Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 – Ekonomi Malaysia Dijangka Kukuh Bagi Menempuh Tahun 2019

Berikut adalah inti pati Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 serta Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 yang dikeluarkan hari ini.

EKONOMI:

Ekonomi Malaysia dijangka kekal pada landasan pertumbuhan kukuh, berkembang antara 4.3 peratus dan 4.8 peratus pada 2019, dipacu oleh aktiviti sektor swasta, pendapatan stabil dan pertumbuhan pekerjaan, serta peningkatan kapasiti perniagaan yang berterusan.

Sektor perkhidmatan dijangka berkembang 5.7 peratus daripada 6.8 peratus pada 2018. Sektor pembuatan akan berkembang pada 4.8 peratus berbanding lima peratus pada 2018.

Sektor pembinaan diunjurkan mencatat pertumbuhan sederhana pada tiga peratus tahun ini berbanding 4.2 peratus pada 2018.​​​​​​​​​​​​​​

Sektor perlombongan dan kuari dijangka berkembang 0.8 peratus, berbanding penurunan 1.5 peratus pada 2018 berikutan pengurangan pengeluaran gas asli.

Sektor pertanian diunjurkan berkembang 2.8 peratus tahun ini selepas susut 0.4 peratus pada 2018.

Kadar pengangguran dijangka kekal hampir tidak berubah pada 3.3 peratus hingga 3.5 peratus tahun ini.

Pelaburan swasta dijangka merekodkan pertumbuhan 4.9 peratus pada 2019. Pelaburan awam diunjurkan susut pada 7.1 peratus khususnya disebabkan pelaburan rendah oleh syarikat awam setelah penyiapan projek berskala besar.

Baki akaun semasa berkemungkinan kekal mencatatkan lebihan, walaupun berkurangan kepada 1.5 peratus – 2.5 peratus daripada Pendapatan Negara Kasar pada 2019.

Eksport Malaysia dijangka merekodkan pertumbuhan 3.4 peratus tahun ini berbanding 6.8 peratus pada 2018.

Import akan disokong oleh permintaan domestik yang berterusan, dengan import kasar dijangka berkembang 4.5 peratus pada 2019 berbanding 4.9 peratus pada 2018 dengan mengambil kira peningkatan semula import perantaraan dan modal.

Inflasi teras Malaysia dijangka pada keseluruhannya stabil dan berpurata antara 0.7 dan 1.7 peratus pada 2019 berbanding satu peratus pada 2018.

Hutang luar Malaysia, yang berjumlah RM924.9 bilion atau 64.7 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) setakat akhir 2018, adalah kekal terurus, meskipun secara relatifnya lebih tinggi berbanding median negara sedang pesat membangun setara.

Bank Negara Malaysia (BNM) mengumumkan dividen RM2.5 bilion kepada kerajaan pada 2018.

BANK:

Ujian tekanan kesolvenan berbilang tahun BNM terus mengesahkan daya tahan bank-bank dan penanggung insurans di bawah simulasi senario tekanan makroekonomi dan kewangan yang teruk.

Bank-bank kekal berkedudukan baik untuk menyerap potensi kerugian menggunakan penampan modal dan pendapatan sedia ada, dengan nisbah modal sistem perbankan selepas ujian tekanan kekal jauh melebihi paras pengawalseliaan minimum.

HUTANG ISI RUMAH:

Hutang isi rumah kepada KDNK Malaysia susut kepada 83 peratus tahun lepas daripada 84.3 peratus pada 2017, didorong langkah berhemat makro dalam memperkukuh daya tahan isi rumah.

Pertumbuhan hutang isi rumah pada 2018 terus berkurangan pada 4.7 peratus, didorong terutama oleh pertumbuhan pinjaman yang diberikan oleh institusi kewangan bukan bank yang lebih perlahan.

Pertumbuhan pembiayaan peribadi, yang mendorong peningkatan pantas hutang isi rumah sebelum ini, telah berkurangan dengan ketara susulan pelaksanaan pelbagai langkah sejak 2012.

Pertumbuhan turun kepada 2.3 peratus pada 2018 daripada 2.8 peratus pada 2017 (paras tertinggi 25.2 peratus pada 2008).

