XCMG bakal Bawakan Penyelesaian Jentera dan Pembinaan Terkini ke bauma 2019

MUNICH<, Jerman, 2 April 2019 /PRNewswire/ — XCMG, pengeluar jentera pembinaan Cina yang terkemuka, akan mempamerkan produk baharu dan penyelesaian jentera pembinaan di bauma 2019, yang bakal diadakan mulai 4 hingga 8 April di Munich, Jerman.

XCMG akan membawakan sejumlah 16 produk ke pameran perdagangan ini, termasuk forklift baharu, pemuat, mesin cerucuk, penggelek jalan, jentera perata jalan, kren selain peralatan untuk terowong, perlombongan dan jambatan. XCMG akan berada di reruai FS.1105/2 Messe Munchen.

“XCMG komited untuk mencipta produk-produk ‘Canggih dan Mampu Bertahan’ yang dapat menampung keperluan berbeza pelanggan kami. Kami mempunyai portfolio produk yang lengkap, rangkaian pembuatan pintar dan teknologi inovatif yang utama dalam industri bagi menyokong projek pembinaan dalam cuaca dan keadaan geografi yang melampau,” kata Jiansen Liu, Naib Presiden XCMG.

Keadaan melampau, peralatan kukuh dan penyelesaian sehenti

Tumpuan utama pameran XCMG di bauma 2019 ialah pemuat roda siri V dan siri XC9.

Pemuat roda siri V adalah canggih, berkecekapan tinggi dan menjimatkan tenaga. Produk-produk ini meliputi lingkungan 1.8 hingga 12 tan, disepadukan dengan teknologi inovatif dan peranti mekanikal, serta dapat beroperasi dalam keadaan yang lebih sukar.

LW1200KN ialah pemuat paling berat yang pernah dibuat di China, yang menyediakan perkhidmatan penuh dalam semua keadaan kerja dan berupaya memuatkan trak dengan amat cekap.

Pemuat siri XC9 generasi baharu dilancarkan lantaran trend “pintar, berkualiti tinggi dan berprestasi tinggi”. Menjimatkan tenaga dan mesra alam, lima pemuat siri XC9 yang dilancarkan setakat ini memenuhi keperluan V Eropah dan T4F Amerika Utara luar jalan raya antarabangsa.

Bagi meningkatkan kebolehsuaian peralatan dalam persekitaran melampau, XCMG membangunkan beberapa teknologi inovatif bagi memastikan produk-produk mereka dapat memberikan prestasi yang memuaskan sepanjang masa.

Pemuat ini boleh beroperasi dalam kilang-kilang keluli yang amat panas dan menunjukkan prestasi cemerlang dalam keadaan yang amat sejuk, di samping memberikan prestasi lancar dalam persekitaran yang lembap mahupun banyak debu.

Mesin Tolak Tanah XCMG akan mengetengahkan pemuat jengkaut, pemuat gelongsor, pengendali teleskopik dan forklift elektrik di bauma 2019, yang mana forklift baharu merupakan produk yang baru dilancarkan: forklift imbang balas elektrik siri-XC5 dan forklift gudang siri-XC4. Produk-produk daripada kedua-dua kategori dapat memberikan prestasi lebih tinggi di samping menawarkan operasi yang selamat dan selesa.

Selain produk-produk yang pintar, canggih dan mampu bertahan, XCMG akan turut mempamerkan penyelesaian pembinaan yang lengkap di bauma 2019:

  • Penyelesaian pembinaan terowong merangkumi penggerudian, deslagging, pengarkaan dan penembakan konkrit (shotcreting)
  • Penyelesaian perlombongan bawah tanah termasuk peralatan untuk pengorekan, perlombongan, pemuatan, pengangkutan dan proses lain
  • Penyelesaian pembinaan jambatan yang menyediakan peralatan untuk membawa, mengangkut dan memasang palang seberat antara 100 hingga 900 tan

XCMG Foundation akan mempamerkan rig gerudi dan mesin cerucuk di bauma 2019, termasuk XR240E, rig gerudi putar yang tahan lama, lebih stabil dan cekap dengan sistem kawalan pintar.

Latar Belakang XCMG

XCMG ialah sebuah syarikat pengilangan jentera berat multinasional yang melakar sejarah selama 76 tahun. Syarikat kini berada di kedudukan keenam dalam industri jentera pembinaan dunia. Syarikat turut mengeksport ke lebih 183 negara dan wilayah di seluruh dunia.

