Siapa Lagi Akan Menyertai Kelab 100 Bilion Dollar?

Warga India yang berpengaruh dalam industri minyak dan gas iaitu MukeshAmbani baru-baru ini menjadi tajuk utama apabila beliau menyertai kelab terlampau eksklusif – untuk mereka yang memiliki nilai bersih $100 bilion atau lebih.

Buat masa sekarang, sebelas orang – kebanyakannya warga Amerika dan berasal dari dunia teknologi – adalah sebahagian daripada ahli kelab hebat. Kedatangan Ambani yang juga orang kedua bukan warga Amerika dan orang pertama dari negara sedang membangun adalah titik permulaan untuk kepelbagaian dalam kelab $100 bilion ini.

Menurut data yang ada di Bloomberg Billionaires Index, lapan billionaire mampu melepasi halangan $100 bilion dalam masa empat tahun lagi jika mereka berjaya meningkatkan kekayaan dalam kadar sama seperti bulan Januari dan Oktober 2021. Warga India kedua, Gautam Adani dari Adani Group yang menguasai pelabuhan di India, berkemungkinan mampu menyertai kelab ini dalam masa lima bulan.

Manakala, wanita pertama yang mungkin menyertai kelab itu – pewaris French Loreal iaitu Francoise Bettencourt Meyers – masih mempunyai potensi lagi 1.3 tahun. Menurut pengiraan, warga Cina atau Hong Kong mungkin juga akan menyertai kelab ini pada awal tahun 2024.

Sudah tentu nilai bersih bilionaire  bergantung kepada pasaran saham yang tidak menentu dan kekayaan mereka boleh berubah dengan cepat. Walaupun begitu, bilangan pesaing dari pelbagai latar belakang menunjukkan senarai orang yang terlampau kaya-raya ini akan mula kelihatan berbeza di masa hadapan.

Sumber : Statista

Alhamdulillah, terkini kami telah terbitkan buku ‘Malaysia Melabur Saham’.

BUKU INI WAJAR DIMILIKI OLEH MEREKA YANG BERANI BERIMPIAN !

Pastinya anda selalu terdengar atau terbaca tentang peluang menggandakan pendapatan dalam pasaran saham patuh syariah di Bursa Malaysia. Ramai yang masih berkira-kira sebab belum berani dan tak pasti.

Jika anda benar-benar berminat untuk terlibat tetapi masih belum memulakan langkah pertama, buku ini teramat sesuai.

Ianya ringkas, padat dan sarat dengan contoh-contoh berbentuk grafik.

Kenapa Kena Miliki Buku Ini?

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa.

Anda nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak dapat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

Miliki Buku Ini Sekarang!!

Tak semua orang boleh belajar menerusi video, jadi boleh baca buku ini di masa lapang. Nak Google semua artikel pun memakan masa. Sebab itu buku ini telah terjual lebih daripada 2,000 naskah!

Kami faham ramai nak mula melabur saham, tapi nak tahu dulu asasnya?

Tak sempat nak belajar secara face-to-face, jom mulakan dengan membaca buku ini.

Senang faham sebab buku ini penuh dengan gambar dan contoh-contoh.

Ditulis oleh mereka yang berpengalaman, kita sama-sama belajar sampai faham.

TERKINI: Miliki Buku Malaysia Melabur Saham di Shopee

Previous ArticleNext Article

Peniagawati Mengumumkan Majlis Minum Petang DiRaja 2026 Sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-45

KUALA LUMPUR, 26 November Persatuan Wanita Bumiputera Dalam Perniagaan dan Profesyen Malaysia (Peniagawati), persatuan usahawan wanita Bumiputera premier di Malaysia, hari ini mengadakan sidang media di Pavilion Peniagawati, Dewan 3, Aras 1, MITEC Kuala Lumpur bagi memperkenalkan acara Majlis Minum Petang DiRaja 2026 sempena ulang tahun ke-45 persatuan.

Majlis berprestij ini akan dihadiri oleh dua Tetamu Kehormat DYMM Tuanku Zara Salim, Raja Permaisuri Perak Darul Ridzuan, dan DYMM Sultanah Nur Zahirah, Sultanah Terengganu. Majlis Minum Petang DiRaja dijangka menghimpunkan kira-kira 400 tetamu, termasuk ahli, rakan kerjasama, dan tetamu kehormat.

Sejak 1980, Peniagawati menjadi tulang belakang kepada pembangunan usahawan wanita Bumiputera. Ulang tahun ke-45 ini menandakan komitmen baharu untuk memperkasakan wanita melalui program pembangunan kapasiti denagan adanya lima zon Chapter baru, rangkaian strategik, dan pengukuhan organisasi di bawah kepimpinan Presiden Dato’ Hjh Emmy Suraya Hussein.

Peniagawati turut mengumumkan pelancaran lima zon Chapter-Utara, Selatan, Pantai Timur, Sabah dan Sarawak serta kemas kini kepada Perlembagaan Peniagawati bagi memperkukuh tadbir urus, operasi Chapter, dan sokongan kepada ahli.

Antara acara utama ialah pengumuman Logo Rasmi Ulang Tahun Ke-45 yang dipilih daripada penyertaan seluruh negara, membawa simbolik kepada perpaduan, kemajuan dan semangat wanita Peniagawati.
Maklumat lanjut mengenai Majlis Minum Petang DiRaja 2026 termasuk tiket dan penajaan akan dimaklumkan dalam masa terdekat.