan sedang aktif mengembangkan ruang pembuatan di Malaysia dan Indonesia. Di samping itu, Powerwell telah memuktamadkan pengambilalihan 49% kepentingan dalam Tenaga Kenari pada 1 April 2026. Langkah strategik ini memberikan akses segera bagi kumpulan untuk menembusi pasaran Sarawak dan Sabah (Timur Malaysia), sekali gus membuka peluang rantaian pelanggan baharu dalam industri semikonduktor, utiliti, dan tenaga boleh diperbaharui.

Prospek Cerah

Sehingga akhir Mac 2026, nilai tempahan (order book) Powerwell kekal sihat pada paras RM150.8 juta, sekali gus memberikan pendapatan yang stabil untuk tempoh akan datang.

Melihat ke hadapan, pihak pengurusan Powerwell optimis terhadap prospek perniagaan syarikat yang disokong oleh saluran tender (tender pipeline) yang sangat aktif. Kumpulan sedia merebut peluang luas dalam segmen-segmen pesat membangun termasuk pusat data, tenaga boleh diperbaharui, semikonduktor, dan infrastruktur.

Walau bagaimanapun, memandangkan keadaan pasaran global yang dinamik, Powerwell menegaskan akan terus mengamalkan pendekatan berhati-hati dengan memantau rapat ketidaktentuan pasaran, perkembangan geopolitik, dan keadaan makroekonomi yang boleh memberi kesan kepada landskap perniagaan.