Pada Mac 2003, FBI telah menahan seorang investor yang juga merupakan seorang trader berumur 44 tahun. Beliau yang di maksudkan ialah Andrew Carlssin yang juga dikenali sebagai The Wall Street Wizard. Beliau didakwa kerana melakukan kesalahan aktiviti insider trading.
Kisah kejayaan beliau tidak dapat dirungkai sama ada melalui kajian atau fakta yang boleh diterima dengan akal logik. Bayangkan dengan hanya bermodalkan hanya $800, beliau telah mengaut keuntungan sebanyak 437,500% iaitu bersamaan lebih $350 juta USD dalam masa bukan 10 atau 20 tahun, tetapi dalam 2 minggu sahaja.
Kebijaksanaan beliau telah menarik perhatian pihak penguasa hingga menyebabkan beliau terpaksa ditahan oleh FBI.
Semasa proses siasatan dijalankan, beliau telah mengejutkan dan mengelirukan FBI dengan kenyataan yang tidak masuk akal. Beliau mendakwa bahawasanya beliau tidak melakukan aktiviti insider trading untuk mengaut keuntungan tersebut, tetapi mengaku bahawa 126 High-Risk Trade yang dilakukan adalah berdasarkan pada pengetahuan beliau kerana dia berasal daripada masa depan. Lebih mengejutkan, apabila beliau mengaku berasal dari tahun 2256.
Setiap trade yang dilakukan oleh beliau sangat menakjubkan kerana kesemua trade beliau tepat mengenai sasaran, malah beliau melakukan Entry ketika harga saham tersebut berada di kedudukan yang paling rendah. Lebih pelik apabila selepas entry yang dilakukan oleh beliau, harga saham tersebut akan melonjak naik secara tiba-tiba.
Beliau turut mendakwa bahawa beliau mengetahui saham mana yang akan jatuh pada tahun 2003 sehingga boleh menyebabkan para pelabur mengalami kerugian yang teruk. Beliau akan sentiasa melakukan close entry yang tepat. Ini menyebabkan pihak penguasa mencurigai kejadian di sebalik cara beliau melakukan trading tanpa sebarang loss.
Bersandarkan kepada cerita time travel, beliau mengetahui semua maklumat untuk berjaya dalam perdagangan saham. Memetik kata-kata beliau semasa rakaman bual bicara dengan FBI,‘Saya sepatutnya melakukan trading tersebut kelihatan seperti semula jadi yang mana saya mesti melakukan sedikit loss dan bukannya memperlihatkan tindakan saya 100% sempurna. Ini untuk mengelakkan saya daripada dikenal pasti berasal dari masa hadapan’.
Selain daripada itu, beliau juga turut menceritakan apa yang terjadi kepada Osama Bin Laden dan bagaimana HIV AIDS boleh diubati. Selepas melakukan pengakuan jalan cerita sebenar tentang kejayaan beliau dalam dunia saham, beliau meminta untuk dilepaskan untuk kembali semula ke mesin masa beliau.
Walaupun telah didesak oleh FBI untuk menyatakan lokasi mesin masa tersebut, beliau hanya diam seribu bahasa dan tidak mengendahkan permintaan tersebut. Ini kerana beliau khuatir teknologi yang beliau ada akan jatuh kepada orang yang tidak sepatutnya.
Tahukah anda apa yang terjadi selepas beberapa hari penahan itu dilakukan?
Beliau telah lenyap sepenuhnya dan tiada sesiapa pun dapat menjejaki beliau. Malah, cap jari bukti beliau melarikan diri juga lesap. Beliau telah lenyap bersama dengan wang sebanyak $1,000,000 USD pada 4 April 2003. Begitu juga dengan misteri individu yang bertanggungjawab melepaskan beliau daripada tahanan penjara. Sehingga hari ini, tidak dapat dikenal pasti individu yang terlibat.
Bertambah misteri apabila nama beliau tidak pernah direkodkan di mana-mana tempat sehinggalah Disember 2002, 3 bulan sebelum beliau ditangkap. Securities Exchange Commission(SEC) mendakwa bahawa ‘beliau seorang pakar penipu dan memanipulasi fakta kerana setiap trade yang beliau lakukan tidak boleh hanya berlandaskan kepada tuah semata-mata, semestinya beliau telah melakukan kesalahan yang menyalahi undang-undang dan terlibat dalam insider trading information’.
Memang sangat menarik dan misteri, tidak kurang juga ramai yang menyatakan beliau adalah salah seorang konspirasi terbaik sepanjang zaman. Adakah anda mempercayai bahawa kita boleh merentas perbatasan masa?
Seandainya anda mempunyai mesin masa, apakah tindakan anda untuk menjadi seorang Trader dan Investor terunggul sepanjang zaman.
