Walaupun anda telah mempunyai pendapatan tetap, namun tidak salah sekiranya anda menggunakan masa yang terluang selepas waktu kerja full-time anda bagi melakukan kerja-kerja freelance.
Masa dapat terisi, bahkan pendapatan sampingan juga anda dapat. Best kan?
Tidak dinafikan, anda mungkin akan lebih berasa letih. Namun, ia hanyalah sementara sahaja. Sekiranya badan anda telah terbiasa dengan rutin harian yang sama pada setiap hari, badan anda juga akan dapat menerima rutin tersebut. Boleh jadi, apabila anda meninggalkan salah satu aktiviti daripada rutin tersebut, anda mungkin akan merasa tidak selesa dan kurang bermaya.
Banyak kerja-kerja freelance yang terbuka sekarang ini yang sesuai mengikut peringkat umur. Jika anda lebih selesa untuk membuat kerja freelance dari rumah, ia juga bukan menjadi satu masalah besar. Malah ianya pasti lebih memudahkan anda. Segalanya di atas pilihan anda sendiri untuk menentukan.
Berikut merupakan 3 kerja freelance yang mudah dan memberi peluang kepada anda untuk menjana pendapatan sampingan yang tinggi. Bahkan, ada segelintir yang telah berjaya menjadikan kerja-kerja freelance ini sebagai satu pendapatan tetap mereka. Cubalah, kerana belum cuba belum tahu.
1. Menulis Blog
Telah terbukti ramai yang berjaya menjana pendapatan melalui blog. Segalanya bergantung kepada usaha dan keinginan yang tinggi.
Jika anda memilki bakat menulis yang tinggi, kenapa tidak anda tonjolkan bakat tersebut dengan cara menulis di blog anda sendiri. Cara lain juga anda boleh mengambil upah untuk menulis artikel untuk blogger yang memerlukan penulis bagi blog mereka.
Nampak seperti ianya kerja yang membosankan, namun telah ramai yang berjaya menjana pendapatan melebihi 4 angka dalam masa sebulan melalui blog. Semuanya depan komputer sahaja.
Duit datang dari mana?
Bila blog anda ramai pengunjung, anda boleh buat duit dari sumber pengiklanan seperti Google Adsense dan Facebook Audience Network, dalam USD pula tu. Selain dari dua sumber ini, jika blog anda popular, pasti ramai ejen pengiklanan tempatan yang mewakili syarikat korporat dan jenama terkemuka nak beriklan di blog anda.
2. Memandu Grab / Uber
Jadikan kereta anda sendiri untuk menjana pendapatan dengan menjadi pemandu Grab atau Uber. Anda boleh cuba melakukan pekerjaan ini pada malam hari atau pada setiap hujung minggu.
Jika dalam sehari anda sudah mampu mendapat pendapatan sampingan sebanyak RM200, hitung jumlahnya jika sebulan?
Adakah anda masih merasakan kerugian masa ataupun keletihan badan, jika mampu memperoleh pendapatan sampingan sebegitu?
3. Jadi Ejen Dropship
Perkara yang mudah tapi masih perlu ilmu untuk melakukan pekerjaan ini. Namun, ianya adalah sesuatu yang menyeronokkan dan memberika keuntungan berlipat ganda di pihak anda.
Apa tidaknya, anda tidak mengeluarkan modal sama sekali untuk berniaga, tetapi masih boleh meraih keuntungan dengan menjadi ejen dropship. Hanya mempromosikan produk, anda dapat pelanggan yang membeli, kemudian anda akan menerima komisen.
Dalam sehari, tidak terkira berapa kali kita melayari Instagram dan Facebook. Jadi amatlah rugi sekiranya membiarkan masa tersebut dibiarkan sia-sia tanpa mendatangkan faedah kepada diri sendiri.
Tambah Pendapatan, Tapi Jangan Lupa Nak Tambah Ilmu
Biarpun anda berusaha untuk menambah pendapatan peribadi dan keluarga, tapi jangan lupa untuk menambah ilmu pengetahuan. Laburlah sedikit wang untuk membeli buku-buku kewangan dan juga pergi menuntut ilmu dengan mereka yang telah pun berjaya.
Percayakah anda, sewaktu George Soros menggoncangkan Bank of Englandpada tahun 1992, beliau hanya tidur dan santai sementara menyaksikan keuntungan berbilion US Dollar terhasil daripada aktiviti short seller yang beliau lakukan. Manakala sewaktu Jesse Livermore menakluk fenomena The Great Depression yang melanda Amerika Syarikat pada 1929, beliau lebih banyak duduk diam dan fokus untuk memberi sepenuh tumpuan terhadap fenomena tersebut.
