Benarkah Teknik Jual Angan-Angan Dikategorikan Sebagai Skim Cepat Kaya Moden?

Sifat tamak dan ingin kaya cepat tanpa usaha yang berterusan merupakan salah satu bencana kewangan yang sangat berbahaya. Disebabkan perkara tersebut, banyak daripada kita akan mudah terjebak dengan skim cepat kaya.

Skim ini sangat popular di Malaysia pada awal 1990-an yang mana Skim Pak Man Telo sudah berjaya menipu wang pelaburan orang kampung yang masih lagi belum kenal dengan kegiatan tersebut pada waktu itu. 

Selari dengan perubahan masa, skim cepat kaya juga telah berubah. Kini terdapat skim yang mana tidak lagi seperti dulu yang popular seperti skim piramid tetapi skim kali ini juga dilihat seakan-akan sama seperti skim piramid iaitu skim menjual kelas atau seminar dengan janji yang sangat manis.

Skim yang menawarkan kelas atau seminar pendidikan ini sangat popular di Amerika Syarikat sejak tahun 1980-an lagi kini juga turut popular di Malaysia pada ketika ini.

Kredit Gambar : Inu Etc

Dengan cara menjual angan-angan supaya cepat kaya, kelas pendidikan ini dikatakan mendapat tempat di kalangan masyarakat yang terdesak. Jika dulunya, skim cepat kaya berselindung disebalik produk kesihatan untuk merekrut ahli baru yang menggunakan kaedah multilevel marketing sangat berjaya sehingga menarik ribuan orang untuk menyertai skim terbabit yang menjanjikan kekayaan dengan cepat.

Teknik Menjual Angan-Angan

Pada permulaan era 1990-an, skim cepat kaya pada ketika itu adalah bersemuka dengan pelanggan dan penjual skim tersebut akan mendedahkan teknik untuk kaya dengan mudah tanpa perlu melakukan sebarang usaha yang sepatutnya.

Penjual skim itu perlu dilihat kaya dihadapan pelanggan mereka dengan mengenakan pakaian yang kemas seperti pakaian rasmi ke pejabat berserta dengan kereta mewah bagi menyakinkan para pelanggan mereka yang ingin menyertai skim yang dibawa oleh mereka.

Kredit Gambar: Guidall

Kini, teknik berbeza telah dilakukan oleh sebahagian sifu yang kaya dengan menjual air liur. Mereka tidak lagi menayangkan kemewahan kepada pelanggan mereka tetapi dengan menggunakan kaedah marketing yang lebih sistematik.

Antara kaedah yang paling popular dilakukan kini adalah dengan mengumpan orang ramai dengan seminar percuma. Bagi yang tidak tahu bagaimana ia berlaku, sebenarnya seminar ini adalah proses mengumpul database para prospek untuk mereka lakukan retargeting marketing.

Contoh yang paling popular adalah seminar percuma untuk motivasi perniagaan. Dalam seminar percuma seperti ini, peserta akan didedahkan dengan sedikit sahaja ilmu asas kepada bidang ini dan selebihnya akan mendedahkan testimoni kejayaan anak murid mereka yang telah menjalani kelas mereka.

Sepanjang kelas percuma, sifu ini akan menceritakan bagaimana dahulunya anak didik mereka yang tak pernah berjaya dalam hidup tetapi selepas memasuki program atau kelas yang dianjurkan, kejayaan anak didik mereka telah terbukti dengan menjadi ‘kaya’.

Pada ketika ini, mereka akan melakukan proses seeding kejayaan anak didik mereka untuk memanipulasi peserta seminar yang dahagakan kejayaan dengan cepat. Data dan angka mengiurkan akan dipaparkan kepada peserta bagi membuktikan kelas mereka adalah yang terbaik. Teknik ini akan menjadikan orang ramai mudah terpengaruh dengan testimoni yang dibentangkan oleh mereka secara halus.

Kata-kata dan kalimat keramat mereka terhadap peserta yang baru berjinak untuk berjaya akan berkumandang seperti “Jika Kamu Mahu Berjaya, Perlu Ada Mentor!!!”..

