Traveloka Lancar “Xperience”, di Tujuh Negara Dalam Pasaran Asia Tenggara & Australia

JAKARTA, Indonesia, 21 Jun 2019 /PRNewswire/ — Traveloka, sebuah syarikat teknologi yang terkemuka di Asia Tenggara yang menyediakan produk-produk pengembaraan dan gaya hidup dalam talian untuk destinasi-destinasi domestik serta antarabangsa, secara rasminya mengumumkan Traveloka Xperience baharunya, platform yang ringkas dan mudah digunakan untuk menerokai dan menempah aktiviti-aktiviti pengembaraan dan gaya hidup di Traveloka. Traveloka Xperience telahpun dilancarkan dan disediakan di Indonesia, Thailand, Vietnam, Filipina, Malaysia, Singapura dan Australia.

Xperience membolehkan pengembara-pengembara domestik dan antarabangsa bahkan penduduk tempatan yang tidak pergi bercuti untuk menikmati pengalaman unik atau sekadar menikmati keseronokan keluar pada waktu malam. Dengan Xperience, mereka dapat menerokai dan menempah sesuatu yang santai dengan mudah atau memanfaatkan masa mereka melalui pengalaman yang jarang diterokai di setiap pelosok dunia menggunakan Traveloka Xperience.

Traveloka Xperience.menawarkan kategori-kategori yang lengkap termasuk Tempat Tarikan; Filem; Acara; Hiburan; Jelajah; Kecantikan & Spa; Sukan; Taman Permainan; Pengangkutan, Makanan & Minuman, Kelas & Bengkel serta Keperluan Pengembaraan. Traveloka kini menawarkan hampir 15,000 inventori menarik yang terdapat dalam lebih 60 negara. Inventori-inventori dalam lebih 10 kategori disediakan kepada pengguna Traveloka di tujuh negara termasuk Thailand, Indonesia, Filipina, Vietnam, Malaysia, Singapura dan Australia.

Semasa perarakan pelancaran, Christian Suwarna, Ketua Pegawai Eksekutif Ibu Pejabat Traveloka Experience, berkata “Di Traveloka, kami mempunyai misi untuk memperkasa pengguna kami untuk menerokai dunia di sekeliling mereka. Kami juga percaya bahawa penerokaan dunia dapat dipenuhi apabila pengguna kami berpeluang untuk menikmati pengalaman yang beraneka dan unik. Kami berasa amat gembira untuk memperkenalkan Traveloka Xperience yang serba baharu dalam pasaran Asia Tenggara & Australia yang merupakan pasaran yang penting dan terus berkembang untuk Traveloka.”

“Traveloka menyedari bahawa hanya segelintir pengembara merupakan pakar tentang destinasi-destinasi yang mereka jelajahi dan mengalu-alukan sebarang input berguna pada platform ini yang memperkenalkan kawasan-kawasan baharu dan menarik untuk diterokai, tempat untuk dikunjungi dan makanan untuk dicuba di pelbagai destinasi. Xperience mengisi kelompongan ini dengan mendidik pengguna tentang tempat yang ingin mereka kunjungi dan pengalaman yang boleh mereka pilih bagi membolehkan mereka mengalami perjalanan yang sempurna,” tambah Christian.

Pengguna-pengguna kini dapat menerokai dan menempah perkara-perkara yang mahu dilakukan dengan mudah menerusi pengesahan segera daripada pelbagai pilihan yang komprehensif, bermula dengan slot urut di kawasan kejiranan anda kepada perjalanan ke luar negara selama beberapa hari yang dipenuhi keseronokan bersama keluarga mereka. Semua tempahan akan disediakan pada harga kompetitif selain turut menyediakan kemudahan dan keselesaan kepada pelanggan memandangkan mereka boleh membayar menggunakan pelbagai pilihan bayaran dan memastikan bahawa tempahan mereka disahkan serta merta.