Jika diteliti, karakter ataupun tingkah laku mereka yang digelar sebagai legenda dalam dunia pelaburan dan perdagangan ini adalah hampir sama ataupun hampir serupa. Pelabur yang baik tidak dilahirkan secara semulajadi, tapi mereka terbentuk daripada latihan ataupun usaha yang mereka lakukan.
Artikel kali ini, kami rangkumkan 12 ciri-ciri pelabur dan pedagang yang berjaya dalam dunia kewangan.
Gambar: Investopedia
1. Latar-Belakang
Pada biasanya mereka dibesarkan dalam latar belakang keluarga kelas pertengahan (Blue Collar). Jarang sekali yang kita ketahui, seorang pelabur atau pedagang yang hebat lahir daripada keluarga yang sangat kaya raya atau keluarga yang mempunyai rekod sejarah pelaburan secara professional.
2. Pekerjaan Awal
Lazimnya pelabur atau pedagang yang hebat, cenderung untuk memulakan sebuah perniagaan kecil-kecilan pada peringkat umur yang sangat muda. Kemudiannya mereka akan mula terbabit dalam dunia pelaburan atau perdagangan selepas mereka mencuba usaha profesional yang lain. Tidak semestinya mereka mencapai kejayaan yang luar biasa dalam bidang tersebut sama seperti yang mereka akan capai dalam bidang pelaburan dan perdagangan.
Sungguhpun begitu terdapat juga sesetengah pelabur atau pedagang yang turut mencapai kejayaan yang besar sebelum mencapai tahap pelabur atau pedagang yang luar biasa. Contohnya Jim Simons seorang pakar ilmu matematik (mathematician) yang bertaraf dunia. Marc Andrerssen seorang usahawan yang terkenal. Michael Moritz merupakan seorang wartawan yang sangat berjaya. Paula Volent ialah seorang konservator seni (art conservator) yang cemerlang.
3. Kegagalan
Boleh dikatakan hampir seluruh pelabur dan pedagang yang hebat mengalami waktu retrogresi ataupun kegagalan dan juga kerugian dalam aktiviti pelaburan dan perdagangan pada peringkat awal dan seterusnya. Ini mungkin memberi mereka dorongan untuk bertahan, sekaligus mampu membangkitkan semangat mereka untuk bangun semula dari sebuah kegagalan.
4. Kepintaran
Pelabur atau pedagang yang hebat mempunyai tahap kecerdasan yang tinggi dan mereka lebih cenderung untuk mencapai prestasi akademik yang baik. Walaupun tidak semua pelabur mahir matematik seperti Jim Simons, namun penguasaan nombor dan matematik adalah perkara wajib dan penting bagi mereka. Sungguhpun begitu, tidak semestinya mereka mendapat kelulusan pembelajaran yang berorientasikan penguasaan ilmu matematik.
5. Sangat Bertanggungjawab
Nampaknya jelas bahawa pelabur atau pedagang yang hebat sangat menitikberatkan tindakan mereka dalam aktiviti pelaburan atau perdagangan sebagai sebuah tanggungjawab diri mereka sendiri. Mereka cenderung mempunyai keyakinan diri dalam membuat pertimbangan ketika mengambil sebuah keputusan. Mereka tidak akan pernah menyesal atau bersedih seandainya keputusan tersebut menghadapi kegagalan, disebabkan mereka sentiasa percaya pelaburan atau perdagangan yang mereka lakukan hanyalah sebuah proses.
6. Fokus
Keupayaan untuk memberi tumpuan yang tinggi merupakan faktor yang paling penting dalam proses membuat keputusan pelaburan atau perdagangan. Ini adalah salah satu ciri-ciri persamaan pelabur dan pedagang yang hebat. Mereka tidak begitu mudah terganggu oleh faktor luar yang tidak penting dan mempunyai keupayaan untuk menumpukan perhatian pada tahap yang luar biasa tinggi.
7. Membaca
Pelabur atau pedagang yang hebat cenderung menjadi pembaca buku, majalah, akhbar dan bahan pilihan susun yang sesuai dengan minat mereka. Ada yang mungkin pernah atau mengalami disleksia, tetapi individu tersebut mengumpul maklumat melalui cara lain, selalunya melalui panggilan telefon yang kerap atau hubungan video dengan pakar industri atau mereka yang lebih arif dalam bidang tersebut.