Kalimah ini akan diulang berkali-kali untuk membuka subconscious mind peserta yang ingin kaya dengan cepat supaya mereka akan bertindak untuk sign up program yang disediakan. 

Sedangkan mengikut perspektif COO Facebook Sheryl Sandberg seseorang yang ingin berjaya tidak perlu kepada mentor sebaliknya buat benda itu terlebih dahulu dan mentor akan datang kepada kita kemudian. Kata-kata ini terkandung dalam buku beliau, Lean In.

Kredit Gambar: VOX

Paling hebat adalah ketika penganjur memainkan emosi para peserta seminar dengan sentimen kekeluargaan atau agama. Titisan air mata disulami dengan doa bagi meruntun emosi akan digunakan bagi memanipulasi emosi para peserta.

Dalam seminar pula, mereka akan up selling seminar atau kelas advance yang lebih tinggi nilainya.

Di akhir seminar mereka akan menawarkan promosi harga luar biasa dan hanya boleh didapati pada masa tersebut sahaja. Teknik urgency ini adalah untuk memberi tekanan secara halus kepada peserta untuk mengambil pakej mereka.

Bagaimana Untuk Elak?

Sukar untuk mengatakan tidak kepada sesiapa yang menawarkan kelas atau seminar yang menjanjikan kekayaan kepada kita. Cara paling berkesan adalah dengan menambah ilmu pengetahuan melalui pembacaan buku. Walaupun kaedah ini adalah paling sukar, ia adalah keadah yang paling berkesan untuk tidak ditipu oleh mana-mana sifu yang hanya menjual seminar dan tidak berminat membimbing kita.

Kita perlu ingat “sifu yang popular tidak semestinya yang terbaik untuk kita”. Di luar sana terdapat banyak coach atau guru-guru yang belum popular yang menyediakan seminar dengan harga yang lebih murah. Mereka mampu menawarkan harga murah sebab tidak membelanjakan kos yang tinggi untuk pemasaran. Mungkin bila mereka sudah popular nanti, lain pula harganya.

Seminar yang murah juga tidak semestinya terbaik untuk kita.

Apa yang penting, kita telah berusaha yang terbaik untuk mendatangi ilmu. Segala keputusan untuk memilih adalah dalam tangan kita sendiri.

Lain padang, lain belalang. Lain orang, lain keperluannya dalam kehidupan.

Seminar, webinar atau sifu tidak salah. Ianya adalah satu bentuk perniagaan yang sah. Tetapi diri kita harus melihat akan keperluan dan kelebihan yang bakal kita terima hasil daripada pelaburan ilmu yang kita lakukan.

“Sifu tu kaya sebab rembat duit org join kelas seminar upsell“. Begitulah skrip saban tahun. Peliknya kita yang cerdik dan banyak masa lapang kenapa tak bagi ilmu free dekat orang lain?

Sumber Rujukan:

FTC
Medium
Get Rich Quick Gurus: The Truth.

Pada tahun 2020 yang lalu, kami telah pun menghasilkan buku sulung yang bertajuk ‘Malaysia Melabur: 10 Benda Kita Kena Tahu’. Sambutannya begitu menggalakkan sehingga buku ini terpilih sebagai Top 10 di MPH dalam kategori Malay Non-Fiction bagi tahun 2020.

Alhamdulillah, terkini kami berjaya terbitkan pula buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

Kenapa Perlu Baca Buku Ini?

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menambahkan pendapatan di pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Kita Bajet Insurans, Tapi Lupa Bajet Check-up

Hampir setiap ketua keluarga mempunyai bajet yang cukup terperinci untuk perlindungan kesihatan samada menerusi insurans atau takaful.

Di Majalah Labur, kami percaya ramai pembaca setia kami rata-rata bersetuju yang sejumlah 5% – 15% dari gaji bulanan adalah amaun yang cukup sihat untuk perlindungan kesihatan.

