7 Wanita Muslim Terkaya Di Dunia

Hidup dalam serba kesenangan adalah impian semua wanita di luar sana. Islam juga menggalakkan kita untuk menjadi kaya, agar dapat membantu ramai orang yang memerlukan bantuan.

Terdapat ramai wanita Muslim yang kaya di dunia, jom kita tengok senarai ini.

1. Sheikha Maitha Binti Mohammed (Dubai)

Kredit Gambar: Pinterest

Sheikha Maitha Binti Mohammed merupakan atlet Taekwando dan pernah memenangi pingat perak di Kejuaraan Asia 2006 di Qatar. Beliau merupakan anak raja yang kaya di Dubai dengan kekayaan keluarganya dianggarkan lebih daripada USD40 bilion.

2. Puteri Ameerah Al-Taweel (Arab Saudi)

Kredit Gambar: Nona

Puteri Arab Saudi, Ameera Al Taweel adalah isteri kepada Putera Al Waleed Bin Talal. Suaminya pernah dinobatkan sebagai lelaki terkaya di tempat ke-26 dunia oleh majalah Forbes dengan nilai lebih daripada USD20 bilion.

3. Sheikha Hanadi Binti Nasser Al Thani (Qatar)

Kredit Gambar: I Love Qatar

Salah seorang ahli perniagaan yang paling berjaya dalam sejarah ekonomi di negara Qatar adalah Sheikha Hanadi. Selain menjadi penasihat pakar di Standard Chartered Bank, beliau juga merupakan CEO projek Al Waab City.

Untuk pengetahuan anda, kekayaan keluarga Thani dianggarkan berjumlah hampir USD15 bilion.

4. Sheikha Mozah Binti Nasser Al Missned (Qatar)

Kredit Gambar: Maher Attar

Sheikha Mozah merupakan isteri kedua kepada Syeikh Hamad bin Khalifa Al Thani. Tahukah anda, nilai bersih kekayaan Sheikh Hamad dianggarkan lebih daripada USD7 bilion?

5. Rania Al Abdullah (Jordan)

Kredit Gambar: Twitter

Siapa tak kenal Ratu Jordan yang berkahwin dengan Putera Abdullah II ini?  Walaupun Raja Abdullah tidak pernah mengumumkan kekayaan Rania Al Abdullah atau isterinya ini, ada yang mengatakan bahawa beliau telah menghabiskan lebih daripada USD1 bilion untuk pembinaan Taman Tema Star Trek.

Sudah pasti aset kekayaannya berganda-ganda daripada jumlah tersebut. Selain itu juga, Ratu Rania pernah dinobatkan sebagai ratu paling cantik pada tahun 2011 oleh Queen Magazine dan majalah Harper.

6. Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah (Brunei)

Kredit Gambar: Amazing Nara

Beliau merupakan anak kelima Sultan Brunei, Sultan Haji Hassanal Bolkiah. Baru-baru ini, Puteri Hajah Hafizah Sururul Bolkiah telah berkahwin dengan YAM Pengiran Anak Haji Mohammad Ruzaini.

Pada majlis perkahwinannya, Sultan Brunei telah membelanjakan sebanyak USD20 juta. Apa yang menariknya, puteri ini juga memiliki sebuah kereta Rolls-Royce yang disalut dengan emas 24 karat.

7. Sultanah Nur Zahirah (Malaysia)

Kredit Gambar: Nona

Sultanah Nur Zahirah binti Adil Bakeri merupakan isteri kepada Tuanku Mizan Zainal Abidin. Keluarganya tidak pernah mendedahkan jumlah aset yang dimiliki olehnya.

Namun, ada sumber yang menyatakan bahawa anggaran jumlah kekayaan yang dimilikinya melebihi RM70 juta.

Semoga kisah wanita muslim yang terkaya di dunia ini menjadi inspirasi buat kita semua dalam mengejar impian. Walaupun bergelar seorang wanita muslim, ianya bukanlah halangan untuk kita mengecapi kejayaan.

Sumber Rujukan: Cermati

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

4 Prinsip Pelaburan Warren Buffett Yang Masih Berkesan

Warren Buffett bukan sekadar pelabur berjaya, tetapi simbol kepada disiplin, pemikiran rasional dan kesabaran dalam dunia pelaburan. Dengan rekod pulangan jangka panjang yang konsisten melalui Berkshire Hathaway, pendekatan Buffett sering dijadikan rujukan oleh pelabur di seluruh dunia termasuk pelabur runcit yang baru bermula.

Apa yang menarik, strategi Buffett tidak bergantung kepada ramalan pasaran, spekulasi jangka pendek atau trend semasa. Sebaliknya, beliau berpegang kepada prinsip asas yang ringkas tetapi sukar untuk diamalkan secara konsisten.

Artikel ini menghuraikan empat prinsip utama pelaburan ala Warren Buffett dan bagaimana ia boleh diaplikasikan oleh pelabur dalam konteks pasaran hari ini.

Prinsip 1: Melabur Dalam Perniagaan Yang Difahami

Salah satu prinsip paling asas tetapi sering diabaikan ialah keperluan untuk memahami perniagaan yang ingin dilaburkan. Bagi Buffett, membeli saham bermaksud membeli sebahagian daripada sebuah perniagaan sebenar, bukan sekadar membeli simbol atau kod saham di papan dagangan.