Dalam pasaran hartanah, pertumbuhan harga rumah terus merosot ketika kekurangan permintaan bagi hartanah berharga tinggi, yang kekal tidak mampu dimiliki oleh kebanyakan pembeli selain aktiviti kurang memberangsangkan dalam pasaran perumahan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.

Ini mendorong penyesuaian bekalan perumahan kepada segmen mampu milik.

-BERNAMA

Sumber: BH Online

Biarlah Gambar Berbicara

Bagi mereka yang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh muat turun Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 dan Laporan Tahunan Bank Negara Malaysia 2018 (Tambahan).

Previous ArticleNext Article

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Prestasi KWAP Perlu Dinilai Secara Adil, Catat RM12.9 Bilion Untung Bersih – PM Anwar

KUALA LUMPUR, 20 Julai (Bernama) — Prestasi Kumpulan Wang Persaraan (Diperbadankan) (KWAP) perlu dinilai secara adil memandangkan dana persaraan itu berjaya mencatatkan keuntungan bersih RM12.9 bilion, kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Anwar, yang juga Menteri Kewangan berkata ia tidak mungkin dicapai tanpa kepakaran, komitmen dan dedikasi panel pelaburan, pengurusan serta kepimpinan KWAP.

Mengenai pelaburan dalam eFishery, Perdana Menteri berkata bukan sahaja KWAP, malah syarikat pelaburan terkemuka Singapura seperti Temasek, bank Jepun SoftBank, Sequoia Capital, Aqua-Spark, 42XFund yang berpangkalan di Abu Dhabi and NorthStar dari Indonesia, turut melabur dalam syarikat pemula teknologi akuakultur itu.

“Jadi saya mohon rakan-rakan Yang Berhormat melihat keseluruhannya kerana keuntungan dan pertumbuhan yang disebut pertumbuhan kompaun tahunan itu melebihi 8.5 peratus,” kata beliau pada sesi soal jawab di Dewan Negara hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Senator Mohd Hasbie Muda berhubung strategi bagi memastikan tabung persaraan negara iaitu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan KWAP mampu memberikan dividen terbaik walaupun berdepan ketidaktentuan geopolitik global.

Sementara itu, beliau turut menjelaskan bahawa KWAP tidak hanya melabur dalam syarikat asing, sebaliknya turut mempunyai pelaburan yang besar dalam syarikat pemula tempatan.

Anwar berkata selain pelaburan sedia ada, KWAP turut terbabit dalam inisiatif GEAR-UP yang diterajui Kementerian Kewangan (MOF) bersama KWAN, melibatkan dana berjumlah RM30 bilion.

Menjawab soalan tambahan Mohd Hasbie mengenai unjuran KWAP membiayai sepenuhnya tanggungan pencen melalui pulangan pelaburannya tanpa bergantung kepada dana kerajaan, Anwar berkata setakat ini keuntungan yang dicatatkan, meskipun mencecah puluhan bilion ringgit, masih belum mampu menampung kos pencen bagi jangka panjang.

“Sebab itu kita juga terpaksa berdepan dengan kontroversi mengenai tuntutan sebahagian pihak supaya dana dikeluarkan dengan lebih mudah,” kata beliau.

Menjawab soalan tambahan Senator Datuk Abdul Hasim Suleiman mengenai keanggotaan jawatankuasa pelaburan KWAP dan sama ada majoritinya terdiri daripada golongan profesional, Anwar berkata panel pelaburan itu dianggotai sepenuhnya oleh golongan profesional manakala lembaganya turut diwakili wakil kementerian dan pekerja.

“Bagaimanapun, saya setuju dengan Yang Berhormat, kerugian itu (atas pelaburan dalam eFishery) harus memberikan kita peringatan, tidak semestinya kelulusan diberikan oleh panel pelaburan besar dunia, macam kita lihat tadi dari Eropah, Jepun, (misalnya) itu harus mempengaruhi kita.

“Tentunya ia memberi sedikit pertimbangan kerana untuk Softbank, misalnya melabur atau Emiriah Arab Bersatu atau Eropah, tentunya bagi pertimbangan besar tapi kalau kita lihat, cerakin proses, ia satu kejadian luar biasa,” kata Anwar.

— BERNAMA