Akan tetapi, ada satu perkara yang sering tidak mempunyai bajet khusus: pemeriksaan kesihatan berkala.

Kita lebih mudah menyediakan RM200 untuk membaiki sesuatu selepas rosak berbanding memperuntukkan sejumlah wang untuk memastikan masalah itu dapat dikenal pasti lebih awal.

Baca : 5 Perkara Medical Card Boleh Bantu Yang Tak Ramai Orang Tahu!

Dalam kewangan peribadi, cara berfikir seperti ini mungkin kelihatan kecil. Tetapi apabila melibatkan kesihatan, penangguhan boleh membawa kepada keadaan yang memerlukan lebih banyak masa, rawatan dan perbelanjaan.

Sebab itu preventive healthcare wajar dilihat sebagai sebahagian daripada perancangan kewangan keluarga, bukan sekadar perbelanjaan tambahan.

Ada bajet insurans. Bagaimana dengan bajet kesihatan?

Insurans atau takaful penting untuk melindungi kewangan apabila berlaku keadaan yang memerlukan rawatan atau kemasukan ke hospital.

Tetapi perlindungan kewangan tidak semestinya bermaksud kita tidak perlu menyediakan bajet untuk penjagaan kesihatan rutin.

Kementerian Kesihatan Malaysia sendiri menyediakan perkhidmatan saringan kesihatan untuk mengenal pasti faktor risiko, memberi nasihat pengurusan risiko dan membuat rujukan lanjut jika diperlukan.

pemeriksaan kesihatan

Pada asasnya, terdapat perbezaan antara:

“Saya mempunyai perlindungan jika sesuatu berlaku”

dengan

“Saya memperuntukkan wang untuk mengetahui keadaan kesihatan saya secara berkala.”

Kedua-duanya memainkan peranan yang berbeza dalam perancangan kewangan kesihatan.

Kesilapan ibu bapa : tunggu anak sakit baru bawa berjumpa doktor gigi

Perkara ini lebih mudah berlaku dalam kalangan ibu bapa. Anak tidak mengadu sakit, jadi pemeriksaan ditangguhkan. Gigi susu pula dianggap tidak begitu penting kerana akhirnya akan tanggal.

Apabila sakit mula berlaku, barulah ibu bapa mencari rawatan. Masalahnya, ketiadaan sakit tidak semestinya bermaksud tiada masalah.

Masalah ini yang cuba diketengahkan oleh Dr. A’tikah U’zed (Doktor Gigi di Klinik Pergigian Aesira) yang melihat ada keperluan untuk ibu bapa di Malaysia mengkhususkan wang untuk rawatan gigi anak mereka atau mereka sendiri!

pemeriksaan kesihatan gigi

Penegasan ini nampak ada intinya selepas kami melihat bahawa data National Oral Health Survey of Adults (NOHSA) 2020 menunjukkan ;

“Prevalens karies dalam kalangan rakyat Malaysia berumur 15 tahun ke atas ialah 85.1%, manakala dalam kumpulan umur 15–19 tahun pun prevalensnya masih 51.7%. Dalam kalangan orang dewasa yang mempunyai gigi, 40.7% mempunyai keperluan rawatan restoratif, 28.9% keperluan cabutan dan 4.5% keperluan rawatan endodontik.”

Masalah gusi juga tidak semestinya bermula dengan kesakitan.

NOHSA 2020 mendapati hanya 5.1% populasi bergigi mempunyai periodontium yang sihat, sementara 38.2% mempunyai periodontitis. KKM turut menerangkan bahawa penyakit periodontal boleh tidak disedari kerana pada peringkat awal ia boleh berlaku tanpa sakit.

Ini menjadikan pemeriksaan berkala satu perkara yang relevan bukan sahaja kepada kesihatan, tetapi juga kepada cara keluarga merancang perbelanjaan.