Kisah mengenai Andres Carlssin ini merupakan satu daripada 10 kes pengembara masa yang masyhur. Boleh tengok lagi beberapa kisah menarik di Wikipedia.
Sebelum ini kami ada cerita serba sedikit tentang Best Ke Jadi Remisier? Kita dapat tahu kelebihan menjadi seorang remisier, selain daripada berkongsi ilmu dapat juga menjana pendapatan yang lumayan.
Malah Master Yus yang dahulunya dikenali sebagai seorang perempit di litar bursa, kini telah maju selangkah lagi untuk menjadi seorang remisier. Ikuti kisah beliau yang penuh inspirasi di Kisah Perempit Di Litar Bursa Kepada Seorang Remisier.
Berminat untuk menjadi remisier? Langkah pertama adalah memahami keperluan pelesenan, kelayakan dan peperiksaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia.
Eh, nampak macam mudah je kan? Mesti kacang putih punya.
Berkenalan Dengan Suruhanjaya Sekuriti Terlebih Dahulu
Untuk menjadi seorang remisier, kita perlu tahu dulu siapa itu Suruhanjaya Sekuriti. Kalau berkaitan bank, simpanan dan takaful kita ada Bank Negara Malaysia (BNM), kalau berkaitan bank pelaburan dan pelaburan pula kita ada Suruhanjaya Sekuriti atau Securities Commission (SC).
Siapakah Securities Commission (SC)?
Sumber gambar: The Malaysian Reserve
Untuk itu, kita rujuk kepada laman web SC untuk tahu lebih lanjut:
Ditubuhkan pada 1 Mac 1993 bawah Akta Suruhanjaya Sekuriti 1993, SC merupakan badan statutori biaya kendiri dengan kuasa penyiasatan dan penguatkuasaan. SC melapor kepada Menteri Kewangan dan akaunnya dibentangkan di Parlimen secara tahunan. SC mempunyai banyak fungsi pengawalseliaan termasuk:
Mengawal selia bursa-bursa, rumah-rumah penjelasan dan depositori pusat;
Mendaftarkan prospektus syarikat selain daripada kelab-kelab rekreasi tidak tersenarai;
Meluluskan terbitan bon;
Mengawal selia semua perkara yang berhubung kait dengan sekuriti dan derivatif;
Mengawal selia pengambilalihan dan percantuman syarikat-syarikat;
Mengawal selia semua perkara yang berkaitan dengan skim unit amanah;
Melesenkan dan mengawasi semua individu yang berlesen;
Menggalakkan kawal selia sendiri; dan
Memastikan perilaku yang betul di kalangan institusi pasaran dan individu berlesen.
Melaksanakan semua fungsi ini merupakan tanggungjawab besar SC dalam melindungi pelabur. Selain daripada melaksanakan fungsi kawal selia, SC juga bertanggungjawab di bawah undang-undang untuk menggalakkan dan mempromosikan pembangunan sekuriti dan derivatif di Malaysia.
Perhatikan tiga point yang terakhir tersebut, betapa pentingnya SC menitikberatkan bab lesen di dalam industri pelaburan di Malaysia.
Tengok betul-betul lapan aktiviti yang digariskan oleh SC seperti di atas. Nak berurusan dengan sekuriti (saham, waran, REIT, ETF dan bon) kita kena jadi seorang remisier yang berdaftar dengan SC. Nak jual unit trust atau amanah saham pun kena daftar juga tau. Kalau nak promote dan jual Skim PRS atau Private Retirement Scheme pun kena daftar dengan SC.
Ada Syarat Nak Jadi Remisier?
Ya, terdapat beberapa syarat yang perlu dipenuhi untuk menjadi remisier atau wakil berlesen bagi aktiviti dealing in securities.
Antara syarat yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) ialah:
Berumur sekurang-kurangnya 21 tahun.
Memenuhi kriteria fit and proper yang ditetapkan oleh SC.
Memenuhi keperluan kelayakan akademik dan pengalaman kerja yang berkaitan.
Lulus kombinasi modul peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan bagi aktiviti dealing in securities.
Nota: Panduan modul peperiksaan ini disediakan oleh SIDC Prep, sebuah platform persediaan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Maklumat ini disediakan untuk tujuan rujukan sahaja. Calon hendaklah merujuk kepada sumber rasmi SC bagi mendapatkan keperluan pelesenan terkini.