Latar Belakang Traveloka
Untuk maklumat lanjut, sila kunjungi https://www.traveloka.com/en/ atau press.traveloka.com 

Sumber: Traveloka

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

ANTA kini pemegang saham terbesar PUMA

HONG KONG, 8 Oktober 2026 — ANTA Sports Products Limited, kumpulan pakaian sukan pelbagai jenama terkemuka dunia (“ANTA Sports”, kod saham: 2020 (kaunter HKD) dan 82020 (kaunter RMB), serta anak-anak syarikatnya secara kolektif disebut sebagai “ANTA Group” atau “Kumpulan”), hari ini mengumumkan penyelesaian pemerolehan 29.06% kepentingan dalam PUMA SE daripada Artémis SAS, syarikat pelaburan keluarga Pinault, dengan bayaran tunai sebanyak EUR 1,505.5 juta. Susulan penerimaan semua kelulusan kawal selia yang berkaitan dan pemenuhan syarat penutupan lazim, ANTA Sports kini merupakan pemegang saham terbesar PUMA.

Bagi ANTA Sports, pelaburan ini menandakan pencapaian penting dalam pelaksanaan strategi “fokus tunggal, pelbagai jenama, globalisasi” dan memperkukuh profil antarabangsa, jangkauan serta daya saing Kumpulan dalam pasaran barangan sukan global. ANTA Sports akan membawa kepada PUMA kepakaran yang telah dibangunkan Kumpulan merentasi pelbagai jenama selama bertahun-tahun, termasuk keupayaan dalam pengurusan, peruncitan dan integrasi sumber global.

Ding Shizhong, Pengerusi Lembaga ANTA Sports, berkata: “Kami amat berbesar hati untuk menjadi pemegang saham terbesar PUMA dan rakan strategik jangka panjang. Pasaran barangan sukan global terus menawarkan peluang pertumbuhan yang besar apabila semakin ramai orang mengamalkan gaya hidup aktif dan meningkatkan penyertaan mereka dalam sukan. ANTA Sports telah membina kejayaannya berasaskan strategi pelbagai jenama. Kami percaya nilai sebuah kumpulan pelbagai jenama terletak pada keupayaannya membantu setiap jenama merealisasikan potensi sepenuhnya dengan memanfaatkan keupayaan dan sumber kumpulan yang lebih luas. PUMA mempunyai warisan yang kaya dan nilai asas jenama yang kukuh. Kami yakin terhadap pasukan pengurusannya dan menyokong transformasi strategik yang sedang dilaksanakan. Sebagai pemegang saham jangka panjang, kami berharap dapat berkongsi pengalaman dan keupayaan kami, khususnya dalam bidang peruncitan dan operasi, sambil menghormati kebebasan serta identiti jenama PUMA. Aspirasi kami adalah untuk menyokong PUMA dalam merealisasikan potensi sepenuhnya dan mewujudkan nilai berkekalan untuk pengguna di seluruh dunia.”

“PUMA telah membina salah satu jenama sukan paling dikenali di dunia, dengan warisan yang kaya, kredibiliti sukan yang kukuh, jejak global, inovasi terkemuka dan rakan kongsi yang kukuh. Kami mengalu-alukan ANTA Sports sebagai pemegang saham terbesar PUMA dan melihat komitmen jangka panjangnya sebagai undi keyakinan yang kukuh terhadap strategi, pasukan pengurusan dan masa hadapan kami,” kata Arthur Hoeld, Ketua Pegawai Eksekutif PUMA SE. “Kami berharap dapat membina hubungan yang membuahkan hasil dan meneroka bidang yang membolehkan kekuatan masing-masing mewujudkan nilai mampan untuk PUMA dan para pemegang sahamnya dalam perjalanan kami untuk menjadi antara 3 jenama sukan global teratas.”

ANTA Sports menghormati sepenuhnya warisan sukan PUMA, identiti jenama dan budaya korporatnya yang tersendiri, serta tadbir urus bebas dan autonomi jenamanya. Seperti yang diumumkan sebelum ini, Kumpulan akan mendapatkan perwakilan yang sewajarnya dalam Lembaga Penyeliaan PUMA. Kumpulan pada masa ini tidak mempunyai rancangan untuk membuat tawaran pengambilalihan bagi PUMA.