Dengan erti lain, pelabur atau pedagang yang hebat mempunyai rasa ingin tahu intelektual yang besar dan ingin belajar sebanyak yang mungkin berkenaan topik berkaitan. Mereka berpandangan bahawa sebarang maklumat boleh membantu sekaligus dapat membentuk keputusan pelaburan atau perdagangan yang lebih baik. Seterusnya memberi inspirasi kepada kreativiti atau wawasan kejayaan yang lebih besar.
8. Menggunakan Akal
Sungguhpun pelabur dan pedagang yang hebat menjadi sangat kaya raya, namun mereka masih menikmati aktiviti pelaburan dan perdagangan seperti sedia-kala. Bukan kerana mereka benar-benar memerlukan lebih banyak wang, sebaliknya mereka melihat pelaburan dan perdagangan sebagai satu permainan yang bijak. Mereka seronok melakukan sesuatu yang orang lain fikir tidak mampu untuk dilakukan atau mengambil risiko yang mungkin dianggap terlalu hebat untuk diambil. Cabaran intelektual untuk mengatasi orang lain dapat menunjukkan kecerdasan, kelicikan dan kebijaksanaan diri mereka sendiri. Sekaligus ini membentuk daya tujahan yang membuatkan pelabur terpaku pada aktiviti pelaburan dan perdagangan mereka. Ini jauh lebih bernilai berbanding hanya memiliki sebuah wang yang banyak.
9. Kebijaksanaan Konvensional
Salah satu jalan paling mudah dalam kehidupan dan dalam konteks pelaburan dan perdagangan, adalah menerima dan mengikuti kebijaksanaan konvensional. Mengapa perlu menentang kebijaksanaan konvensional? Mengapa mengambil risiko salah dengan menolak kebijaksanaan konvensional? Tidak syak lagi kehidupan boleh menjadi lebih mudah dalam meneruskan jalan sedemikian. Jika anda salah, anda serupa dengan orang ramai, dan sekaligus kurang menarik perhatian yang tidak baik atau dikritik.
Namun tahukah anda pelabur dan pedagang yang hebat tidak menerima kebijaksanaan konvensional. Mereka melihat dari sudut pandangan yang orang lain sukar untuk melihat. Mereka sentiasa bersedia mengambil risiko, jika terbukti pandangan atau pemahaman mereka salah ketika menentang kebijaksanaan orang ramai. Mereka sentiasa berani untuk mencuba sesuatu ketika orang lain takut untuk mencuba.
10. Perhatian Yang Terperinci
Tidak dinafikan pelabur atau pedagang yang cemerlang, cenderung memberi tumpuan kepada gambaran besar. Contohnya ke mana arah tuju ekonomi? Adakah kadar faedah akan dinaikkan? Adakah inflasi mungkin meningkat? Walaubagaimanapun, pelabur atau pedagang yang hebat juga turut memberi perhatian yang kecil dalam sebuah gambaran yang besar. Mereka ingin ambil tahu akan segala-galanya yang perlu diketahui dan percaya bahawa kegagalan untuk memberi perhatian kepada apa jua bentuk maklumat yang besar dan kecil adalah resepi utama kepada sebuah kegagalan.
11. Mengaku Kesilapan
Pelabur atau pedagang yang hebat boleh mempunyai ego yang besar, tetapi mereka tahu untuk mengakui kesilapan, seterusnya mengurangkan kerugian mereka dan membuka peluang kejayaan pada masa hadapan. Kebiasaanya mereka tidak akan meratapi kesilapan yang mereka telah lakukan. Mereka hanya melihat kembali kesilapan tersebut untuk dijadikan panduan yang mampu dielakkan di masa hadapan.
12. Kerja Keras
Pelabur atau pedagang yang hebat selalunya mempunyai obsesi yang tinggi terhadap apa yang mereka lakukan secara profesional. Mereka sangat bekerja keras sehingga sanggup meluangkan masa yang lebih ketika menguasai set kemahiran yang diperlukan dalam aktiviti pelaburan atau perdagangan. Walaubagaimanapun, mereka tidak menganggap kerja keras yang mereka lakukan itu sebagai sebuah bebanan kerana mereka menganggap keseluruhan kerja keras yang mereka lakukan adalah hanya sebuah proses yang sentiasa memberi mereka kepuasan dan keseronokan.