Untuk maklumat lanjut, sila layari: www.xcmg.com.

Sumber: XCMG

Pautan Berkaitan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

PTPTN salur RM285,500 Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI

TANJONG MALIM, 29 September 2026 — Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menyalurkan Bantuan Lestari Siswa MADANI berjumlah RM285,500 kepada 571 pelajar Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) bagi meringankan beban kewangan mereka.

Ketua Eksekutif PTPTN Ahmad Dasuki Abdul Majid berkata setiap pelajar menerima bantuan RM500 secara sekali bayar (one-off) dan tidak perlu dibayar balik, dengan bayaran dikreditkan ke akaun pelajar mulai 2 Oktober ini.

Beliau berkata inisiatif itu merupakan antara usaha PTPTN membantu pelajar daripada keluarga kurang berkemampuan supaya dapat meneruskan pengajian tanpa terlalu dibebani masalah kewangan.

“PTPTN berbesar hati untuk menyampaikan Bantuan Lestari Siswa MADANI kepada 571 pelajar UPSI yang melibatkan jumlah keseluruhan RM285,500.

“Setiap pelajar akan menerima RM500, tak perlu bayar balik. Ini yang kita berikan secara percuma dan secara one-off,” katanya ketika berucap pada Majlis Penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI, semalam.

Ahmad Dasuki berkata PTPTN memperuntukkan RM120 juta bagi inisiatif berkenaan, dengan kira-kira 5,000 pelajar telah diluluskan setakat ini, namun hanya 1,500 pelajar menerima manfaat tersebut.

Sehubungan itu, beliau menggalakkan pelajar yang memenuhi syarat, khususnya mereka yang merupakan anak penerima eKasih dan belum memohon pinjaman PTPTN, supaya mendapatkan maklumat lanjut dan memanfaatkan peluang berkenaan.

Beliau berkata PTPTN bukan sahaja berperanan menyediakan pinjaman pendidikan, malah turut memberi penekanan terhadap budaya menabung menerusi Skim Simpanan Pendidikan Nasional (Simpan SSPN).

Beliau berharap Bantuan Lestari Siswa MADANI dapat menjadi pemangkin kepada pelajar untuk terus berusaha mencapai kecemerlangan akademik selain meningkatkan taraf hidup keluarga dan memberi sumbangan kepada masyarakat.

“PTPTN tetap komited untuk memastikan agenda pendidikan negara terus dilaksanakan melalui pelbagai inisiatif yang sedang kita usahakan sekarang, selari dengan moto PTPTN, ‘Peluang Kejayaan Anda’,” katanya.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor (Hal Ehwal Pelajar dan Alumni) UPSI Prof. Dr. Norkhalid Salimin berkata bantuan berkenaan amat bermakna kepada universiti memandangkan hampir 11,000 daripada kira-kira 30,578 pelajar UPSI merupakan golongan B40.

Beliau berkata perkara itu menggambarkan besarnya amanah dan tanggungjawab UPSI dalam memastikan kebajikan pelajar sepanjang tempoh pengajian mereka sentiasa terpelihara.

“Agenda kebajikan mahasiswa bukan agenda sampingan. Ia merupakan satu agenda penting yang kita bawa untuk memastikan perjalanan pendidikan adik-adik menimba ilmu di Bumi Mualim ini sepanjang tiga, empat tahun terjaga,” katanya.

Hadir sama Pengarah Negeri Pejabat PTPTN Perak, Andi Nurali Mohamed; Pengurus Besar Kanan Jabatan Komunikasi Korporat dan Pemasaran PTPTN, Wan Zawiah Wan Abu Bakar dan Bendahari UPSI, Mohamad Najib Mohamed.

Gambar 1: Ahmad Dasuki (tiga dari kanan, atas) bergambar bersama para pelajar UPSI yang merupakan penerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 2: Ahmad Dasuki bergambar bersama para pelajar UPSI yang menerima Bantuan Lestari Siswa MADANI pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

Gambar 3: Ahmad Dasuki (empat dari kanan) ketika menyerahkan cek cura Bantuan Lestari Siswa Madani yang bernilai RM285,500 kepada Norkhalid (tiga dari kiri) pada majlis penyampaian Bantuan Lestari Siswa MADANI di Dewan SITC, Kampus Sultan Abdul Jalil Shah UPSI.

BAHAGIAN KOMUNIKASI KORPORAT UPSI