Buffett mengelakkan pelaburan dalam industri atau model perniagaan yang berada di luar lingkaran kefahamannya, walaupun sektor tersebut sedang popular atau mencatatkan kenaikan mendadak. Prinsip ini membantu pelabur membuat keputusan berdasarkan fakta dan logik, bukan emosi atau tekanan pasaran.

Dalam konteks pelabur runcit, memahami perniagaan merangkumi:

  • Cara syarikat menjana pendapatan
  • Produk atau perkhidmatan utama
  • Kedudukan syarikat dalam industri
  • Faktor yang boleh menjejaskan kelangsungan keuntungan

Pelabur yang memahami perniagaan akan lebih tenang menghadapi turun naik harga saham kerana mereka menilai prestasi berdasarkan asas perniagaan, bukan pergerakan harga jangka pendek.

Prinsip 2: Memilih Syarikat Dengan Kelebihan Daya Saing Jangka Panjang

Buffett menekankan kepentingan melabur dalam syarikat yang mempunyai kelebihan daya saing mampan, atau sering dirujuk sebagai economic moat. Ini merujuk kepada keupayaan sesebuah syarikat untuk mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan melindungi keuntungan daripada ancaman pesaing.

Kelebihan daya saing ini boleh hadir dalam pelbagai bentuk, antaranya:

  • Jenama yang kukuh dan dipercayai
  • Kos operasi yang lebih rendah berbanding pesaing
  • Rangkaian pelanggan yang setia
  • Halangan kemasukan yang tinggi dalam industri

Syarikat yang mempunyai moat biasanya lebih tahan menghadapi kitaran ekonomi, tekanan persaingan dan perubahan pasaran. Dalam jangka panjang, inilah jenis perniagaan yang mampu menjana pulangan konsisten kepada pemegang saham.

Buffett sendiri terkenal dengan pegangan jangka panjang dalam syarikat yang mempunyai ciri-ciri ini, seperti Coca-Cola dan American Express.

Prinsip 3: Fokus Kepada Nilai, Bukan Harga

Satu lagi kesilapan lazim pelabur ialah menyamakan saham murah dengan saham bernilai. Buffett membezakan dengan jelas antara harga pasaran dan nilai intrinsik.

Nilai intrinsik merujuk kepada nilai sebenar sesebuah perniagaan berdasarkan keupayaannya menjana aliran tunai pada masa hadapan. Harga saham pula dipengaruhi oleh sentimen pasaran, emosi pelabur dan faktor jangka pendek yang tidak semestinya mencerminkan prestasi sebenar syarikat.

Buffett terkenal dengan pendekatan membeli syarikat berkualiti pada harga yang munasabah, bukannya membeli syarikat biasa hanya kerana harganya murah. Pendekatan ini turut disokong oleh konsep margin of safety, iaitu membeli saham apabila harga pasaran berada di bawah anggaran nilai intrinsik bagi mengurangkan risiko kerugian.

Bagi pelabur, ini bermaksud:

  • Tidak mengejar saham semata-mata kerana ia sedang naik
  • Tidak panik menjual saham berkualiti hanya kerana harga sementara menurun
  • Memberi fokus kepada prestasi kewangan dan potensi jangka panjang

Prinsip 4: Kesabaran Sebagai Kunci Pulangan Jangka Panjang

Prinsip terakhir, dan mungkin paling sukar untuk diamalkan, ialah kesabaran. Buffett berulang kali menegaskan bahawa kejayaan pelaburan bukan bergantung kepada kebolehan meramal pasaran, tetapi kepada tempoh berada dalam pasaran.

Beliau percaya bahawa pelabur sepatutnya bersedia memegang saham berkualiti untuk jangka masa yang panjang, selagi asas perniagaan kekal kukuh. Pendekatan ini membolehkan pelabur mendapat manfaat daripada pertumbuhan perniagaan dan kesan gandaan (compounding) dari semasa ke semasa.

Dalam realiti pasaran moden yang dipenuhi dengan maklumat pantas dan turun naik harian, kesabaran sering diuji. Namun, sejarah menunjukkan bahawa pelabur yang berdisiplin dan berfokus kepada jangka panjang cenderung mencapai keputusan yang lebih baik berbanding mereka yang kerap keluar masuk pasaran.

Kesimpulannya, pendekatan pelaburan Warren Buffett tidak menjanjikan kekayaan segera, tetapi ia menawarkan sesuatu yang lebih penting: konsistensi, kawalan risiko dan ketenangan dalam membuat keputusan.

Empat prinsip utama yang boleh dirumuskan ialah:

  1. Melabur hanya dalam perniagaan yang difahami
  2. Memilih syarikat dengan kelebihan daya saing jangka panjang
  3. Menilai saham berdasarkan nilai, bukan harga
  4. Mengamalkan kesabaran sebagai strategi utama

Dalam dunia pelaburan yang semakin kompleks, prinsip-prinsip ini kekal relevan dan praktikal untuk pelabur yang ingin membina kekayaan secara berdisiplin dan berteraskan asas yang kukuh.