Kos rawatan gigi sebenarnya boleh dilihat sebagai kos tahunan

BilRawatanAnggaran kosKekerapan /Perspektif
1Konsultasi & pemeriksaan gigiRM30–RM1006–12 bulan / mengikut risikoKos asas untuk mengetahui keadaan gigi sebelum membuat keputusan rawatan
2X-ray gigi kecil (periapikal/bitewing)RM30–RM80Jika diperlukan doktorMembantu melihat masalah yang tidak jelas melalui pemeriksaan biasa
3X-ray panoramic (OPG)RM80–RM200Jika diperlukanBiasanya untuk penilaian keseluruhan rahang, gigi bongsu atau perancangan tertentu
4Scaling & polishingRM80–RM250Mengikut keadaan gigi/gusiPenjagaan berkala yang boleh dimasukkan dalam bajet pergigian tahunan
5Rawatan fluoridaRM50–RM120Berdasarkan risiko, terutama kanak-kanakPreventive care yang boleh dirancang lebih awal
6Fissure sealant±RM50–RM100/gigiTerutama gigi tertentu kanak-kanakPerbelanjaan pencegahan yang dibuat berdasarkan penilaian doktor
7Tampalan gigiRM80–RM300/gigiApabila terdapat kariesContoh kos rawatan yang mungkin timbul selepas pemeriksaan
8Cabutan gigi biasaRM80–RM300/gigiJika gigi tidak dapat dikekalkan / perlu dicabutKos meningkat berbanding penjagaan rutin apabila masalah memerlukan prosedur
9Rawatan saluran akar (root canal)±RM600–RM2,000/gigiUntuk gigi dengan masalah pulpa tertentuContoh bagaimana rawatan boleh menjadi lebih kompleks dan memerlukan bajet lebih besar
10Pembedahan gigi bongsu±RM800–RM2,500/gigiJika impaksi/kerumitan memerlukan pembedahanContoh kos prosedur yang lebih besar dan sukar dirancang sebagai perbelanjaan rutin

Semak : Senarai Harga Rawatan Gigi Terkini

Daripada melihat pergigian sebagai:

“Berapa saya perlu bayar apabila gigi sakit?”

lebih baik keluarga melihatnya sebagai:

“Berapa bajet saya perlu sediakan setiap tahun untuk penjagaan gigi?”

Ini tidak bermaksud seseorang perlu menjalani rawatan setiap tahun.

Sebaliknya, bajet tersebut boleh merangkumi pemeriksaan, penjagaan pencegahan dan rawatan yang diperlukan berdasarkan penilaian doktor gigi.

Kekerapan pemeriksaan pula bukan satu angka yang wajib sama untuk semua orang. Sesetengah individu mungkin memerlukan pemeriksaan lebih kerap berdasarkan risiko karies, keadaan gusi, sejarah rawatan dan faktor kesihatan lain.

Matlamatnya ialah tidak menunggu sehingga keadaan menjadi kecemasan sebelum mula merancang.

Contohnya, gigi jarang bukan semata-mata soal kosmetik

Ambil contoh diastema, atau gigi jarang.

Menurut Dr. A’tikah U’zied, diastema ialah ruang antara dua gigi yang paling kerap dilihat pada gigi hadapan atas.

Ia boleh berkait dengan saiz gigi berbanding rahang, faktor struktur semula jadi atau tabiat tertentu. Antara perkara yang boleh diperhatikan ialah ruang yang jelas antara gigi atau ruang yang semakin melebar.

Tidak semua diastema memerlukan rawatan.

Baca : Mencari Medical Card Terbaik? Tipu Semua Tu. Fahamkan 5 Perkara Ini

Tetapi apabila ibu bapa atau individu menyedari perubahan pada kedudukan atau jarak gigi, pemeriksaan memberikan peluang untuk menentukan sama ada ia sekadar variasi normal atau sesuatu yang memerlukan pemantauan atau rawatan.

Inilah konsep financial planning yang sering terlepas pandang.

Pemeriksaan bukan bermaksud kita sudah bersetuju untuk menjalani rawatan.

Pemeriksaan bermaksud kita mendapatkan maklumat terlebih dahulu.

