Akibat Anak Mengalami Alahan Terhadap Makanan, Lelaki Ini Menjadi Jutawan

Setiap ibu bapa pastinya mahukan anak mereka sihat dan dapat menikmati kehidupan yang sempurna. Dan salah satu perkara penting yang perlu dilakukan oleh ibu bapa ialah memberikan makanan yang berkhasiat kepada anak-anak mereka.

Tetapi bagaimana kalau anak itu mengalami alahan yang menyebabkan mereka tidak dapat menikmati makanan-makanan tertentu? Pasti sukar untuk si kecil ini mendapatkan vitamin dan juga protein yang secukupnya bukan?

Disebabkan itu, seorang bapa dari Texas, Amerika telah menubuhkan sebuah syarikat iaitu Cece’s Veggie Co. Ianya merupakan sebuah syarikat pengeluar nasi, spageti dan mee yang diperbuat daripada sayur-sayuran.

Semuanya bermula apabila doktor memberitahu Arnold yang anaknya mempunyai alahan terhadap makanan yang mengandungi gluten dan protein lekit yang terkandung dalam makanan seperti mee dan juga nasi.

Mahu anak-anaknya dapat menikmati makanan kegemaran mereka tanpa perlu risau akan mengalami masalah radang, Arnold kemudian melakukan eksperimen untuk menyediakan makanan yang sedap tetapi kekal berkhasiat untuk keluarganya.           

Beliau mula membuat pasta berasaskan sayur-sayuran. Percubaannya membuahkan hasil apabila anak-anaknya menggemari rasa pasta tersebut walaupun ia diperbuat daripada sayur-sayuran.

Daripada situ Arnold melihat potensi yang besar terhadap pasta sayur-sayuran ini. Ia bukan sahaja sesuai bagi ibu bapa yang inginkan anak mereka menikmati khasiat sayur-sayuran, tetapi juga untuk golongan vegetarian dan mereka yang mementingkan kesihatan.

Bermula dengan modal $100,000 yang diterima daripada pelabur dan penggunaan kad kredit, Arnold berhempas-pulas untuk membangunkan syarikat makanannya. Daripada 10 orang pekerja, kini ia telah meningkat kepada 200 orang.

Selain usaha gigih yang dilakukannya, bisnes ini mampu mencipta kejayaan secara mendadak kerana beliau mengeluarkan produknya pada masa yang tepat. Ketika itu para pengguna mula mencari produk makanan yang bukan sahaja enak tetapi lebih berkhasiat dan juga berkualiti. Dan produk Cece’s merupakan pilihan yang terbaik bagi golongan ini.

Arnold juga menghabiskan banyak masa untuk melakukan R&D bagi mencari solusi untuk menghasikan produk pasta dan spageti berasaskan sayur-sayuran tetapi mempunyai rasa yang sama seperti pasta dan spageti dari resepi sebenar. Kemudian terhasillah spageti zukini dan spageti keledek.

Walaupun berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti produk yang tidak dapat bertahan lama dan memilih pekerja yang tepat, Arnold masih lagi optimis dalam menguruskan perniagaan ini.

Inilah sifat-sifat yang perlu ada dalam diri orang berjaya, bijak mengenal pasti peluang yang ada, sanggup mengambil risiko, tidak mudah berputus asa dan kekal positif.

Sumber Rujukan:

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Peniagawati Mengumumkan Majlis Minum Petang DiRaja 2026 Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45

KUALA LUMPUR, 26 November Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), persatuan usahawan wanita Bumiputera premier di Malaysia, hari ini mengadakan sidang media di Pavilion Peniagawati, Dewan 3, Aras 1, MITEC Kuala Lumpur bagi memperkenalkan acara Majlis Minum Petang DiRaja 2026 sempena ulang tahun ke-45 persatuan.

Majlis berprestij ini akan dihadiri oleh dua Tetamu Kehormat DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, dan DYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Majlis Minum Petang DiRaja dijangka menghimpunkan kira-kira 400 tetamu, termasuk ahli, rakan kerjasama, dan tetamu kehormat.

Sejak 1980, Peniagawati menjadi tulang belakang kepada pembangunan usahawan wanita Bumiputera. Ulang tahun ke-45 ini menandakan komitmen baharu untuk memperkasakan wanita melalui program pembangunan kapasiti denagan adanya lima zon Chapter baru, rangkaian strategik, dan pengukuhan organisasi di bawah kepimpinan Presiden Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein.

Peniagawati turut mengumumkan pelancaran lima zon Chapter-Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta kemas kini kepada Perlembagaan Peniagawati bagi memperkukuh tadbir urus, operasi Chapter, dan sokongan kepada ahli.

Antara acara utama ialah pengumuman Logo Rasmi Ulang Tahun Ke-45 yang dipilih daripada penyertaan seluruh negara, membawa simbolik kepada perpaduan, kemajuan dan semangat wanita Peniagawati.
Maklumat lanjut mengenai Majlis Minum Petang DiRaja 2026 termasuk tiket dan penajaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.