Untuk memohon lesen sebagai wakil berlesen dalam aktiviti dealing in securities, calon perlu memenuhi kriteria kelayakan akademik, pengalaman dan kompetensi yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
Bagi keperluan peperiksaan, calon perlu lulus kombinasi modul SC Licensing Examinations (SCLE) yang ditetapkan, antaranya:
Modul 6 dan Modul 7
Modul 6 dan Modul 18
Modul 7 dan Modul 17
Modul 17 dan Modul 18
Keperluan sebenar tertakluk kepada kategori aktiviti terkawal dan kriteria pelesenan semasa SC. Calon disarankan merujuk Licensing Handbook terkini sebelum membuat permohonan.
Nak Jadi Remisier? Ini Modul Peperiksaan SCLE Yang Perlu Anda Lulus
Kebanyakan calon yang ingin menjadi remisier memilih untuk mengambil Modul 6 dan Modul 7. Tetapi, apakah yang dipelajari dalam kedua-dua modul ini?
Modul 6 – Stock Market and Securities Law (Pasaran Saham dan Undang-undang Sekuriti)
Modul 7 – Financial Statement Analysis and Asset Valuation (Analisis Penyata Kewangan dan Penilaian Aset)
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk calon warganegara Malaysia, termasuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Calon boleh merujuk laman rasmi SIDC untuk mendapatkan maklumat lanjut mengenai struktur yuran, bahan pembelajaran dan peperiksaan.
Dah Pergi Kelas, Ambil Peperiksaan Pula
Selepas mengikuti kelas persediaan dan membuat ulang kaji, calon perlu menduduki peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) bagi modul yang ditetapkan.
Kedua-dua Modul 6 dan Modul 7 mengandungi 60 soalan objektif (Multiple Choice Questions atau MCQ) yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit.
Dengan markah lulus sebanyak 60%, calon perlu menjawab sekurang-kurangnya 36 daripada 60 soalan dengan betul untuk lulus peperiksaan bagi setiap modul.
Walau bagaimanapun, calon disarankan menyemak format dan struktur peperiksaan terkini melalui laman rasmi SIDC sebelum menduduki peperiksaan.
Yuran Peperiksaan
Bagi tahun 2026, yuran peperiksaan SC Licensing Examinations (SCLE) ialah RM1,250 bagi setiap modul, untuk calon yang menduduki peperiksaan buat kali pertama atau mengulanginya.
Struktur yuran ini berkuat kuasa mulai 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027. Oleh itu, calon perlu mengambil kira kos peperiksaan bagi setiap modul sebelum membuat persediaan untuk mendapatkan lesen dalam industri pasaran modal.
Prestasi kelulusan berbeza mengikut modul dan tahun. Calon boleh meneliti kadar kelulusan terdahulu sebagai salah satu rujukan untuk merancang persediaan peperiksaan.
Nota: Maklumat kadar kelulusan peperiksaan ini dirujuk daripada SIDC Prep, sebuah laman latihan peperiksaan bebas yang tidak berafiliasi, disokong atau disahkan oleh Securities Industry Development Corporation (SIDC), Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC) atau Bursa Malaysia. Data disediakan untuk tujuan maklumat dan rujukan sahaja
Didoakan supaya anda berjaya menjadi seorang remisier, dan menjadi seorang pendidik bagi membantu lebih ramai orang terbuka mata tentang pelaburan saham patuh syariah di Malaysia.
Memang nampak macam senang, tetapi realitinya kita perlu bersabar kerana ianya mengambil masa beberapa bulan juga, daripada saat pergi ke kelas, belajar daripada buku, ambil exam olok-olok, ambil exam sebenar, dan akhirnya dapat sijil mengatakan “Tahniah, Anda Lulus”!
Soalan Lazim Tentang Cara Menjadi Remisier
1. Berapa umur minimum untuk menjadi remisier?
Calon perlu berumur sekurang-kurangnya 21 tahun dan memenuhi syarat pelesenan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC).
2. Adakah wajib lulus Modul 6 dan Modul 7?
Tidak semestinya. Terdapat beberapa kombinasi modul SCLE yang dibenarkan bagi aktiviti dealing in securities, tertakluk kepada keperluan pelesenan SC.
3. Berapakah yuran peperiksaan SCLE pada tahun 2026?
Bagi calon warganegara Malaysia, yuran peperiksaan ialah RM1,250 bagi setiap modul untuk tempoh 1 Mac 2026 hingga 28 Februari 2027.
4. Berapa soalan dalam peperiksaan Modul 6 dan Modul 7?
Setiap modul mengandungi 60 soalan objektif yang perlu dijawab dalam tempoh 90 minit. Markah lulus ialah 60%, bersamaan sekurang-kurangnya 36 jawapan betul.
5. Berapa lama masa diperlukan untuk menjadi remisier?
Tempoh bergantung kepada persediaan calon, jadual peperiksaan, kelulusan modul dan proses permohonan lesen. Tiada satu tempoh tetap yang terpakai kepada semua calon.