Dengan maklumat itu, keluarga boleh membuat keputusan tentang apa yang perlu dilakukan, bila ia perlu dilakukan dan bagaimana perbelanjaannya boleh dirancang.

Jadi, enam bulan atau setahun sekali?

Jawapannya bergantung kepada individu.

Jadual pemeriksaan gigi sepatutnya mengambil kira keadaan gigi dan gusi, tahap risiko, umur, sejarah rawatan serta penilaian doktor gigi.

Bagi sesetengah orang, pemeriksaan enam bulan sekali mungkin sesuai. Bagi yang lain, doktor mungkin mencadangkan sela masa yang berbeza.

Yang penting ialah jangan menjadikan “tidak sakit” sebagai satu-satunya ukuran untuk menentukan sama ada pemeriksaan diperlukan.

Konsep yang sama digunakan dalam kesihatan secara umum. KKM menerangkan bahawa saringan kesihatan bertujuan membantu mengenal pasti faktor risiko dan penyakit lebih awal supaya pengurusan dapat dimulakan.

Bagaimana keluarga boleh masukkan kesihatan dalam financial planning?

Satu pendekatan mudah ialah membahagikan perancangan kepada beberapa lapisan:

Pertama, perlindungan.
Insurans atau takaful untuk risiko kesihatan yang besar, mengikut kemampuan dan keperluan keluarga.

Kedua, dana kecemasan.
Simpanan tunai untuk perbelanjaan kesihatan atau kecemasan yang tidak dirancang.

Ketiga, preventive healthcare.
Bajet tahunan untuk pemeriksaan dan saringan yang bersesuaian dengan umur serta faktor risiko.

Keempat, penjagaan rutin.
Termasuk pergigian dan keperluan kesihatan lain yang boleh dijangka.

Dengan cara ini, kesihatan tidak hanya muncul dalam bajet apabila sesuatu sudah berlaku.

Baca : Permintaan Sektor Penjagaan Kesihatan Diunjur Meningkat Bagi Jangka Panjang

Kesihatan juga perlukan bajet sebelum ia menjadi kecemasan

Financial planning yang baik bukan sekadar mempunyai wang apabila berlaku masalah.

Ia juga tentang mengetahui perbelanjaan yang boleh dijangka, menyediakan ruang untuk penjagaan berkala dan membuat keputusan berdasarkan maklumat sebelum keadaan menjadi mendesak.

pemeriksaan kesihatan

Pemeriksaan kesihatan tidak menjamin seseorang akan terlepas daripada penyakit atau rawatan mahal. Begitu juga pemeriksaan gigi tidak menjamin seseorang tidak akan memerlukan prosedur kompleks pada masa hadapan.

Namun, pemeriksaan memberikan sesuatu yang penting dalam perancangan kewangan:

maklumat lebih awal.

Dan maklumat lebih awal memberikan keluarga peluang untuk membuat keputusan dengan lebih tenang, sama ada perlu merawat sekarang, memantau dahulu atau menyediakan bajet untuk rawatan pada masa akan datang.

Jadi, apabila menyediakan bajet keluarga untuk tahun hadapan, jangan hanya tanya:

“Berapa saya perlu simpan kalau saya jatuh sakit?”

Tanya juga:

“Berapa yang saya sanggup peruntukkan untuk mengetahui keadaan kesihatan saya sebelum ia menjadi kecemasan?”

Kerana dalam pengurusan kewangan kesihatan, bil rawatan bukan satu-satunya kos yang perlu difikirkan.

Masa, ketidakselesaan, kehilangan produktiviti dan keputusan yang dibuat ketika keadaan sudah mendesak juga mempunyai nilai.

Preventive healthcare bukan tentang berbelanja sebanyak mungkin untuk kesihatan.

Ia tentang merancang supaya kesihatan tidak menjadi kejutan kewangan kepada keluarga.

Artikel ini bertujuan memberikan maklumat umum dan bukan pengganti nasihat doktor atau doktor gigi. Keperluan pemeriksaan, saringan dan rawatan berbeza mengikut keadaan individu.